Episode 17 "Welcome To My World"

6 2 0
                                    


Kereta yang dipandu Jisoo berhenti di bustop.

"Jaehyun , turun"

Segera Jaehyun dan Jisoo turun.

"Kenapa noona?"

"Noona tinggalkan kereta ni dekat sini. Noona takut Haein letak alat pengesan dalam kereta ni"

"Habistu kita jalan kaki ke?" Jaehyun gelabah. Kiri kanan dilihat. Takut2 Haein datang

"Kita tunggu kawan noona. Noona dah awal2 kol dia sebelum noona masuk bilik kamu. Ha tu dia"

Kereta putih jenis Hyundai berhenti

"Jom!"

Jaehyun dan Jisoo masuk di bahagian belakang. Segera kereta itu berjalan. Dua orang perempuan berada di depan , seorang berambut pendek  di bahagian memandu dan seorang berambut hitam lebat di sebelah.

Perempuan berambut hitam lebat itu menoleh.

"Weh Soo , kau okay?"

"Okay. Hyun ni Jennie , dan yang memandu tu Lisa. Kawan noona . Kami sama2 P.I."

Jennie senyum kepada Jaehyun sebelum memandang ke hadapan semula. Lisa hanya memandang melalui cermin pandang belakang

"Halo... Adik Haein tu kan?" ujar Lisa

"Ya.." jawab Jaehyun perlahan.

"Noona dah lama kerja ni?"

Jisoo dipandang

"Nae. Sejak dia bunuh abang dia sendiri"

Jaehyun diam. Dia tahu akan kisah Jung Haein atau lebih benar , Lee Haein.



Lee Haein , adik Lee In Yong, ayah Taeyong dibuang ketika berumur 11 tahun berhampiran tong sampah. Ketika itu Haein bergaduh dengan Inyong .

Sejak kecil Haein dibesarkan dengan cara tidak adil. Dia dikatakan penyebab ayahnya mati ketika ayahnya menjemputnya pulang dari bermain. Haein sejak kecil degil dan keras kepala. In Yong pula seorang yang mendengar kata namun tidak ingin mengalah. Ketika itu hujan lebat , Haein tidak pulang2 sejak tamat waktu persekolahan. Umurnya baru sahaja 9 tahun. Ayahnya kemalangan sebelum sempat mengambilnya. Sejak itu , Haein dipersalahkan. Setiap hari , si ibu sering memukulnya dan mendera. In Yong pula hanya melihat dan tidak menolong. Ketika Haein berumur 11 tahun dan waktu itu InYong yang lebih tua 10 tahun sudah berusia 21 tahun terlibat dengan jenayah merompak. Hasil rompakan disorokan di dalam kamar Haein. Dan waktu itu , heboh sekampung . Si ibu menafikan . Kemudian memarahi In Yong namun In Yong menyangkal dan menuduk si adik. Ibunya yang percaya dan ternampak hasil rompakan di bawah katil Haein. Haein yang tahu itu perangai abangnya menumbuk si abang sehingga si abang terhantuk kepala di bucu meja makan. Ibu mereka , Puan Lee tidak tahan dan masih memenangkan In Yong. Dia memukul Haein hingga Haein pengsan. Tubuh Haein dibuang di tempat tong sampah. Keluarga Jung yang baru berpindah ke kawasan itu membantu Haein dan mengangkatnya. Waktu itu pasangan Jung tidak mempunyai cahaya mata. Setelah 3 tahun akhirnya si isteri mengandungkan Jaehyun.

( No dialog )
















"Ok. Here we are!" Kereta itu memasuki perkarangan mansion mewah yang agak jauh dari kawasan tempat tinggal mereka. Mereka berempat turun

"Rumah siapa ni?" tanya Jaehyun

"Ni rumah kawan noona. Takpe , suami dia izinkan ."

Jaehyun sekadar meng'o'. Kemudian, seorang lelaki betubuh tinggi keluar.

"Yeo , Jisoo ? Masuklah"
Lelaki itu memberikan senyuman manis kepada Jaehyun

"Adik Haein?"

Mereka mengangguk. Segera mereka berempat mengikuti jejak lelaki tinggi itu

Between Revenge [ Lee Taeyong ]Where stories live. Discover now