Chapter 29: How We Met IV

28.1K 412 5
                                    

"Assalamualaikum." kata Tengku Daniel dari luar rumah abang iparnya. "Waalaikumussalam, sekejap." kata Amir dari dalam rumah.

Klak!

"Ha balik pun korang- eh? Adik, kenapa merah mata dengan hidung ni? KAU BUAT APA DENGAN ADIK AKU DANIEL?!" kata Amir cuba mendekati Tengku Daniel.

"Angah! Abang Daniel tak salah! Adik yang emo sebab pregnant. Jangan marah abang Daniel." kata Adina melindungi suaminya daripada dipukul oleh abangnya.

"Habis tu kenapa sampai boleh nangis?" tanya Amir tidak puas hati. "Abang, dah dah lah tu. Jangan masuk campur hal rumah tangga diorang."

Adina menganggukkan kepalanya bersungguh-sungguh tanda setuju dengan kata-kata kakak iparnya.

"Sorry bro. Aku-" . "Tak apa, aku faham." kata Tengku Daniel. Amir menggaru belakang lehernya rasa bersalah dengan adik iparnya.

"Kamu berdua pergilah masuk ke bilik, rehat. Esok nak keluar lagi kan?" kata Eliza tersenyum manis kepada Adina dan Tengku Daniel.

"Hmm. Kan abang?" tanya Adina. Tengku Daniel menganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis memandang isterinya.

*******

"Sayang pergi masuk bilik dulu. Nanti abang masuk. Abang nak cakap dengan angah sekejap." kata Tengku Daniel melihat isterinya menguap dari tadi.

"Alaa.." Adina merengek. "Sekejap je." pujuk Tengku Daniel. "Tak boleh ke tanya sekarang?" tanya Adina. Matanya kuyu menahan kantuk.

"Sekejap je. Nanti abang bagi upah." pujuk Tengku Daniel lagi. "Ye lah. Nanti nak ice cream tau?" kata Adina. Kepalanya diangkat dari menyandar pada bahu Tengku Daniel.

Eliza dan Enisa telah masuk tidur dari tadi lagi. Kini, hanya tinggal Tengku Daniel, Adina dan Amir.

"Ye sayang. Pergi tidur dulu." kata Tengku Daniel mencium dahi isterinya. "Abang ni, angah ada tu.." kata Adina. Adina berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik tetamu.

"Ada apa kau nak cakap dengan aku?" tanya Amir. "Pasal Adina nangis tadi. Memang aku yang buat. Aku marah dia. Aku mengaku. Aku ingat dia dah hilang, sebab aku suruh dia stay kat meja kitorang sampai aku balik dari tandas, alih-alih dia tak ada."

"Gelabah gila aku masa tu. Rupanya dia bangun nak buang mangkuk ice cream." jelas Tengku Daniel panjang.

Amir menganggukkan kepalanya tanda faham. "It's okay bro. Cuma kawal lah baran kau tu." kata Amir menepuk bahu Tengku Daniel. Tengku Daniel menganggukkan kepalanya.

"Aku cuba. So far Adina cakap dah terkawal cuma kadang-kadang tu aku tak boleh control, macam tadi?" kata Tengku Daniel. Amir tersenyum kecil.

"Aku masuk dulu. Kau pun masuk lah." kata Amir lalu bangkit menuju ke biliknya. Tengku Daniel membontoti langkah Amir lalu masuk ke biliknya.

Pintu bilik dibuka. "Sayang? Dah tidur ke?" tanya Tengku Daniel. Pintu bilik mereka dikunci. "Belum." kata Adina yang baring membelakangi suaminya sambil memeluk bantal busuknya.

"Meh peluk abang." kata Tengku Daniel cuba memusingkan tubuh isterinya supaya baring menghadap dirinya.

"Sayang baru je pusing mengiring sebelah ni, tunggu abang tak sampai sampai ke bilik, sampai lenguh bahu sayang." adu Adina.

"Sayang undur lah. Biar abang tidur your side malam ni." kata Tengku Daniel lalu bergerak tidur di sebelah kiri katil.

"Aaaaa.. abang.. tak nak.. sayang nak tidur sebelah kiri.." rengek Adina manja. "Habis tu? Abang nak peluk siapa kalau sayang baring membelakangi abang?" kata Tengku Daniel tidak mahu kalah.

MY HUSBAND, MY DOMWhere stories live. Discover now