CODE || BAB 25:

1.6K 98 4
                                    

"𝑰𝒍 𝒎𝒊𝒐 𝒂𝒎𝒐𝒓𝒆, 𝒍𝒂 𝒎𝒊𝒂 𝒗𝒊𝒕𝒂, 𝒎𝒊𝒂 𝒎𝒐𝒈𝒍𝒊𝒆, 𝒊𝒍 𝒎𝒊𝒐 𝒎𝒐𝒏𝒅𝒐. 𝑺𝒆𝒊 𝒕𝒖..(𝑴𝒚 𝒍𝒐𝒗𝒆, 𝒎𝒚 𝒍𝒊𝒇𝒆, 𝒎𝒚 𝒘𝒊𝒇𝒆,𝒎𝒚 𝒘𝒐𝒓𝒍𝒅. 𝑰𝒕'𝒔 𝒚𝒐𝒖...)"
***

Rumah Tuan Affendy: Hazriel Asytar p.o.v

"Sayang?" panggilku dengan lembut namun tiada sahutan. Aku memandang ke seluruh arah namun tiada kelibat sang isteri. Langkah terus aku aturkan untuk turun ke bawah, dimana abah dan juga mereka yang lain berada.

"Abah..." panggilku dengan sopan bersama satu senyuman yang terukir perlahan. Abah yang sedang menonton bola aku sapa dengan senyuman sebelum langkah aku aturkan ke sebelahnya. Duduk terus aku labuhkan dengan senyuman dibibir.

"Kamu baru habis solat ya Haz?"

"Ya abah"

"Ni datang kat abah nak tanya pasal isteri dia lah tu"

"Eh, macam mana abah tahu niat Haz?"

Abah tertawa kecil setelah mendengar soalan dari aku. Aku memandang abah dengan kerutan di dahi bersama mata yang berkedip-kedip.

"Nayla ada dekat dapur tu"

"Dapur?"

"Y-"

Belum sempat abah menghabiskan ayatnya, aku telah laju melangkah ke dapur, Figura kecil isteriku aku renung dengan senyuman sebelum pingagangnya aku peluk dengan erat.

"Sayang..." panggilku dengan lembuut sebelum pipi tembamnya aku kucup dengan perlahan.

"Haz ni, malu lah nanti abah nampak"

"Haz rindu..." aduku dengan perlahan sebelum tubuhnya aku pusingkan untuk menghadap diriku.

"Haz rindu Nayla ya?"

Laju sahaja aku menganggukkan kepala tanda setuju. senyuman yang terlakar dibibir merah delimanya membuatkan aku tersenyum bersama. Indah benar ciptaan-mu Ya Allah.

"Sayang, buatkn Haz air latte boleh?" pintaku dengan mata yang dibuat-buat bulat dan seakan comel. Muncung kecil aku keluarkan bagi menambahkan kecomelan namun yang aku perolehi hanyalah cubitan dipipiku.

"Ark, sayang!!"

"Siapa suruh comel sangat hm?"

Semakin panjang muncungku apabila Nayla berkata begitu kepadaku. Keningku dijungkit sedikit sebelum mataku dikecilkan dan memandangnya dari atas ke bawah.

"Haz handsomelah, tak comel"

"Tapi bagi Nayla, Haz comel"

"Eh sayang ni"

"Apa?"

"Gigit pipi gemuk tu baru tahu"

"Hey, pipi jangan bawa main eh"

"Tahu pun"

Senyuman kemenangan aku ukirkan, raut wajah isteriku aku renung dengan senyuman yang manis. Dahinya aku kucup dengan lembut dan perlahan sebelum aku mengusap pipinya.

"Nanti kita isyak sekali, abang ada dekat bilik kerja nak menulis"

"Okay abang"

Sempat aku memberikan senyuman kepadanya sebelum aku terus mengaturkan langkah untuk terus menuju ke bilik kerjaku. Laptopku aku buka dengan senyuman yang masih terukir, manuskrip yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi aku renung dengan renungan yang dalam sebelum jari-jemariku mula laju menaip.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now