RISAU |BAB 6|

21 5 0
                                    

Pagi Jumaat, Mika sudah sembuh sepenuhnya. Dia sudah boleh berdiri dan berjalan tanpa memerlukan orang yang perlu memapahnya.

"Eh, Mika? Mika nak pergi mana?" soal Aini apabila melihat adiknya mengangkut beg. Setahunya, waktu masih lama untuk pergi solat Jumaat.

Mika hanya mendiamkan diri, mengangkut beg dan terus pergi. Soalan Aini dibiarkan tidak berjawab. Aini mula curiga.

"Aini." Sara memanggil adiknya. Aini tersentak. Pantas dia menoleh ke arah Sara.

"Kenapa ni?" soal Sara, risau. Aini menggeleng menandakan dia tidak apa-apa.

"Dah. Jom tolong akak kat dapur. Kita masak dulu sementara diorang tengah bersiap nak pergi solat Jumaat." ajak Sara tersenyum. Aini mengangguk lantas mengikuti jejak langkah Sara yang sudah berada di dapur.

Setelah mereka selesai memasak. Tidak lama kemudian, Muaz, Usman dan Aidil muncul lengkap berpakaian baju melayu.

          "Bang, Mika mana? Kenapa dia tak turun sekali?" soal Sara hairan bila melihat Mika tidak bersama mereka.

          "Mika takde dalam bilik. Dia kata nak keluar kejap tadi." balas Aidil. Sara mengangguk mengerti. Tapi tidak untuk Aini. Dia mempamirkan wajah risau.

          "Kenapa Aini macam risau je?" soal Usman hairan melihat perubahan pada wajah adiknya.

          "Tadi sebelum Aini tolong kak Sara. Aini bertembung dengan Mika kat ruang tamu. Aini tanyalah dia nak pergi mana dengan bawa beg. Macam nak pergi somewhere. Tapi dia tak cakap apa-apa. Dia terus keluar rumah dan hilang dari pandangan." ujar Aini panjang lebar.

          'Ah sudah. Jangan cakap Mika...' bisik hati mereka. Kemudian, telefon bimbit Muaz berbunyi. Dia melihat nama Mika naik. Dia terus menjawab panggilan.

"Assalamualaikum, bang."

"Waalaikumsalam. Mika dekat mana sekarang?"

"Mika ada dekat.." suasana sunyi seketika.

"Mika. Mika ada dekat mana seka.."

"Abang. Diam kejap." ujar Mika separuh berbisik.

          Muaz serta-merta mengunci mulutnya. Tiba-tiba kedengaran sesuatu dan kelihatan Mika sedang kelam-kabut bersembunyi. Muaz semakin risau.

"Ab-abang. To-tolong." ujar Mika berbisik. Muaz dan yang lain semakin risau melihat raut wajah Mika yang jelas tampak ketakutan.

"Ab-abang. Di-diorang ada kat si-sini." Mika semakin bungkam. Dia melihat 5 orang pembunuh sedang mundar-mandir di luar tempat persembunyiannya.

          Muaz, Usman, Aidil, Sara dan Aini tidak menunggu lama. Mereka terus bergegas keluar rumah untuk mencari Mika.

          Hingga tiba di sebuah kawasan berhampiran hutan, Muaz menelefon Mika. Kedengaran bunyi dari semak-samun berhampiran. Mereka mendekati dan mendapati telefon Mika berada di situ.

          Ada nota suara yang ditinggalkan Mika. Mereka memeriksa nota suara tersebut dan kedengaran suara jeritan Mika yang terakam.

"HAHAHAHAHAHA. KALAU KAU NAK BALIK BUDAK NI, KAU KENA DATANG KE BANGLO LAMA DI KAWASAN TENGAH HUTAN. KALAU TIDAK, JANGAN SALAHKAN AKU KALAU BUDAK NI DENGAN KAWAN-KAWAN DIA HILANG NYAWA." kedengaran suara garau beserta suara jeritan Mika dan suara gelak ketawa dari 4 orang yang lain.

"Allah. Allah. Allah." ucap Mika perlahan. Suaranya kedengaran tidak bermaya.

          Mereka gelabah sewaktu mendengar suara Mika yang jelas sedang menahan kesakitan.

          "Banglo lama di kawasan tengah hutan?"

          "Apa yang kita kena buat sekarang, bang?"

          "Takde jalan lain. Kita kena cari juga banglo lama tu." yang lain bersetuju.
______________________________________________________
          Muaz, Usman, Aidil, Sara dan Aini menjelajah ke dalam hutan untuk mencari banglo lama di kawasan tengah hutan. Mereka berjalan dan berjalan. Akhirnya, mereka berjaya menemui banglo lama itu.

