KEHILANGAN |BAB 4|

25 4 0
                                    

Malam itu, Muaz, Usman, Aidil, Sara dan Aini duduk di luar rumah di tempat Mika termenung semalam.
"Abang rasa, kita kena hantar Mika dekat rumah kawan-kawan dia kat KL." Muaz sebagai orang pertama yang bersuara memberi cadangan. Mereka yang lain termenung memikirkan cadangan abang sulung mereka. Kemudian, mereka mengangguk setuju. Sedang mereka berbual di luar, kedengaran suara sayup-sayup yang menerpa pendengaran mereka. Mereka diam untuk mendengar suara itu.
          "Mak Ngah." suara Mika dari dalam rumah menyebabkan mereka bergegas mendapatkan Mika.

          Mika berada di suatu tempat yang asing di matanya. Dia tidak pernah ke tempat ini. Tiba-tiba, ada satu suara yang memanggilnya dari arah belakang. Dia memusingkan badannya ke belakang dan apa yang dilihat sangat mengejutkannya. Tidak semena-mena air matanya tumpah.
          "Ma-Mak Ngah." panggil Mika. Suaranya tenggelam timbul di halkum. Mak Ngah sedang menantinya sambil tersenyum. Lantas Mika memeluk Mak Ngah. Dia menangis dalam pelukan Mak Ngah. Pelukan dileraikan. Mak Ngah mengusap lembut rambutnya yang disentap Mak Long.
          "Maafkan Mika, Mak Ngah." ujar Mika gugup. Mak Ngah menggeleng.
          "Bukan salah Mika. Ini semua takdir Allah." balas Mak Ngah.
          "Mika rindu Mak Ngah." ujar Mika lagi. Tangisannya tidak dapat ditahan.
          "Walaupun Mak Ngah dah takde. Tapi Mak Ngah akan sentiasa ada disini." balas Mak Ngah sambil menyentuh dada Mika. "Dalam hati Mika." sambung Mak Ngah.
Sedang dia berbual dengan Mak Ngah, tiba-tiba ada dua suara yang memanggilnya. Mak Ngah hanya tersenyum mendengar dua suara itu. Manakala Mika semakin sebak apabila dia melihat mama dan papanya sedang tersenyum. Mereka berdua terus memeluk Mika yang masih lagi kaku.
Wajah Mika ditatap lama oleh pasangan itu. Mereka bahagia dapat bertemu dengan anak kesayangan mereka walaupun hanya di dalam mimpi Mika saja. Lidah Mika kelu. Dia tidak mampu berbicara.
"Mika." panggil pasangan itu.
Mereka berjalan menyelusuri tempat yang Mika tak pernah lihat. Mereka mengajak Mika bersiar-siar di dunia dalam mimpi.
Mereka duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. Luna, Husin dan Mak Ngah memandang wajah Mika yang bersih.
"Mika." Husin memanggil nama anaknya. Mika menoleh memandang wajah papanya yang tampak risau.
"Bila Mika nak terjaga dari tidur?" soal Husin. Mika terdiam. Melihat anaknya diam, Husin memegang kedua bahu Mika. Mika hanya mengikut saja.
"Mika kena bangun sekarang. Insya-allah, kita akan jumpa lagi disini, di tempat yang sama." ujar Husin mengukir senyuman agar anak lelaki kesayangannya itu tidak keberatan untuk pulang ke dunia nyata. Mika tersenyum dan kemudian mengangguk.

Mika terjaga dalam keadaan terperanjat. Abang-abang dan kakak-kakaknya yang melihat turut terkejut.
Mika meraup wajah. Cuba untuk memastikan bahawa dia sudah terjaga atau belum.
"Mika." Muaz memanggil adiknya.
"Ya, abang?" sahut Mika.
"Mika mimpi apa sampai terkejut macam ni?"
"Mika.. Mika mimpi jumpa mama, papa dan Mak Ngah." ujar Mika.
Yang lain saling berpandangan sesama sendiri. Mereka cuba mentafsir sesuatu. Lantas, mereka tersenyum. Mika hairan melihat sikap pelik abang dan kakaknya itu. Tapi dia memilih untuk berdiam diri saja.

          Mika bangun untuk ke dapur. Tiba-tiba, lengan Mika dipegang. Mika terperanjat dan terus menoleh. Kelihatan Aidil sedang memegang lengannya seperti tidak mahu melepaskannya.
          "Kenapa, bang?" soal Mika hairan. Mereka menggerakkan mata ke arah kanan sebagai isyarat. Spontan Mika menoleh ke arah yang dimaksudkan abang dan kakaknya. Dia melihat Mak Long sedang berdiri sambil memeluk tubuh melihat adik-beradik itu. Dia mencebik.

