CODE || BAB 8:

2.3K 164 9
                                    

"𝑶𝒈𝒏𝒊 𝒈𝒊𝒐𝒓𝒏𝒐, 𝒕𝒊 𝒇𝒂𝒓𝒐̀ 𝒔𝒐𝒓𝒓𝒊𝒅𝒆𝒓𝒆 𝒊𝒏𝒗𝒆𝒄𝒆 𝒅𝒊 𝒂𝒗𝒆𝒓𝒆 𝒖𝒏𝒂 𝒈𝒊𝒐𝒓𝒏𝒂𝒕𝒂 𝒕𝒓𝒊𝒔𝒕𝒆, 𝒏𝒐𝒏 𝒑𝒓𝒆𝒐𝒄𝒄𝒖𝒑𝒂𝒓𝒕𝒊(𝑬𝒗𝒆𝒓𝒚𝒅𝒂𝒚, 𝒊'𝒍𝒍 𝒎𝒂𝒌𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒔𝒎𝒊𝒍𝒆 𝒊𝒏𝒔𝒕𝒆𝒂𝒅 𝒐𝒇 𝒉𝒂𝒗𝒊𝒏𝒈 𝒂 𝒔𝒂𝒅𝒏𝒆𝒔𝒔 𝒅𝒂𝒚, 𝒅𝒐𝒏𝒕 𝒘𝒐𝒓𝒓𝒚)."

***
Senyuman diukir kan dengan lebar. Kertas kecil yang berada ditangannya direnung lama. Jelas lesung pipit miliknya disaat dia tersenyum.

"Nayla?" pandangan dihalakan ke arah wanita itu. Senyuman diberikan, entah mengapa senyuman itu seakan lebar dari senyumannya dihari-hari yang biasa.

"Ye kak Nad?" soalnya lembut. Kertas itu diletakkan ke dalam poket apronnya. Senyuman masih lagi terukir buat wanita itu.

"Hantar ni dekat meja hujung sana..." bibir dijuirkan ke arah satu sudut. Pandangan Nayla dihalakan ke arah meja itu. Serta merta senyuman bahagianya terukir. Tiga orang jejaka direnung lama sebelum matanya terpaku pada seseorang.

"Encik Haz!" jeritnya separa berbisik. Nota kecil itu dikeluarkan dengan perlahan, lalu diselitkan ke telinga cawan itu.

"Harap dia baca..." selorohnya perlahan sebelum kaki diaturkan ke arah meja yang berkenaan. Dulang diletakkan ke atas meja. Kris dan Sky memandang gadis itu dengan senyuman sebelum pandangan dihalakan ke arah Hazriel yang masih sibuk membaca. Nampaknya, jejaka itu langsung tidak heran tentang kedatangan gadis itu.

Cawan diletakkan mengikut apa yang dipesan. Cappuccino diletakkan betul-betul dihadapannya. Kaki terus melangkah pergi, dulang diletakkan dibawah dagunya, hujung bibirnya digigit lembut.

Buku yang bertajuk 'HIS GIRL' itu ditutup. Cawannya diambil, keningnya berkerut seketika. Kertas kecil itu diambil perlahan dan cawan itu diletakkan kembali ke atas piring kecil.

Hai encik Haz,

Remember when you said that if we met each other again, I'll be your wife? How long it take? How many times more we have to coming across each other? I'll count for us, don't worry. I'll wait the day that everyone call me Mrs. Haz...

NM

Hazriel memandang ke sekeliling. Pandangannya terhala pada seseorang. Keningnya diangkat tinggi, senyuman ingin terukir tetapi ditahan. Gadis itu sedang mengetuk paku yang ada di dinding menggunakan dulang?

Kertas kecil itu diletakkan kembali ke telinga cawannya. Kepala digelengkan perlahan. Kris memandang Sky dan kemudian mengalihkan pandangan ke arah Nayla yang masih 'mengetuk' paku menggunakan dulang di tangan.

Terletus gelak tawa mereka saat ini. Melihat gadis itu membuatkan mereka ingin menyakat Hazriel.

"Gelak kau eh, aku pakukan kepala kau nanti baru tahu..." ugutnya tidak bernada. Renungan tajam diberikan kepada kedua jejaka itu.

"Not interested? I think her effort can make everyone fall in love..." ujar Kris lembut. Cawannya yang berisi Latte diambil dan dihirup perlahan.

"Entah Haz, kau taknak? Susah tau nak dapat perempuan macam dia..." celah Sky pula. Pandangan dihalakan ke arah Kris kemudian ke arah Nayla yang sedang membuat kerja.

"Dah habis minum?" soal Hazriel dengan tatapan kosong. Kris merenung Sky dan tersenyum. Kepala diangukkan perlahan. Kerusi disusun semula seperti mana kedudukannya sebelum mereka tiba.

Kaunter bayar dituju, Nayla yang sedar kehadiran jejaka itu mula melangkah. Pelitup mukanya dipakai dengan segera.

