BAB 16

19 2 0
                                    

HARI Isnin. Hari kembali berkuliah.

Semua orang ceria hari ni. Aku aje yang diam. Di meja makan waktu sarapan pagi pun aku senyap juga.

Keluarga fikir aku jadi macam ni sebab masih traumatized dengan serangan Dr. Zack semalam, jadi keluarga cuma membiarkan saja aku tenggelam dalam dunia aku.

Semua orang tak tahu, sepanjang malam tadi aku tak tidur. Sebab terlampau memikirkan Indera yang amat meninggalkan pedih di hati aku.

Dalam satu malam juga, aku dah buat satu keputusan yang paling nekad pernah aku buat sepanjang hidup.

Aku takkan bunuh Dr. Zack.

Biarlah kalau seluruh dunia membenci aku pun. Dan biarlah kalau cara tu akan buat aku terbunuh di tangan Dr. Zack pun.

Aku takkan bunuh dia.

Sebab aku tak kuat nak tanggung sebuah perpisahan.

Tapi akan kuatkah aku bertahan seksaan demi seksaan yang Dr. Zack akan timpakan ke atas aku?

Dalam kes ini, Indera mesti akan membela aku mati-matian punya. Supaya aku tak mati.

Mesti Indera juga akan desak aku supaya bunuh Dr. Zack.

Akan bertengkar besarkah kami nanti disebabkan hal itu?

Disebabkan memikirkan hal itulah, aku kekal bisukan diri aku hingga ke saat ini.

.

.

.

HARI ni memang terasa benar lainnya.

Satu aje sebabnya. Sebab Indera datang ke kuliah bersama-sama aku hari ni.

Di sepanjang jalan, dia menarik perhatian para gadis. Dia seolah-olah dewa yang baru turun dari kayangan. Semua orang terpanar betapa kacaknya dia.

Aku diam sahaja di sepanjang masa. Indera juga diam. Tapi dia tak tahu apa yang aku rasakan.

"Gempak ah. Bodyguard aje pun, tapi sikit punya handsome." Itu suara-suara yang melazimi pendengaran aku sepanjang hari ini. Bagaikan sebuah jampi. Juga bagaikan sebaris mantera.

Indera duduk di sebelah aku di dalam kelas. Turut memberi tumpuan pada kuliah seperti aku. Tapi renungan helangnya langsung tak cuai daripada memastikan keselamatan aku. Setiap orang yang mendekati aku bakal dia scan dengan matanya.

Tamat kuliah, aku bertemu pensyarah yang mengajar.

Indera di luar menanti aku.

Aku berlama-lama bertemu pensyarah.

Indera tetap menjalankan tugasnya. Menanti aku penuh sabar.

Ikutkan hati, nak aje aku suruh dia pergi dan tinggalkan saja aku. Sebab, semakin dia menunjukkan layanan istimewa terhadap aku berbanding perempuan-perempuan lain yang begitu mahukan dia tu, makin aku terasa nak bongkak dan riak terhadap perempuan tu semua.

Tapi dalam masa yang sama hati aku juga menangis bila mengenangkan yang Indera langsung tiada hati pun terhadap aku. Oh... Sakitnya, ya tuhan.

"Okay, thank you, madam," ucapku selepas selesai perbincangan dengan pensyarah.

"Okay!" Ringkas jawapan pensyarah tu.

Dia senyum nipis dan mula melangkah keluar dari dewan kuliah.

Tinggal aku bersendirian, dan dah tiada apa-apa urusan lagi di sini, aku pun menapak keluar dewan juga.

Dear Beloved [:FAST UPDATE:]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora