Episode 10 "Who You Are"

15 6 2
                                    

.
.
.

Pagi-pagi , Rey berjalan kaki ke sekolah.
Basikalnya rosak , walaupun ayahnya ingin menumpangkannya ke sekolah tetapi dia menolak.

Ingin menghirup udara segar katanya.

Pasal lebam tu kan, Rey tipu ayahnya.

Katanya , "Rey tersadung batu. Terus terlanggar tiang"

Logik ke tak logik ke . Ayahnya percaya.

Ketika dalam perjalanan, dia ternampak susuk yang dikenalinya. Anak Nakamoto

Rey mengekori Yuta senyap2. Sesekali Yuta menoleh ke belakang kerana terasa seseorang mengekorinya. Rey pulak segera mencari tempat yang sesuai untuk bersembunyi.

Yuta memasuki sebuah kilang lama yang agak kotor.

"Tempat apalah dia pergi ni"

Rey menggaru tangannya yang digigit nyamuk. Biasaleh, nyamuk kan gatal!

Dush!!
Dia terdengar bunyi sepakan yang kuat.

"Maaf!!!"
Dush!
"Argh!! Tolonglah !!"

Rey mengintai melalui dinding yang pecah. Yuta menyepak perut seorang lelaki yang agak berusia. Darah merah mengalir keluar dari mulut lelaki itu.

"Hutang lepas pun kau tak bayar! Dengan ayah aku pun kau taknak bayar! Kau nak aku jual daging kau ke apa hah!!"

Yuta menarik rambut lelaki itu. Sebelah tangan lagi dia memegang pistol.

"Ampun..saya janji saya bayar kemudian!!"

Bang!!

Lelaki itu ditembak tepat di bahagian mulut.

"Ah!!"
Tanpa sedar , Rey terjerit .
Dia segera menekup mulutnya.

"Pergi tengok sapa tu! Kamu bertiga buang mayat ni!"
Yuta mengarahkan anak buahnya .

Baru sahaja kakinya melangkah,

"Hoi! Nak lari mana hah?!"
"Wah , perempuan lah!! Ahahaha!"
"Cik nak kemana tu? Baju sekolah lagi? Hahah"

Salah seorang menarik tangannya.

"Lepaslah!!"
Rey meronta2

"Diam!! Jom bagitahu bos!"

Mereka membawa Rey masuk

"Hishh!!! Lepaslah bodoh!"

"Kau lagi bodoh!" Kata lelaki yang memegang tanganya dengan kasar

Yuta menoleh. Matanya terbeliak.

"Kau!!"

"Bos kenal ke?"

"Lepaskan dia."

Lelaki itu segera melepaskan Rey dengan kasar.

Yuta memberi isyarat. Kesemua anak buahnya pergi.

"Kau buat apa kat sini?"

Diam.

"Pekak ke ?"

Diam.

"Aku tak nak main kasar dengan perempuan"

"Huh!" Rey mendengus kuat

Yuta bergerak perlahan menuju ke arah Rey. Setapak demi setapak , Rey berundur hingga dia bersandar di dinding. Jarak hanya beberapa cm sahaja antara dia dengan Yuta. Hembusan nafas Yuta bisa dirasai.

Muka Rey merah padam.

"Nak ke mana sebenarnya ni?"
  ?
  ?
  ?
  ?
Rey segera menolak Yuta.
'Alamak! Dah lewat!'
Rey berlari ke sekolahnya

Between Revenge [ Lee Taeyong ]Where stories live. Discover now