PENGAKHIRAN |BAB 12|

7 3 0
                                    

3 Tahun Kemudian

Muaz, Usman, Aidil, Sara dan Aini pulang ke kampung untuk membersihkan rumah arwah Mak Ngah. Sedang mereka membersih, Aniq, Andika, Iman, Ricky dan Naim tiba untuk membantu mereka bersih bersih.

         "Kotor juga rumah ni ya bang." ujar Ricky tersenyum.

         "Ya. 3 tahun rumah ini tak terurus." balas Aidil. Yang lain mengangguk.

         "Sayang dibiarkan rumah ni kotor tak terurus." ujar Usman pula.

         "Dah lama abang nak balik sini. Tapi abang takut. Takut sebab rumah ni mengingatkan abang dekat Mika." bicara Muaz bersama senyuman kelat. Mereka yang lain hanya mendiamkan diri. Cuba untuk membuang perasaan yang menghantui mereka. Walaupun hakikatnya Mikail a.k.a Mika sudah menginggalkan mereka selama 3 tahun. Tapi perasaan mereka kuat mengatakan bahawa Mika masih hidup.

         Sewaktu mereka sedang membersihkan rumah, kedengaran bunyi riuh di kawasan berhampiran dengan rumah Mak Ngah. Mereka keluar untuk melihat apa yang riuh di kawasan berhampiran. Mereka terlihat susuk tubuh seorang lelaki yang sedang melayan kanak-kanak yang bermain.

         "Jangan main jauh-jauh ya." ujar lelaki itu. Kanak-kanak itu menurut. Ketika kanak-kanak itu sedang bermain, lelaki itu menoleh ke arah mereka. Mereka terkejut melihat rupa lelaki itu yang terlihat familiar di mata mereka. Lelaki itu melemparkan senyuman manis ke arah mereka. Mereka terpegun sejenak. Mereka mengenali senyuman itu. Senyuman seseorang yang sudah meninggalkan mereka 3 tahun yang lalu.

         Tidak semena-mena lelaki itu berjalan menghampiri mereka dengan senyuman yang masih terukir di bibir.

         "Abang. Kakak." mereka tersentak tatkala lelaki itu memanggil mereka dengan panggilan seolah-olah mereka mengenali satu sama lain. Mereka masih lagi memandang ke arah lelaki itu yang sudah berdiri tidak jauh dari mereka.

         "Mika dah balik. Muhammad Mikail, adik bongsu abang dan kakak dah balik." ujar Mika dengan senyuman bersama matanya yang sudah bergenang. Mereka terkejut mendengar kenyataan Mika lalu pantas mereka menerpa dan memeluk Mika melepaskan rindu.

Misteri Banglo LamaWhere stories live. Discover now