CODE || BAB 12:

2.3K 148 17
                                    

"𝑨𝒃𝒃𝒊 𝒄𝒖𝒓𝒂 𝒅𝒊 𝒕𝒆, 𝒏𝒐𝒏 𝒇𝒆𝒓𝒊𝒓𝒆 𝒍𝒂 𝒕𝒖𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒕𝒆 𝒆 𝒊𝒍 𝒕𝒖𝒐 𝒄𝒖𝒐𝒓𝒆. 𝑻𝒓𝒐𝒗𝒂 𝒒𝒖𝒂𝒍𝒄𝒖𝒏𝒊 𝒄𝒉𝒆 𝒑𝒊𝒔𝒔𝒂 𝒂𝒔𝒄𝒐𝒍𝒕𝒂𝒓𝒕𝒊, 𝒕𝒆𝒔𝒐𝒓𝒐. (𝑻𝒂𝒌𝒆 𝒄𝒂𝒓𝒆 𝒐𝒇 𝒚𝒐𝒖𝒓𝒔𝒆𝒍𝒇, 𝒅𝒐𝒏𝒕 𝒉𝒖𝒓𝒕 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒎𝒊𝒏𝒅 𝒂𝒏𝒅 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕. 𝑭𝒊𝒏𝒅 𝒔𝒐𝒎𝒆𝒐𝒏𝒆 𝒘𝒉𝒐 𝒄𝒂𝒏 𝒍𝒊𝒔𝒕𝒆𝒏 𝒕𝒐 𝒚𝒐𝒖, 𝒔𝒘𝒆𝒆𝒕𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕)."

***
"Kau ada nampak Haz tak? Aku cari dekat bilik dia, tak ada..." pandangan dihalakan ke arah jejaka itu.

"Tak..." jawabnya dengan perlahan sebelum pandangan dihalakan ke kaca televisyen semula. Drama Melayu itu ditonton dengan penuh fokus.

"Sumpah lah kau tak nampa-"

"Bebal punya jantan, bini kau tak salah lah! Kawan baik kau tu, nak jatuhkan kau! Pahal beban sangat kau ni?!" tengking jejaka itu membuatkan Kris terdiam. Jejaka itu memarahi dirinya ke?

"Berapa kali kau keluar masuk hotel dengan dia?" alat kawalan jauh hampir dibaling ke kaca televisyen. Drama Melayu itu seakan menguji kesabarannya.

"Yang kau tanya macam tu kenapa bebal? Bini kau tak salah aku cakap, cuba kau dengar! Kau tak nampak ke betapa innocentnya muka bini kau?!" rambutnya diserabutkan. Drama Melayu itu membuatkan dia stress dan marah.

Kris yang masih bingung merenung jejaka itu lagi. Mata dikerdipkan beberapa kali, pandangan dihalakan ke arah drama yang sedang ditayangkan.

"BODOH JANTAN NI, AKU KANG! BEBAL AZRIL, YANG KAU PERGI DENGAR CAKAP FAIZAL TU KENAPA? KAU SEDAR TAK? DIA NAK JATUHKAN KAU LAH BEBAL! KENAPA LURUS SANGAT KAU NI?!" kaki terus melangkah ke arah televisyen. Kris yang sedar jejaka itu ingin menghempas televisyen mereka terus mendapatkan Sky. Risau televisyen itu hancur kerana emosi jejaka ini.

"Kau tengok jantan n-"

"Eh kau tak payah berlakon lah. Aku dah muak dengan lakonan kau! Kau sebernanya ada skandal dengan Luqman kan?!"

Semakin panas hati Sky saat ini. Pegangan Kris dilepaskan dengan kasar. Televisyen dituju dengan geram.

"Jantan bebal, aku kata dia tak ada skandal! Dia tu setia, kau tu buaya! Apa masalah kau ni setan?! AKU KALAU DAPAT KAU, LUNYAI KAU! KENAPA TUDUH BINI KAU, DAH TENTU DIA PERGI HOTEL SEMUA SEBAB KERJA!!" televisyen dihempas ke bawah dengan geram. Membulat mata Kris saat ini. Televisyen mereka telah pun hancur dek kerana emosi jejaka ini.

"Wey, tv!!" jerit Kris dengan gelabah. Jika Hazriel tahu jejaka ini telah merosakkan barang yang ada di dalam rumah, habis.

"Biar Azril tu mati kena hempap tv!" ujarnya dengan geram. Tangan dicekak ke pinggang. Mata ditutup, senyuman bangga diukir kan. Kris merenung Sky dengan pandangan tidak percaya.

"Woi, Azril dalam tu. Kau yang mati kang sebab hempas tv!" jerit Kris dengan geram. Sky merenung jejaka itu lama sebelum matanya membulat. Mulutnya ditutup seakan terkejut.

"Wey, macam mana ni!!!" televisyen yang telah pun hancur itu direnung lama sebelum ia dialihkan ke tong sampah luar.

"Assalamualaikum...." pandangan mereka dihalakan ke arah jejaka itu. Sky meneguk air liurnya beberapa kali. Hujung bajunya digenggam erat.

"W-waalaikumsalam..." jawab Kris lembut. Kaca yang bersepah telah pun di kemaskan. Hazriel merenung kedua jejaka itu lama, keningnya diangkat tinggi. Pandangan pelik diberikan kepada mereka berdua.

C | ASYTAR'S PRIORITY: HAZRIEL ASYTAR Where stories live. Discover now