CODE|| BAB 5:

2.5K 156 4
                                    

"𝑬𝒉𝒊 𝒇𝒊𝒐𝒓𝒆 𝒎𝒊𝒐, 𝒔𝒂𝒊 𝒄𝒉𝒆 𝒏𝒐𝒏 𝒑𝒓𝒐𝒗𝒆𝒓𝒂𝒊 𝒎𝒂𝒊 𝒓𝒊𝒎𝒑𝒊𝒂𝒏𝒕𝒊 𝒅𝒐𝒑𝒊 𝒂𝒗𝒆𝒓𝒎𝒊 𝒄𝒐𝒏𝒐𝒔𝒄𝒊𝒖𝒕𝒐, 𝒕𝒆𝒔𝒐𝒓𝒐( 𝑯𝒆𝒚 𝒎𝒚 𝒇𝒍𝒐𝒘𝒆𝒓, 𝒚𝒐𝒖 𝒌𝒏𝒐𝒘 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒚𝒐𝒖 𝒘𝒊𝒍𝒍 𝒏𝒆𝒗𝒆𝒓 𝒇𝒆𝒆𝒍 𝒓𝒆𝒈𝒓𝒆𝒕 𝒂𝒇𝒕𝒆𝒓 𝒚𝒐𝒖 𝒔𝒆𝒆 𝒎𝒆, 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕)."

                                ***
"Leftenan Hazriel Asytar, anda diperlukan dipusat latihan dengan kadar yang segera, ulang suara, Leftenan Hazriel Asytar, anda diperlukan dipusat latihan dengan kadar yang segera.." pengumuman itu menghentikan dirinya dari mengilap cermin mata hitam.

Kaki terus melangkah keluar, bajunya dikemaskan, cermin mata hitam disarungkan. Jam tangan dibetulkan lembut.

"Haz!!" pandangan dihalakan kearah seseorang, Sempat dia membetulkan rambutnya. Ketibaan jejaka itu menarik segenap perhatian dipusat latihan.

"Hmm?" soalnya tak bernada. Wajah jejaka yang berada dihadapannya direnung tiada perasaan.

"Ada jet baru sampai, atasan suruh kau try bawa.." ujarnya dengan teruja. Kepala ditinjau sedikit untuk melihat jet baru yang dikatakan oleh jejaka itu tadi.

"Aku?" soalnya lagi. Wajah jejaka itu direnung dalam. Keningnya diangkat tinggi untuk kepastian.

"Yes, aku dengan Sky pakai jet kitaorang untuk ikut belakang kau.." wajah Haz direnung dengan teruja.

"Okay, tunggu aku dekat situ. Kau jangan pergi mana-mana pula, dengar tak Kris?" soalnya dingin. Arahan itu diterima baik oleh jejaka itu bersama segaris senyuman. Kaki terus melangkah pergi.

"Mana Haz?" Kris memandang Sky yang baru sahaja tiba bersama helmet miliknya. Senyuman diukirkan buat jejaka itu.

"Otw, dia nak sediakan barang dia dul-"

"Aku dah sampai.." belum sempat jejaka itu habis berkata, Hazriel sudah memotong percakapannya.

"Okay, so ready?" soal Sky lembut. Soalannya hanya dibalas dengan anggukan oleh kedua jejaka itu.

"Let's go!" tangan sasa Hazriel ditepuk kuat dan itu membuatkan jejaka itu mula mencerlung tajam kearahnya.

Kaki mula melangkah ke arah jet yang tersedia. Senyuman kecil diukirkan tanpa mereka yang lain sedar.

Segala peralatan yang patut dipakai sudah disarungkan dengan perlahan. Mata memandang segenap penjuru jet.

"Alexander Sky, sedia?" namanya disebut melalui pembesar suara. Pandangan dihalakan ke hadapan.

"Yes, sir!!" sahutnya lembut.  Posisi dibetulkan. Nafas ditarik dalam, ya, jejaka itu gementar.

"Kristin Michael, sedia?" kini giliran Kris pula yang gementar. Jantungnya berdegup laju.

"Yes, sir!" pandangan dihalakan ke depan semula. Posisi mula diubah didalam keadaan yang sedia.

"The last one, Leftenan Hazriel Asytar. Are you ready?"

Hazriel memandang pihak atasan yang ada disebalik dinding kaca. Tangan diangkat tanda sedia.

"I'm ready.." mata terus dihalakan kehadapan. Nafas panjang ditarik sebelum dia menghembuskan perlahan.

Pintu gerbang dibuka dengan perlahan. Marshal tentera udara melakukan tugas mereka. Beberapa gerakan dibuat. Jet yang dinaiki oleh Sky dilepaskan. Begitu juga Kris, jejaka itu sempat melambai ke arah mereka yang lain.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now