          Banglo itu kelihatan sangat usang seperti sudah ditinggal selama berpuluh-puluh tahun lamanya. Banglo itu juga kelihatan seperti hampir roboh tetapi sebenarnya masih kukuh. Tanpa membuang masa, mereka masuh ke dalam banglo itu dengan berhati-hati.

Mereka terdengar suara jeritan yang jelas seperti kesakitan. Mereka semakin risau sesuatu yang buruk terjadi kepada Mika.

"Hah. Sampai pun korang. Ingat korang tak nak datang tadi." kedengaran suara seorang wanita.

"Siapa kau? Tunjukkanlah diri kau dasar pengecut!" ujar Aidil mula naik angin. Muaz menyabarkan adiknya yang memang kepala angin itu.

Kemudian, muncullah dihadapan mereka seseorang yang mereka kenali.

"Ma-mak Long?" Muaz dan yang lain terkejut melihat Mak Long yang sedang menghampiri mereka sambil melemparkan senyum sinis.

"Bukankah Mak Long sudah dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun?" soal Usman yang masih belum reda akibat terkejut. Mak Long ketawa kuat mendengar soalan Usman.

"Kenapa kau ketawa?!" soal Aidil pula semakin naik angin melihat Mak Longnya ketawa seperti orang gila.

"Jawablah b*d*!!" jerit Aidil tidak puas hati. Dengan pantas, Muaz dan Usman menyabarkan Aidil yang sudah merah akibat marah.

"HAHAHAHA!! KAU INGAT AKU NAK JAWAB KE?!" soal Mak Long pula lalu menyambung ketawanya yang tergendala. Aidil sudah tidak dapat menahan kesabarannya lantas mengambil kayu yang berdekatan lalu menerpa ke arah Mak Long yang masih galak ketawa. Muaz dan Usman yang melihat perkara itu segera memeluk tubuh Aidil dengan kuat. Aidil meronta dalam pelukan abangnya.

"Aidil. Istighfar. Jangan marah. Kawal kemarahan Aidil." ujar Muaz cuba menenangkan adiknya. Aidil segera tersedar. "Astagfirullahalazim..." Aidil beristighfar panjang. Perlahan-lahan Muaz dan Usman meleraikan pelukan. Aidil jatuh terduduk disebabkan banyak tenaga hilang sewaktu hilang kawalan akibat kemarahan.

          "HAHAHAHAHAHA!! AKU SUKA TENGOK KAU MARAH. MARAHLAH LAGI HINGGA KAU HILANG KAWALAN DIRI! HAHAHAHAHAHA!" Mak Long ketawa lagi. Aidil tidak mengendahkannya. Perlahan-lahan Aidil bangkit berdiri dibantu Usman.

          "Mana Mika?" soal Muaz tidak meninggikan suara. Dia masih menghormati Mak Long. Yang lain berdiri agak berjarak dari Muaz yang berada di depan. Mereka hanya memerhatikan Muaz selaku abang sulung.

          "Kenapa kau cari budak tak guna tu?" soal Mak Long sinis. Dia tidak mahu menjawab soalan Muaz.

          Muaz istighfar berulang-ulang kali. "Muaz ingin bawa Mika dan sahabat-sahabatnya pulang. Muaz tak nak melawan Mak Long." ujar Muaz perlahan. Mak Long terkedu mendengarnya. Dia tidak menyangka bahawa anak saudaranya yang satu itu masih lagi menghormati dirinya yang sering menyakiti adik kesayangan mereka.

          "Kenapa? Apa yang penting sangat tentang budak tu?" soal Mak Long lagi. Nada suaranya sengaja ditinggikan.

          "Mika tu adik Muaz, Mak Long. Adik bongsu kami. Anak saudara bongsu Mak Long. Dia adik paling berharga buat kami, Mak Long." ujar Muaz lagi. Yang lain sekadar mendiamkan diri. Tiba-tiba kedengaran suara jeritan menahan kesakitan.

          Mereka pantas berpaling ke arah suara itu muncul. Mereka mula risau tentang keselamatan Mika, Ricky, Naim, Aniq, Iman dan Andika.

"Bang. Kita kena selamatkan Mika, bang." ujar Aini menahan air matanya dari mengalir. Muaz menghela nafas. Sukar untuk dia membuat keputusan.

Misteri Banglo LamaWhere stories live. Discover now