ASH||NIA - BAB 8💫

1.9K 163 29
                                    


"MUMMY!" Jerit Ashraf yang baru sahaja keluar dari keretanya. Dia melempar kunci kereta ke arah pemandu rumah mereka atau dikenali Harman yang dipanggil Man.

"Mummy! Mana mummy?!" Teriak Ashraf yang sedang menanggalkan kasutnya. Puan Afina mendengus. Bising betul anak lelakinya itu. Sebab itulah dia malas beritahu tapi Harman sudah beritahu terlebih dahulu kepada Ashraf.

Ashraf berlari dan melutut dihadapan Puan Afina. "Mana? Mana luka? Mummy okey tak? Beruk mana yang ragut mummy ni?!" Puan Afina terus meluku kepala Ashraf. Berdesis Ashraf dibuatnya.

"Apa pula panggil orang beruk." Ashraf berdecit. "Panggilan orang hanya untuk yang berhak je. Dah kalau perangai haram macam tu kita panggil beruk."

Puan Afina menggeleng. Dia tahu anaknya sedang dalam amarah.

Ashraf memeriksa anggota badan ibunya. Dia berdecit apabila melihat luka di lutut Puan Afina.

"Mummy dah rawat ke ni?" Puan Afina mengangguk. "Sakit lagi?" Puan Afina tergelak lalu mengusap kepala anak tunggalnya.

"Tak ada lah.. Sikit je pun. Nasib baik ada budak perempuan tadi tolong mummy.." Ashraf mengangguk. Dia menjeling ibunya apabila ibunya itu tersenyum-senyum.

Ashraf menjulingkan matanya. "Don't ea. Ash taknak. Jangan nak jodohkan dengan mana-mana perempuan asing yang mummy tak kenal."

Puan Afina mencebik. "Eleh semuanya Ash nak reject.. Tapi budak tu baik la.. Dia yang tolong mummy tadi. Dia sepak peragut tadi. Bukan main dia maki hamun semua orang yang tak tolong mummy." Puan Afina tergelak apabila teringatkan peristiwa itu.

Ashraf hanya ternganga. "Ni mesti perempuan tu jenis kasar kan? Ish taknak la Ash.. Nanti dia kasar dengan Ash macam mana? No no.." Kata Ashraf sambil menggeleng.

"Baguslah dia garang. Boleh la dia marah Ash yang tak semenggah ni.." Ashraf hanya memuncung.

"Taknak. Ash cuma setia pada yang satu. Ash nak gadis tu jugak.." Puan Afina menghela nafas perlahan.

"Dia dah taknak.. Ash tak boleh la paksa.." Ashraf menunduk. "Tapi.. dia je yang ada dalam hati Ash dari dulu sehingga sekarang.. Dah 3 tahun Ash cari dia.. lepas je Ash jumpa, hati Ash makin mahukan dia.."

Puan Afina mengelus perlahan rambut anaknya. Pilu pula rasanya apabila suara Ashraf bergetar mengungkapkan itu.

"Ash salah.. Ash hiraukan dia ketika dia memerlukan Ash.. Ash lebih pentingkan Hani berbanding dia waktu tu sebab Hani kata dia ada masalah.. Sebab tu Ash bantu Hani. Tapi tak sangka pula Rania boleh salah faham.."

Puan Afina mengangguk. Baru dia tahu nama gadis pujaan hati anaknya itu. "Ash ada cakap tak Hani tu sepupu Ash?" Ashraf menggeleng.

"Ash tak cakap sebab waktu tu Hani suruh Ash jadi kekasih olok-olok dia untuk provoke ex dia.. Sebab tu Ash tak jujur dengan Nia.." Ashraf menitiskan air mata. Dia khilaf. Dia tak jujur dengan Rania.

Dia hanya ingin membantu Hani untuk mendapat perhatian daripada bekas kekasih Hani namun hubungannya pula yang menjadi retak.

Dia memberi masa seminggu untuk Rania bersendirian kerana dia terfikir bahawa Rania perlukan masa. Dia ingin menceritakan segalanya tapi Rania sudah menyekat nombornya.

Sehinggalah dia membuat keputusan untuk pergi ke rumah Rania namun rumah itu sudah kosong. Apabila ditanya jirannya, jirannya berkata bahawa pemilik rumah itu sudah pindah ke lain.

Retak hatinya ketika itu. Dia mendail semua nombor kawan Rania tapi tidak seorang pun yang tahu. Dia sudah menelefon Fikri namun Fikri juga menjawab hal yang sama.

ASHRAF : SWEET LOVE TOUR [OG]Where stories live. Discover now