"How much?" soal Hazriel perlahan. Pandangan dihalakan ke wajah gadis itu. Nayla yang mula malu cuba untuk mengawal dirinya.

"RM 36. 50..." kad banknya dikeluarkan. Selesai sahaja pembayaran, kaki terus melangkah pergi. Sempat dia merenung mata cantik itu lagi. Kertas kecil yang gadis itu berikan diletakkan dihadapan Nayla dan terus mengatur langkah.

Pemergian jejaka itu membuatkan dia tersenyum. Kertas kecil itu direnung semula lalu diambil.

I've never interested to fall in love, miss Nayla. But, your effort make me want to know about you more. How can you fall in love with someone who never you met before? I mean, we don't know each other, roses. Try to make me impressed with your effort next time if you want to be my wife. See you, my roses. Remember, I challenge you to make me fall for your love...

HA

Senyuman terukir, mukanya ditutup menggunakan dulang. Kak Nad memandang gadis itu pelik, bahu Nayla di tepuk lembut.

"Amboi, kemain lebar senyuman tu!!" Nayla memusingkan badannya menghadap ke arah wanita itu. Kertas kecil itu disimpan kemas ke dalam poket apronnya.

"Mana ada!!" wajahnya yang mula berona merah dipegang, terasa bahangnya saat ini. Senyumannya tidak dapat menipu betapa bahagianya dia.

"Eleh, akak ni hidup dulu dari Nayla. Kenapa? Encik Haz awak tu balas ke note yang diberi?" sengaja wanita itu mengusik dirinya. Semakin galak wajahnya bertukar merah.

"M-mana akak tahu?" soalnya lembut. Wanita itu ketawa. Bahu Nayla di tepuk perlahan sebelum beredar.

"Akak pun pernah jatuh cinta cik Nayla oi!!" katanya dengan separa menjerit dan itu membuatkan Nayla tersenyum.

Tubuhnya dipusingkan menghadap ke hadapan. Wajah masih lagi memerah kerana masih bahagia. Layar fikirannya sedang membayangkan bagaimana jejaka itu tersenyum, dan bagaimana di saat dia menjadi isteri kepada jejaka yang bernama Hazriel Asytar.

Habis mesin duit itu di tepuk-tepuk. Manusia yang sedang dilamun cinta, tetapi barang tidak bernyawa menjadi mangsa.

***

"Haz, aku nak tanya..." pintanya dengan senyuman. Hazriel yang sedang bersenam direnung lama.

"Apa dia?" soalnya lembut sebelum kembali fokus melakukan senaman. Sky yang baru sahaja tiba melabuhkan duduknya di sisi Kris.

"Ciri-ciri perempuan yang kau suka. I mean, your future wife?" soal Kris lembut. Bajunya yang telah dipenuhi peluh dibuka di hadapan kedua jejaka itu. Sky merenung jejaka itu dengan mata yang membulat.

"Woo!!" tangan diletakkan ke mulut seakan terkejut. Tubuh sasa itu direnung lama sebelum kepalanya diketuk perlahan oleh Kris.

"Jangan nanti Nayla marah..." usik Kris perlahan dan itu membuatkan Hazriel terdiam. Sky meletus kan tawanya, baju jejaka itu dihulurkan.

"Aku suka isteri aku pandai ambil hati ak-"

"Nayla pandai, kan Sky?" kata-kata Hazriel dipotong. Sky yang faham apa yang ingin disampaikan terus tersenyum.

"Pandai!!" jawabnya dengan bersungguh. Hazriel merenung kedua jejaka itu tajam. Kepala digelengkan. Peluhnya dilap lembut.

"Kedua, aku suka isteri aku tunjuk usaha nak pikat aku even kita orang dah kahwi-"

"Ha, Nayla pun ada effort yang banyak!!" sekali lagi kata-kata Hazriel dipotong. Sky mengangukkan kepalanya dengan semangat.

Tangannya yang ada coklat diutamakan. Hazriel merenung mereka tajam sekali lagi. Nafas panjang ditarik dan di hembus perlahan.

"Aku nak isteri aku hormat orang tua, utamakan apa yang patut, ingatkan aku kalau aku lalai. Aku suka bila dia manja. Jangan risau kalau dia fikir yang aku akan tinggalkan dia, sebab aku akan tulis sebuah buku dimana kisah cinta aku dengan dia bermula. Aku suka dia overthinking, nanti aku boleh pujuk dia dengan cara peluk and sebagainya." penerangan jejaka itu membuatkan Kris dan Sky memandang antara satu sama lain.

"Jeez, aku pulak yang blushing pahal?!" soal Sky dengan teruja. Kris juga tersenyum. Ciri-ciri jejaka itu membuatkan mereka turut suka.

"Untung Nayla..." ucap Sky dengan selamba. Hazriel merenung jejaka itu tajam sebelum beredar pergi. Kepala digelengkan perlahan.

.
.
.
.
To be continued

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now