Bab Lapan 🦋

3.3K 149 4
                                    

"Ryu ni anak sulung. Jarang cakap dengan adik-adik dia jadi canggung sikit" Kata Puan Hazlin.

"Dina pula banyak cakap. Ada saja yang dibebelnya. Kalah mak dia"

Dina melihat ibu yang sibuk mengumpati diri nya. Suka betul Puan Julia cakap macam macam tentang Dina. Dina taknak kemas rumah karang baru tahu.

"Dina, dengar cakap ibu" Dina memandang Puan Julia memberi kesempatan agar Puan Julia berbicara.

"Perusahaan ibu dan ayah perlukan bantuan. Dina mesti taknak kan jatuh miskin? jadi ibu minta bantuan" Kata Puan Julia dengan lembut.

Dina mengangguk kecil. Tetap diam agar Puan Julia menjelaskan lebih terperinci.

"Cik Hazlin boleh bantu ibu tapi dengan syarat. Anak sulung dia dah 21 tahun tapi masih single. Jadi, ibu teringat Dina baru habis sekolah."  Sambung Puan Julia lagi.

Puan Julia melihat raut wajah Dina yang sedang berfikir. Entah apa yang difikir nya. "Sebab Dina 17 tahun? sebab Dina otw masuk 18?" Puan Julia sedikit ragu namun ia mengangguk.

Dina kelihatan faham lantas ia mengangguk. Tapi dengan Ryu? muka yang sama macam Joshua ni? GILA LAH DINA NANTII.

"Aedina, awak boleh faham,kan?" Tanya Puan Julia. Puan Julia memandang mata Dina dalam. Mencuba menyakinkan anak tengah nya.

Dina diam. Masih memikirkannya. Kalau dia setuju, masa depan Dina berubah sepenuh nya.

"Kalau Dina tak nak, ibu faham. Ibu takkan paksa"

Dina menatap mata ibu nya. Penuh harapan. Dina jadi ragu nak tolak.

Dina beralih melihat Puan Hazlin. Mata Puan Hazlin yang bersih sedang menatap nya. Dina kini melirik Ryu. Sedang melihat nya dengan sedikit tajam.

Dengan perlahan, Dina mengangguk. Puan Julia tidak percaya jadi dia memegang bahu Dina dan berkata.

"Betul?.."

"Ya, Dina.. terima" Puan Julia tersenyum dan menarik Dina ke pelukan nya. Puan Julia membisikkan berulang kali kata 'Terima kasih'

Puan Hazlin juga tersenyum dan memeluk gadis itu juga.

Ryu mengalihkan pandangan nya ke adik adik nya, Ren dan Rayyan. Mereka hanya tengok adegan peluk-pelukan itu.

"Cik Hazlin ada sediakan sesuatu. Kejap ye. Rayyan, ambilkan barang kat tepi awak tu" Kata Puan Hazlin melirik ke anak bongsu nya.Rayyan patuh pada ibunda nya dan mengambil barang yang tepat di sebelah nya dan dihulurlah barang itu ke ibunda nya.

Dina ingin tahu barang apakah itu jadi mata nya hanya tertuju pada barang yang dipegabg Puan Hazlin.Ryu menyadari pandangan Dina dan terkekeh melihat Dina.

"Ini, biasalah kan perempuan kan kena bersolek. Ini dulu Encik Hazman belikan untuk cik tapi Dina ambillah. Cik dah ada banyakk" Kata Puan Hazlin meletakkan barang itu di atas meja kecil. Dina hanya tergelak. Tampaknya Cik Hazlin ni tidak tahu Dina tak bersolek.Dina ni tahu pakai sunscreen, liptint, foundation, dengan lipbalm aje.

Yang basic je lah. Macam nak gi sekolah tu, pakai sunscreen, lepastu bedak lepastu lipbalm .

Macam itu aje, kalau keluar jalan, sunscreen,foundation, lipbalm and liptint. Amat simple dan siap!

Takde lah pakai mascara, lipstick,eyeliner,eyeshadow. Mestilah Dina kenal barang mekap kalau tak kenal kena cop tomboy tapi pickme ha kan payah tu.

Cik Hazlin ni bagi memang ke Dina tapi nanti pakai nya ke ibu nya. Puan Julia, tengoklah mata ibu nya . Dah berbinar mata nya. Ibu ibu.

"Terima kasih,cik." Kata Dina dengan senyum tipis. Puan Hazlin mengangguk dan tersenyum melihat Dina. Puan Julia sudah mengambil barang mekap itu dan sudah menjadi miliknya. Puan Julia tahu Dina ni tak mekap sangat, paling paling sunscreen.

