BAB 6

31 2 0
                                    

AKU perhati aje minah tu gelak tak ingat dunia. Hati yang kat dalam ni dah makin sebal.

Menyesal aku beria-ia cerita. Balik-balik dia suruh aku pergi jumpa psychiatrist. Nak kata yang aku ni dah skizofrenia. Siap dia nak tolong aku buat appointment pulak tu. Huh.

Aku capai kusyen yang berada di hujung sofa. Campak kuat dekat perempuan tu.

Bila kena kusyen tu tepat di kepala dia, aku ingatkan dia boleh berhenti gelak. Paling tak pun mengaduh kesakitan.

Alih-alih, eh jadi makin bersemburan pula perempuan tu. Terjatuh, tergolek sudahnya atas lantai ruang tamu. Tekan-tekan perut yang keras.

Punyalah sakit hati aku tengok pemandangan tu. Sekarang ni aku yang mental illness ke dia sebenarnya?

"Kau punya cerita ni sama vibes dengan cerita dongeng yang umi selalu cerita masa kita kecik-kecik dululah. Kisah bunian." Perempuan tu berusaha bercakap dan sudahkan gelak. Tapi malangnya lagi dia bercakap, lagi dia tergelak.

"Masalahnya cerita aku ni bukannya bedtime story! Ini kisah benar!" Aku bersungguh cuba yakinkan semua orang.

Tak dilayannya aku sebaliknya perempuan tu bangun dan merangkak mendapatkan umi yang duduk di sebelah walid. Tiba depan umi, dia letak lengannya atas paha umi. Tongkat dagu di situ pandang wajah umi.

"Macam mana cerita tu, umi? Mak bunian turun ke dunia manusia dengan baby kandung dia, kan? Lepas tu mak bunian tu bagi baby dia tu dekat seorang manusia ni. Suruh jaga baik-baik macam anak sendiri."

Yang umi pula mengangguk setuju dengan kisah yang kakak aku cuba recall tu. Umi usap-usap ubun-ubun kakak. Penuh kasih sayang!

"Mak bunian tu takut nak biar baby dia membesar dalam dunia bunian, sebab orang-orang Putera Mahkota dalam dunia bunian sana... tengah buru dan nak bunuh baby bunian tu. Sebab dalam kitab ramalan bunian diraja, nanti baby tu yang akan tumbangkan pemerintahan Putera Mahkota, lepas tu bunuh pula Putera Mahkota yang kejam lagi zalim terhadap seluruh kaum bunian."

"Hah, betul, betul. Cerita yang tu." Kakak aku gelak-gelak lagi.

Lepas tu menoleh pandang aku.

"Kau dengar tu? Sama sebijik vibes dia macam cerita dongeng kau tadi."

Aku mengeluh sekesal-kesalnya. Picit dahi.

"Macam manalah nak bagi semua orang percaya ni..."

Tapi kakak aku tu, bila tengok aku pecah otak mengalahkan tengah jawab exam subjek Soil Mechanics, lagi kakak aku tu gelakkan aku.

Aduh... Frust aku!

Tersandar sudahnya aku di backrest sofa. Pejam mata. Frust!

"Lepas ni jangan lalu lagilah dalam hutan tu, angah. Bahaya. Risau pula umi dengar cerita angah tu." Umi bangkit dari sandaran sambil memandang aku.

Suaranya biasa sahaja dan lembut macam biasa. Tapi akulah yang tak senang duduk.

"No. It's a big no, umi! Gerbang Bunian tulah satu-satunya tempat angah nak healing-healing selama ni. Kalau angah tak pergi dah tempat tu, angah yakin angah boleh pendek umur, umi." Di hujung ayat, aku buat-buat sedih dengan niat ingin merayu simpati dan pengertian.

"Lagi pendek umur angah ni bila setiap hari kena menghadap betapa hudohnya perangai kakak."

"Oi! Agak-agak sikit, eh!" Tempikan yang boleh tahan menggegarkan rumah. Serentak melayang sebiji kusyen dan mengena tepat kepala aku.

Dear Beloved [:FAST UPDATE:]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora