Episode 24 "Try To Love"

17 2 1
                                    


"Wang!!!"

Lelaki yang menyedari dirinya dipanggil segera keluar dari biliknya

"Kenapa mama?"

Wanita yang digelar mama itu menyerahkan sepucuk surat. Segera dia menyambutnya

Isi surat dibaca. Serta merta wajahnya menjadi riang gembira

"Ma! Yangyang diterima masuk unit latihan kepolisan!"

Yangyang memeluk ibunya dengan gembira

"Syukur nak!"

Senyuman sinis terukir

"Kau tunggu!"

12 bulan kemudian....

Yangyang keluar dari latihan polis dan disambut oleh kedua2 orang tuanya.

"Yangyang, mama dan papa ada benda nak bagitahu ni.."

"Apa ma?"

"Sebenarnya , mama dan papa dah pilih jodoh yang sesuai untuk kamu. Kami harap kamu terima..." ujar wanita itu

"Apa?!"

"Papa harap kamu terima nak ..."

Mahu atau tidak , Yangyang sekadar bersetuju. Malam itu , mereka sekeluarga berjumpa dengan keluarga gadis yang bakal menjadi isterinya.

"Helo , wo Li Qin"

Gadis itu yang bernama Liqin menarik hati Yangyang untuk menjadikannya isteri

Namun , setelah beberapa bulan. Hubungan mereka kian pudar apabila Liqin ditangkap curang bersama seorang lelaki.

"Kau! Apa semua ni?!"

"Awak salah faham! Ni-"

Pang!
Liqin memegang pipinya

"Awak tampar saya?!"

"Kenapa?! Kau curang ngan aku!! Ingat aku takut dengan kau!!"

Mereka tidak tinggal bersama hingga Liqin mengatakan dirinya hamil di hadapan keluarga Wang

Yangyang marah apabila ibu bapanya mendesaknya tidak berbuat begitu meninggalkan Liqin. Tentang Liqin yang curang dirahsiakan. Dia tahu anak yang dikandungkannya bukan anak dia dengan Liqin

Yangyang melayan Liqin dengan kasar sehingga lahirnya anak itu di dunia.

Ingin dia membunuh anak itu tetapi hatinya menghalang. Sukar untuknya membunuh anak kecil itu . Dna test dilakukan dan sah bukan anaknya. Namun , lama2 dia boleh menerimanya dan menganggap anak itu seperti anaknya.

Liqin masih dilayan kasar.

Ketika Rey berumur 3 tahun mereka berpindah di tempat kerja baharu di Beijing. Dan di situ dia berjumpa dengan Keluarga Sean dan Ruanqi yang mempunyai seorang anak lelaki yang sebaya dengan Rey

Liqin sering membawa Rey ke rumah Ruanqi dan sejak itu Rey sering bermain dengan Winwin sehingga berumur 7 tahun

Tanpa Liqin sedar , dirinya diracun secara perlahan oleh suaminya sendiri

Apabila Rey berumur 9 tahun , ibunya meninggal dunia. Disangka kanser paru paru tetapi punca kematian ditukar oleh Yangyang sendiri.

Dirinya puas. Rey dijaga dengan baik sehingga mereka berpindah ke korea apabila Rey berumur 18 tahun

Keluarga Sean terlebih dahulu berpindah ke Korea.

...

"Encik Wang , ni fail yang Encik minta"

"Ok. Kamu boleh pergi"

Fail yang tertulis tentang kes pembunuhan Aeshi dilihat. Fail itu kemudian dibakar

"Tom , kau tunggu nasib kau..."

...

Wang dan Sean berjumpa di kafe

"Aku dengar haritu kau urus kes Nakamoto?" tanya Yangyang

"Ya. Lepas tu aku balik sini semula . Nakamoto belum dijumpai. Dia ada anak seorang..sama umur dengan anak kita"

"Dia tinggal di korea?"

"Ye lah kut. Kalau tak takdelah dia ada kat Korea . Oh ya! Isteri dia orang korea"

Yangyang sekadar mengangguk

"Kenapa? Kenal ke?"

"T-taklah."

"Tapi kan , isteri dia tu mati sebab ada orang lain tembak"

"Bukan kawan kau ?"

"Tak sebab peluru dia lain. Peluru yang dipakai tu lain jenis. Bukan milik polis"

"Maksudnya ada orang lain tembak?"

Sean mengangguk

.
.
.
.
.
.

Sudah pukul 3 pagi. Ayahnya belum lagi ditukar ke wad biasa. Doktor juga belum mengabari sesuatu sejak dia meminta Rey menandatangani borang persetujuan bagi pembedahan segera

Hampir sahaja Rey terlelap di bahu Taeyong , doktor yang merawat ayahnya keluar. Segera Rey menuju ke arah doktor itu. Dua orang pihak polis dan Sean setia menunggu.

"Macam mana dok?"

"Pembedahan berjaya. Syukur ada bekalan darah dari hospital lain yang sudi menyumbang. Tapi- "

"Kenapa?" Rey sudah memotong

"Urm , pesakit belum sedarkan diri . Dan peratus untuk selamat sangat tipis"

"Apa ni dok?"

"Maksud doktor apa?" tanya Sean pulak

Doktor itu mengeluh kecil sebentar

"Sebenarnya, keadaan pesakit sangat teruk. Mungkin kepala dia terhantuk bahagian stereng berkali2. Banyak gumpalan darah beku di otaknya. Jadi susah untuk dia selamat"

Doktor itu meminta izin pergi

Rey jatuh terduduk dengan linangan air mata

Taeyong menariknya di dalam pelukan.
Sean sekadar memandang. Kemudian dua orang polis itu meminta kebenaran untuk pergi

"Orang yang langgar ayah tu macam mana , uncle?" Rey memandang Sean. Kedudukannya masih terduduk di atas lantai. Kakinya lemah untuk bangun

"Dia memandu dalam keadaan mabuk. Dia pun parah. Kehilangan banyak darah. Kalau macam tu uncle pergi dulu. Uncle kena buat laporan. Uncle pergi dulu ya "

Sean menepuk bahu Taeyong sebelum pergi

"Nak apa mamat ni?"

Matanya memerhati tubuh itu berlalu pergi

Taeyong mengangkat Rey bangun dan mengajaknya duduk di kerusi

Sungguh lemah

"Awak nak tunggu sini?".

Rey mengangguk lemah

"Kalau awak nak balik , baliklah...biarkan saya sendirian"

Rey menyandarkan badannya di dinding. Mengalihkan kepalanya ke arah bertentangan dari tubuh Taeyong

"Takpa. Saya teman awak"

"Awak tak pergi sekolah?" Pandangannya beralih ke Taeyong

"Escape je" Taeyong tersenyum seperti kerang busuk

"Jangan salahkan saya" Rey memejamkan matanya. Terlena bersama air mata.

"I'll be with you forever. Saranghae , Rey-ah"

Tbc...

Between Revenge [ Lee Taeyong ]Where stories live. Discover now