          Mika rasa tak sedap hati. Mak Long hanya memerhatikan Mika tanpa ambil peduli yang lain.
          "Mika. Sini kejap." Mak Long memanggil dengan suara yang sedikit tinggi. Muaz dan yang lain memandang Mika dengan gelengan kecil. Mika serba salah. Tidak tahu mahu mendengar kata Mak Long atau abang dan kakaknya. Mika buntu.

Disebabkan Mika yang masih berdiri disitu, menyebabkan Mak Long mendekati Mika lalu menarik tangannya kasar agar pegangan Aidil. Lengan Mika ditarik hingga ke suatu tempat di luar rumah.
Mika tak sedap hati. Dia dapat rasakan sesuatu yang kena bila Mak Long bawa di ke tempat yang terbuka tapi sunyi. Lengan Mika dilepaskan. Mak Long tersenyum sinis.
"Ke-kenapa, Mak Long?" soal Mika gugup. Jantungnya berdebar. Mak Long hanya tersenyum sinis melihat wajah Mika yang sedikit ketakutan.
"Kenapa kau tanya? Eii! Kau ingat sikit! Kau tu pembawa sial aje! Dah la menumpang rumah orang! Kau patut sedar sikit yang Muaz dengan yang lain tu bukan siapa-siapa untuk kau!" ujar Mak Long marah. Setiap kali dia nak kacau Mika, mesti Muaz dan yang lain akan rosakkan rancangannya.
"Mereka abang dan kakak Mika. Kenapa mereka bukan siapa-siapa untuk Mika?" soal Mika. Dia tak suka bila ada yang cuba hendak memisahkan dia dengan adik-beradiknya yang lain.
"Dah berani jawab kau sekarang ya?" marah Mak Long. Tangannya pantas kuat pipi Mika hingga berbekas merah.
Mika terkejut dengan tindakan Mak Longnya. Baru pertama kali dia ditampar Mak Long.
'Sakit.' bisik hati Mika. Dia menyentuh pipinya yang berbekas.
"Mak Long!!" jerit Aidil marah. Mereka yang lain turut berada disitu.
Melihat mereka berada disitu, Mak Long dengan pantas mengeluarkan pisau lalu melekatkannya di leher Mika. Mika terkejut. Begitu juga dengan yang lain.
"Kalau korang dekat, nyawa budak tak guna ni akan aku habiskan." ugut Mak Long.
Tidak berapa lama kemudian, polis tiba untuk membantu. Mak Long mengulang ugutannya tadi. Pihak polis juga tidak berbuat apa-apa. Mereka hanya memerhati saja.

Tiba-tiba, Mika bertindak di luar dugaan. Dia memegang tangan Mak Long yang sedang memegang pisau. Kemudian dia menggunakan kakinya untuk menjatuhkan Mak Long. Mika seperti kerasukan kerana bergerak begitu cepat.
Akhirnya, Mak Long ditahan polis. Muaz, Usman, Aidil, Sara dan Aini menerpa ke arah Mika yang sudah rebah akibat tenaga yang dikeluarkan sewaktu kerasukan tadi terlalu banyak.

Sudah 5 jam Mika pengsan. Muaz dan yang lain tidak senang duduk kerana Mika masih belum sedar. Sewaktu Muaz sedang menonton berita di tv, dia segera memanggil yang lain.

"Selamat sejahtera kepada para penonton. Kelmarin terdapat 5 orang yang hilang di hutan berhampiran tanah perkuburan. 5 pemuda tersebut diyakini memasuki hutan itu untuk melakukan aktiviti. Ini ialah nama-nama mangsa yang hilang. Mangsa ialah Aniq, Ricky, Naim, Iman dan Andika. Dikenali sebagai sahabat kepada seorang yang bernama Mikail atau Mika."

Mereka terkejut mendengar berita itu. 'Kawan-kawan Mika..hilang?' bisik hati mereka. Mereka berasa takut untuk beritahu Mika tentang perkaran itu. Mereka takut Mika akan semakin menyalahkan dirinya sendiri.

Kedengaran suara Mika di bilik. Mereka bergegas ke arah bilik Mika. Mereka masuk dan terkejut melihat Mika yang muntah di tingkap.

(Untuk yang tak faham. Maksudnya Mika ni dia berdiri di tingkap biliknya dan muntah secara tiba-tiba. Okey)

Mereka semakin terkejut melihat muntah Mika berwarna hitam pekat bercampur dengan darah. Mereka segera membaringkan Mika di katilnya. Mereka semakin risau melihat keadaan Mika yang semakin teruk.
          Mereka semakin risau. Mereka takut sesuatu yang buruk akan terjadi kepada adik bongsu mereka.

Misteri Banglo LamaWhere stories live. Discover now