ASH||NIA - BAB 4💫

2.2K 214 56
                                    


RANIA mengesat kasar rambutnya yang basah lalu menghenyak punggung ke atas katil. Dia mengeluh perlahan dan menepuk kuat pipinya.

"Haish! Jangan! Jangan fikirkan playboy tu. Dia playboy, dia jahat. Dia nak main-mainkan kau je Nia. Please! Jangan fikirkan jantan tu. Nyahhh kamu dari fikiran ku!" Rania mengibaskan kepalanya.

Oo kira nak halau la tu? Ok faham.

Telefonnya berdering. Dia mengambil telefon itu dan terus menjawab.

"Hello. Kenapa call? Nak ajak lepak?"

'Tch. Tak ada masa aku nak lepak dengan kau Nia. Berlambak lagi kerja aku tak sempat siap.'

Rania senyum dan mengesat rambutnya. "Habis tu buat apa kau call aku ni Fik?"

'Err bila Fiqa balik?' Rania gelak perlahan. Dia sudah lama tahu bahawa Fikri menyukai adiknya.

"Tak tahu lagi. Dia tak call aku lagi. Kenapa? Rindu yang teramat dah? Aku suruh kahwin kau taknak.."

'Fiqa muda lagi la woi. Lagipun dia bukan nak pandang aku.'

Rania mengeluh. Adiknya itu sedikit sombong dengan semua orang. Entah bagaimana lagi dia harus menegur kelakuan adiknya itu.

"Alah. Kau mengayat la dia.. Kau pun. Nama je inspektor tapi takut nak tegur adik aku."

'Maleh aku nak layan kau ni. Ni Nia.. aku ada benda sikit nak cakap.'

"What?"

'Tadi.. aku terjumpa ex kau. Dia tanya nombor telefon kau.'

Rania berdiri mendadak. "Kau.. tak bagi kan?"

'Of course la. Aku bagi. Bye.'

TUTTTTTT

Rania membesarkan matanya. Dia melempar kasar telefon keatas katil. "Argh! Dasar tak guna Fikri! Konfirm playboy tu kacau aku lepas ni. Ah taknak la taknak!!" Dia mengusutkan rambutnya lalu menumbuk-numbuk bantalnya.

TING! TING!

Rania mengambil telefonnya. Dibuka mesej tersebut.

+6019-*******
-Assalamualaikum jodoh.
-Save la nombor saya. Anje👩🏻‍❤️‍💋‍👨🏼

Terlopong Rania melihat emoji itu. Baru sahaja dia ingin menaip, namun pihak disana menghantar sekali lagi.

+6019-*******
-Love jangan block tau.
-Anje ada banyak lagi nombor lain.
-Nanti kita dating alright?
-Goodnight love 🤤
-Ehh silap emoji. Goodnight Love🥵
-Sebab Love hot sangat sebab tu anje guna emoji tu.

Rania mengetap bibir. Dia menumbuk-nmbuk bantalnya. "Eiii benci benci benci!!! Tak suka!!!!"

Tok tok.

"Nia.. kenapa tu?" Tanya ibunya dari luar bilik. Rania berdehem.

"Ada anak anjing menggonggong tadi. Sebab tu Nia marah."

Rania memerhati sekali lagi telefonnya. Dia berdecit. Macam mana nak lari ni? Tempat kerja pun dia dah kenal. Hmm. Nak berhenti kerja? Banyak cantik muka kau. Duit pun tak ada. Hidup pula porak-peranda.

"Aihh pening!"

TING!

+6019-*******
-Love taknak reply anje ke? 👉🏻👈🏻

"ARGHHH!!! KAU TUNGGU LA FIKRI AKU LEMPAR KAU DALAM LOJI TAIK!! BERANI KAU BAGI NOMBOR AKU PADA LELAKI GATAL NI!!"

Bergema ruangan itu. Sehinggakan Puan Reyna terfikir bahawa rumah mereka dilanda gempa bumi ketika itu.

*:・゚✧*:・゚✧

"BILA nak kahwin?" Tanya Puan Afina kepada anak tunggalnya. Dia berpeluk tubuh di ruang tamu. Mata mencerlung tajam ke arah anaknya

Ashraf menggaru kepala yang tidak gatal. "Awal lagi my.."

"Kepala hotak awak awal. Umur dah lanjut tau? Tahun depan dah masuk 3 series! Sepatutnya Ash dah bercinta sekarang." Ashraf menggaru hidungnya.

Bukannya dia taknak berkahwin tapi dia masih menunggu orang disana hmm.

"Pergi blind date. Mummy akan urus." Terbeliak mata Ashraf. Dia berdiri mendadak.

"No mummy no! Ash taknak.." Puan Afina mencerlung makin tajam. Ashraf meneguk liur kesat. Garangnya bini Encik Ashrif ni..

"Ash kena ikut cakap mummy kali ni. Penat dah mummy tunggu Ash. Ash tak habis-habis cakap tunggu seseorang. Mana? Mana gadis yang bertuah tu?"

Huh. Bertuah laa sebab Ashraf ni susah nak mengorat orang. Dia rapat dengan ramai prempuan tapi tak bermaksud dia ada rasa cinta terhadap mereka.

"Soon mummy." Puan Afina menghentak meja. "Asyik soon aje! Tangan mummy ni dah gatal nak dukung cucu tau? Ni. Hidung mummy pun dah gatal  nak bau bauan bayi. Ash ni lambat lah ish!"

"Siapa suruh mummy beranak sorang.. Pergilah tambah anak. Ajak daddy."

Puan Afina bangun dan menarik telinga Ashraf. "Aw mummy!"

"Menjawab! Kalau mummy proses sekarang, maknanya lagi lambert la mummy nak dapat cucu! Lagi 25 tahun baru dapat gamaknya. Aih!" Puan Afina melepaskan cubitan itu.

Ashraf mencebik dan menggosok telinganya. Pedih juga..

"Ashraf tunggu siapa sebenarnya? Gadis tu masih belajar?"

Ashraf menggeleng. "Dia dah umur 26.."

Puan Afina menepuk kuat meja. Ashraf mengusap dadanya. Fuhh kuss semangat.

"Ha! Sesuai sangat la tu! Nama dia apa? Tinggal di mana? Beritahu je di mana. Mummy terus masuk meminang."

Ashraf menunduk. "Dia.. tak bersedia my.. Dia reject Ash." Puan Afina memandang sayu ke arah anaknya yg muram. Mendung sahaja wajah itu.

"TAPI!!!" Terkejut Puan Afina dengan jeritan itu.

Ashraf mengepal tangan kirinya. "..mummy jangan risau. Kerana anakmu ini akan mengorat habis-habisan sehingga tumpahnya darahku! Hmph! Itu pasti!" Ashraf menumbuk dadanya.

Puan Afina hanya tercengang. Ikut perangai siapa la tu? Kat mana tah dapat keyakinan tu. Borong di shopee ke?

TBC🤍
Semangat betul anjenk ni.. eh anje*

Vote and comment❤️

ASHRAF : SWEET LOVE TOUR [OG]Where stories live. Discover now