"Ibu dan Cik Hazlin dah bincang semua. Awak, Dina. Cuma ready je. Awak juga, Ryu. Boleh relax dulu sampai lah Cik Hazlin dan Ibu bagitau ape ape. Faham?" Dina mengangguk . Ryu juga mengangguk. Puan Julia tersenyum dan menatap Puan Hazlin yang juga tersenyum.

"Baguslah. Lepas ni, Ryu ada meeting, kan? Ryu boleh pergi dulu. Nak bawa adikmu balik pun boleh. Dah bosan agak nya tu." Kata Puan Hazlin ke Ryu. Ryu mengiyakan dan berdiri. Rayyan dan Renaka juga berdiri.

Ryu salam dulu ke papa dan mama nya. Lalu salam ke Puan Hazlin dan Tuan Nazmi. Last sekali, sekadar menegur Dina.

Ren dan Rayyan membuat perkara yang sama tapi yang tegur Dina tu takde lah. Calon abang dorang kan. Kalau bukan calon, dah lama Rayyan ngorat. Tapi, adik Dina cantik juga. Hm..

Renaka menarik Rayyan yang berfikir keluar dari rumah Puan Julia. Mereka naik satu kereta. Renaka dikerusi depan manakala Rayyan dibelakang. Yang memandu pula Ryu Eyden.

"Dengar, Renaka. Jaga Rayyan baik-baik kat rumah. Jangan masuk bilik aku tanpa sebab, faham?" Kata Ryu dingin. Pandangan mata yang kosong dan tiada perasaan.

Renaka tidak membalas sekadar berdehem dan fokus kepada telefin bimbit nya.

"Pandang aku bila jawab" Kata Ryu dengan nada tegas. Renaka sadar akan nada itu dan meletak telefon bimbit nya di pangkuan dan melihat Ryu.

"Iya bang" Ujar Renaka dengan lirih.Ryu yang tadi melihat ke Renaka lalu ia menatap kedepan dan mula memandu.

Dina kini terbaring di katil biliknya. Selepas Ryu pergi, Ibu nya suruh Dina masuk bilik.Begitu juga abang dan adiknya untuk masuk bilik. Dina melamun seketika. Memikirkan tentang perjodohan yang dijelaskan ibu nya sebelum Puan Hazlin dan kelurga nya datang.

Mungkin sekarang ibu nya tengah berbincang dengan Puan Hazlin. Dina mengeluh sebentar. Apa nak buat kahwin muda-muda? lagipun ni dunia nyata bukan novel.

Dina duduk di katilnya dan mencapai telefon bimbitnya. Langsung saja ia membuka youtube. Di tekan search lalu ia menaip Going Seventeen.

Baru teringat Dina belum tengok satu episod ni. Baik tengok daripada pikir. Dina tak suka pikir. Menyusahkan otak dia je.

Baik melayan ayang ayang dia. Hehehhe.

"Ala, asyik teringat dia je bila tengok Joshua." Kata Dina dengan dengusan kasar. Dina melihat Joshua yang sedang hanya tersenyum apabila ia hampir ditolak oleh Seungkwan ke dalam kolam.

"Hm.. terfikir kan! Si Ryu lah ni!" Dina kesal lalu ia mencuba membuang fikiran tentang Ryu jauh-jauh dan anggap Joshua ialah diri Josh sendiri. Bukan Ryu!

Dina berulang kali gelak kerana video yang sedang ditonton nya. Best betul!
Tiba-tiba, pintu bilik nya dibuka dan Eryn masuk dengan selamba nya tidak memerdulikan jelingan Dina.

"Cik Hazlin nak balik dah. Pergi salam. Suka kau ye nak kawin dah" Kata Eryn sedikit mengejek kakak beza dua tahun nya ini. Dina berdiri dan mengangkat tangannya seolah ingin memukul adik nya.

Namun itu hanya ancaman saja dan Dina langsung pergi selepas mengumpat kecil.

Dina sampai di ruang tamu dan tersenyum melihat ke Puan Hazlin dan ibu nya berpelukan.

"Ah Dina. Sini salam cik Hazlin" Kata Puan Julia menyadari kedatangan Dina. Dina berdiri di tepi ibu nya dan menyalam tangan Puan Hazlin. Lembut tangan Puan Hazlin.

"Manis nya. Okelah. Lin pergi dulu ye Ju. Cik Hazlin pergi dulu, Dina" Dina dan Puan Julia angguk serentak.

Puan Hazlin keluar dari rumah Puan Julia dan masuk kedalam kereta bersama suami nya. Puan Hazlin melambai dari dalam kereta. Dina juga melambai apabila kereta Puan Hazlin mula bergerak.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now