Chapter 37: Malaysia + How We Met IX

36.4K 449 13
                                    

"Tak nak balik." kata Adina. "But we have to go. Sayang pun ada kelas kan? Barang-barang belum beli lagi?" pujuk Tengku Daniel.

"Nanti rindu nenek, huwaa!" Adina menangis teresak esak sambil memeluk neneknya langsung tidak mahu lepaskan.

"Tak apa lah, Adina balik dulu. Kan dah nak mula last semester? Nanti kalau free datang lagi. Lagipun, nanti Adina akan datang juga untuk majlis aunty." pujuk Aunty Sophia.

"Nanti Adina datang lagi tau?" kata Adina sambil memeluk atoknya pula. "Ye, jaga diri baik-baik." pesan atok. Adina menganggukkan kepalanya.

"Nah." satu kotak yang agak besar dihulurkan kepada Adina. "Jangan buka. Sampai Malaysia baru buka ye?" pesan Aunty Sophia.

"Alaa-" rengek Adina.

"Daniel, make sure dia tak buka ye?" pesan Aunty Sophia. Tengku Daniel menganggukkan kepalanya. Adina sudah memuncungkan bibirnya.

"Kami pergi dulu, nanti terlepas flight. Assalamualaikum." ucap Tengku Daniel. "Waalaikumussalam."

Adina dan Tengku Daniel mula masuk ke dalam kereta yang sudah diduduki oleh bodyguardnya. "Bye!" Adina melambai-lambai tangannya sehingga rumah neneknya hilang dari pandangan mata.

"Tutup tingkap, nanti sayang sejuk." kata Tengku Daniel. Adina hanya menurut. Tengku Daniel menarik isterinya supaya duduk di atas ribanya.

Air mata yang membasahi pipi dikesat dengan ibu jarinya kasarnya. "Abang.. malu lah." bisik Adina. Tengku Daniel tidak peduli akan rengekan manja isterinya.

Kring!

Kring!

"Along, kenapa tak datang? Adik dah balik hah." tanya Adina sedih. "Along ada meeting pagi ni, tak boleh miss. Sorry tau?" kata Ariz bersalah.

"Nanti majlis aunty adik balik, kita jumpa okay?" pujuk Ariz lagi. Tengku Daniel melihat keakraban hubungan abang dan adik itu.

Tiba-tiba dia teringat akan adiknya. Satu-satu adik yang dia ada. Jarinya bermain-main di atas paha. "Okay along kena off dulu, banyak kerja ni. Jaga diri. Sampai Malaysia bagitahu tau? Assalamualaikum" pesan Ariz.

"Okay, waalaikumussalam." Adina memutuskan video call mereka. "Abang, kenapa ni? Macam sedih je." tanya Adina melihat muka suaminya yang muram dan nampak.. sedih.

"Tak ada lah. Abang.. mengantuk." jawab Tengku Daniel. "Abang jangan tipu eh, bagitahu cepat." kata Adina yang sudah bercekak pinggang.

"Abang teringat kat adik abang." kata Tengku Daniel perlahan. "Adik abang kat Australia tu ke?" tanya Adina.

Tengku Daniel menganggukkan kepalanya. "Dia apa khabar sekarang?" tanya Adina. Tengku Daniel mengangkat bahunya.

"Tak tahu, kitorang lost contact. Dia menghilang macam tu je. The only thing I know is dia kat Australia, that's all." jawab Tengku Daniel sedih.

Adina menganggukkan kepalanya tanda faham. "It's okay, kita cari adik abang sama-sama okay?" pujuk Adina. Tengku Daniel tersenyum kecil dan turut menganggukkan kepalanya.

Selepas 30 minit, mereka tiba di Bern airport. "Sayang pergi masuk dulu. I have to make a call sekejap." arah Tengku Daniel.

"Okay, nanti abang masuk tau? Jangan lama-lama." kata Adina. Tengku Daniel senyum dan menganggukkan kepalanya.

"Love you." pipinya dicium sekilas oleh isterinya. Adina berlari masuk ke dalam private jet miliknya. "Naughty." katanya perlahan.

Telefon dikeluarkan dari poket seluarnya. "Hello?" kata Tengku Daniel. "Hello tuan." jawab Azriel dalam panggilan.

MY HUSBAND, MY DOMWhere stories live. Discover now