Bab Tujuh 🦋

3.1K 152 5
                                    

"Sekejap.."

"KAHWIN?!" Jerit Dina yang masih terkejut apabila ibu nya mengatakan bahawa Dina kena kahwin.

Tidak tahu kah Dina ini masih muda dan kena menikmati hidup. Bukan membangun rumah tangga!

"Aedina, listen me. " Kata Puan Julia menenangkan Dina yang sudah murka lebih dahulu.

"What?!  dengar apa?" Kata Dina yang geram. Suka hati mak dia je suruh Dina kahwin. Kerja pun belum lagi!
Baru habis sekolah kot!

"Ei, kau ni. Duduk diam dan dengar. Apa susah nya?" Kata Aieman yang mula naik darah melihat Dina kesana kesini dengan muka gelisah. Nikah muda, kan? jangan gelisah sangat ei.

"Apa susah-- CUBA KAU NIKAH MUDA LAH" Jerit Dina sekali lagi yang meyakitkan telinga sesiapa yang mendengar.

Aieman menghela nafas kasar dan memandang Dina tajam setajam-tajamnya. Mungkin marah sebab Dina bentak Aieman.

Dina menjadi kecut dan mata nya yang tadi memandang Aieman menjadi memandang kesana kesini sebab takut dengan tatapan tajam Aieman yang diberi untuknya.

"Aku dah tunang. Dah ready nak kahwin. Jangan sampai cincin aku ni aku suruh kau telan" Kata Aieman dengan dengusan kesal nya. Jangan tanya kenapa Aieman dah tunang tapi masih hidup serumah dengan keluarga nya. Adalah alasan dia.

Dina menelan air liur nya dan terdiam. Puan Julia terkekeh melihatnya sebelum ia berkata semula.

"Tengok dulu,Dina. Lepas tengok baru tentukan" Kata Puan Julia dengan senyumannya. Ia sangat yakin. Hehe.

Tuan Nazmi pula dah geleng-geleng kepala nya melihat isteri cinta nya begitu. Dina pula sudah mengusap wajahnya kasar. Tak boleh nak cakap apa-apa lagi dah. Sekali itu ibu nya cakap, maka macam itu lah. Cuba lah lawan, kena hempuk dengan kuali baru tahu.

"Sini duduk, ibu call dulu dorang. Dina tengok dulu okey?" Kata Puan Julia sembari memegang bahu Dina menyakinkan anak tengah nya ini.

Dina menghela nafas dan akhirnya mengangguk. Sudah pasrah diri nya. Lantak lah, sudah penat nak membantah kata ibu nya itu.

Dina duduk di sebelah Aeryn. Lantas adik nya itu menepuk-nepuk punggung Dina. Sekadar menyemangati kakak perempuan satu-satu nya ini.

Puan Julia mengambil telefonnya dan menelepon Puan Hazlin.

"Assalammulaikum,Lin"

"......"

"Tak ada apa, datang lah ke rumah Ju"

"...."

"Iyalah, nak cakap pasal apalagi"

"....."

"Bawalah.Boleh anak-anak Ju kenal dengan kebanggaan Hazlin tu"

"...."

"Iyalah. Datang cepat tau. Dina pun ada. Tahu kan"

"....."

"Bersiap pulak dah. Okeylah, jangan lama-lama"

"......"

"Haha, iye. Ju tunggu ye"

"..."

"Bye bye"

Panggilan itu ditutup sepihak. Puan Julia tersenyum menatap Dina yang sudah bermasam muka dahulu.

"Dina pernah jumpa dorang.Jangan masam muka. Tak comel" Kata Puan Julia mencubit pipi bulat Dina. Dina masih bermasam muka namun tidak terlalu terlihat.

Selepas 30 menit, akhir pintu rumah diketuk. Sang abang, Aieman membuka pintu dan mengalukan tetamu masuk.

Banyak pula anak dia. Bisik Aieman didalam hati.

Puan Julia tersenyum dan memeluk Puan Hazlin.

"Amboi, kemain cantik" Kata Puan Julia memuji Puan Hazlin. Puan Hazlin malu dibuat nya.

"Ah, sini" Kata Puan Julia mengajak mereka duduk. Dina di dapur jadi dia tidak tahu tetamu sudah sampai.

"Tunggu jap. Dina kat dapur. Nak terkencing kata nya" Puan Hazlin mengangguk mengiyakan dan mulalah borak rancak antara mak-mak.

Jangan tanya, mesti lah tahu.

Dina baru keluar dari dapur dah dengar bunyi bising dai ruang tamu. Mesti tetamu dah sampai.

Siapa lah agak nya.

"Lah.. acik ni.." Gumam Dina apabila melihat Puan Hazlin.

"Ah,ni dia Dina. Sini, sayang!" Panggil Puan Julia. Dina menurut dan duduk di sebelah ibunya. Dina masih tak sadar akan kehadiran Ryu.

"Makin cantik je Dina ni. Comel!" Kata Puan Hazlin mencubit pipi tembam Dina. Dina hanya tertawa walaupun cubitan itu sangat sakit. Tangan makcik ni kayu ke? sakit kebeno!

"Ah, Ryu sini" Giliran Puan Hazlin pulak yang panggil anak dia. Baru Dina sadari yang Ryu ada disana. Boleh gila Dina tengok muka Ryu yang sama macam Hong Jisoo, SVT. Suara pun sama kalau sifat sama, JOM! Dina readyy!

"Kita berkenalan dulu. Dina, ni anak makcik. Ryu Eyden." Dina mengangguk.

"Aedina" Kata Dina memperkenalkan diri nya.

"Aduhai canggung nyaa" Kata Puan Julia yang memecahkan keheningan yang terjadi beberapa saat lalu.

Dina masih mengagumi wajah tampan Ryu. Muka itu sangat sama dengan ala ala orang Korea. Rambut yang hitam legam dan mata kecil yang indah. Sangat kacak!

Dina menunduk apabila Ryu melempar pandangan tajam kearah nya.Orang pandang sikit dah gitu, macam mana nak jadi suami Dina ni?

"Garang kebeno mata nye.." Gumam Dina. Mata nya tak berani memang Ryu. Walaupun Ryu memandang dirinya tapi .. kenapa garang sangat?!

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now