Episode 23 "Live in Lie?"

4 3 1
                                    

Yangyang baru sahaja pulang dari tempat kerja. Tiba2 sahaja dia ingin singgah di suatu tempat

"Selamat malam tuan . Tuan ada apa datang?" Lelaki yang merupakan penjaga kaunter banduan ( maaflah tak tahu lah penjara ada ke tak kaunter almaklumlah pejabat polis pun tak pernah masuk. Tengok cite polis pun malas )

"Boleh saya melawat seseorang?"

"Urm , tapi dah malam. Mungkin banduan ada yang dah tidur"

"Tak payah nak kelentongkan aku , banduan pun ada makan malam lah! Sekarang baru 7 setengah"

Meja itu dihempuk dengan fail di atas meja

"Er- b-baiklah t-tuan...t-tapi t-tuan nak ju-jumpa siapa?" tanyanya takut2

"Nakamoto Tomohisa"

Lelaki itu mengangguk lalu menyuruh Yangyang itu mengikutinya. Nakamoto dipanggil.

"Tuan , tuan boleh masuk , tapi cuma 10 minit saja"

Tanpa berlengah, dia menuju ke sel tempat berjumpa,  duduk di hadapan lelaki itu. Lelaki itu memandang malas

"Nak apa?!" Gagang telefon pantas diambil

"Hey , marahnya...slow2lah buddy"

"Aku tak ada masalah bangang!"

"Takde masa? Kau nak pergi mana? Kerja? Hahaha" Yangyang ketawa girang

"Kau! Kau kan ubah maklumat tentang kes isteri kau tu!" tambahnya dengan nada marah

Tom mencebik dan menjulingkan mata ke atas sebelum kembali memandang lelaki di hadapannya

"Kenapa? Takut?"

"Takut kenapa ? Bukannya aku ada kat situ masa kes isteri kau. Tak payahlah nak kelentongkan polis! Polis pun tahu kerja diorang! Atau kau sengaja , biar anak kau tahu soal aku?! Maklumat tu kau upah orang untuk tukar biar anak kau yang tolong kau lunaskan dendam kau???" Cermin penghadang ditumbuk kuat. Yangyang sudah berdiri mendekatkan diri ke arah cermin di balik Tomohisa

Tom ketawa gila "Kalau dia tahu , lagi bagus! Biar dia bunuh kau! Keluarga kau!"

"Heh , aku akan pastikan anak kau menderita sebab bunuh gadis yang aku cintai! Tu semua salah kau!! Kau pembunuh!"

"Kalau aku pembunuh, kau tu pengkhianat!! Tipu kawan sendiri!! Kau patut mampus dengan Aeshi!!"

"Kau!! Kau berani sebut nama tu aku akan pastikan kau menderita seumur hidup kau seluruh keturunan kau!!"
Gagang telefon diletak sebelum segera keluar

"Heh , dasar Wang! Kau pun gila macam aku!" ujar Tom sebelum kembali ke sel penjara

...

Pintu kereta dihempas kuat

"Sebab satu perempuan , kau sanggup bunuh dia... dasar gila!"

Kereta dipandu laju melebihi had .

Lori yang turut laju keluar dari simpang kiri menyebabkan dia tidak dapat elak

Bushshshh!!!!

.
.
.
.
.

Sudah 11 malam. Rey belum tidur menanti kepulangan si ayah

Sudah banyak kali dia menelefon ayahnya tetapi tidak dijawab

Kringg!!!

Disangka dari ayahnya ternyata dari nombor tidak dikenali. Tanpa berlengah dia segera menjawab

"Helo?"

"Ya , saya anak dia...kenapa ya?"

"Hah?"

Telefon terlepas dari tangan. Air mata laju mengalir

Between Revenge [ Lee Taeyong ]Where stories live. Discover now