Bab Sembilan 🦋

3.2K 123 0
                                    

Dina terkejut. Ibu nya pagi tadi tiba-tiba paksa dia bangun lepastu suruh pakai cantik-cantik. Nak pergi mana pun tak nak bagitahu.

Nak taknak Dina kena patuh je.

Rupa nya, ibu nya bawa Dina ke butik baju pengantin..

Cepat nyaaa.

"Ibu tak rasa cepat sangat? Dina baru kenal Ryu. Kena lah luangkan masa dengan dia sikit supaya tak canggung. Ni tiba-tiba beli baju kahwin." Kata Dina sembari menggoyangkan kaki di tempat duduk.

Ibu nya sibuk mencari baju kahwin yang sesuai untuknya. Entah ada ke tak tu Dina pun tak tahu.

"Lagi cepat lagi bagus, Dina. Luangkan waktu kan boleh buat lepas nikah. Ryu cakap dia akan cuti seminggu lepas nikah. Luangkan waktu dengan dia masa tu" Kata Puan Julia tanpa memandang Dina. Mata nya sibuk melihat-lihat baju pengantin.Lawa lawaa kann. Dulu masa zaman Puan Julia, kena jahit sendiri tau! Sekarang, tempah je siapp!

Dina menghela nafas dan tidak membalas perkataan ibu nya. Dina tengok saja ibu nya pilih baju. 

"Ah ni. Dina, ni okey tak? cantik,kann?" Puan Julia menunjuk sebuah gaun putih berkilap manik putih yang lumayan bersinar. Di baju nya ada flora yang terjahit anggun.

Kalau Dina pakai ni, confirm macam princess punyaa.

"Pilih lah mana-mana bu. Ibu pilih ibu rasa tu okey, Dina ambil." Kata Dina. Dia  dah pasrah. Biarlah apa nak dibuat ibu nya. Masa depan Dina tu nanti lah fikir.

Puan Julia mengiyakan nya dan memilih baju yang ia tunjuk ke Dina tadi . Puan Julia pergi ke staf dan menempah baju tersebut.

"Pastikan siap. Saya beri masa 2 minggu!" Kata Puan Julia agak tegas.

"Baik, puan. Boleh bayar pendahuluan di kaunter."

Staf itu menunjuk arah kaunter berada dan bergegas masuk ke dalam pejabat mereka. Puan Julia berlenggang ke kaunter untuk bayar pendahuluan

Setelah bayar pendahuluan dan mendengarkan apa yang dikatakan staf di kaunter, Puan Julia kembali ke Dina. Dia melihat-lihat sekitar dulu sebelum mengajak Dina pergi.

"Dah. Jom pergi." Ujar Puan Julia sejurus dia menarik tangan si anak dan berjalan keluar dari butik.

"Kemana pula lepas ini?" Kata Dina sembari dia membenarkan handbag nya. Walau ditarik.

Puan Julia tersengih lalu menarik Dina ke jalanan dan memasuki kereta. Dina hanya boleh pasrah. Apa boleh buat kan.

"Kita makan dululah. Ibu lapar."

Dina diam sahaja. Bagi ibu nya, kalau diam maknanya setuju jadi Puan Julia langsung menghidupkan kereta dan mula bergerak.

Dina mengambil telefon bimbit nya di handbag lalu dihidupkan telefon tersebut. Maklum, Dina selalu off kan telefon dia.

"Ibu nak makan kat mana?" Tanya nya tanpa menoleh ke arah sang ibu. Puan Julia berfikir sejenak. Apa yang sedang dimakan panas-panas ni?

"Ibu?"

Dina kini menoleh apabila tak dapat jawbaan dari Puan Julia. Ternyata Puan Julia masih berfikir. Lama betul nak fikir makan apa je. Dina dah fikir dah nak makan apa.

Tak lain tak bukan, ayam!

KFC sedap juga. Terjadi pula Dina yang berfikir MCD ke KFC . Dua dua sedap tapi.. apa yang jadi pilihan Dina?

"Makan kat rumah je lah. Ibu masak."

"Tak payah lah pandang ibu macam singa. Kecut ibu tau."

Ujar Puan Julia. Benar kecut diri nya apabila Dina pandang tak puas hati. Puan Julia tersengih malu lalu menggaruk tengkuk nya walau tak gatal.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now