Bab 56

3.9K 130 3
                                    

Sedih rasanya mahu meninggalkan bumi tanah rata ini kerana hari ini merupakan hari terakhir aku disini. Pagi itu aku sudah terlebih dahulu mengemas segala barang ke dalam beg untuk di bawa turun ke lobi. Sebelum daftar keluar bilik hotel, kami menikmati juadah sarapan pagi terlebih dahulu sebelum bertolak pulang. Dan sudah pasti si Daria itu menelefon Ghazli bagi menanyakan bila waktunya kami akan tiba dirumah.

Inilah hidup jika terpaksa berkongsi suami. Apabila Ghazli sudah meluangkan masa bersama aku, sudah pasti dia perlu luang masa dengan yang ke dua pula. Walaubagaimana pun, aku tetap kena redha. Hanya Tuhan yang tahu mana yang baik untuk aku.

Usai sarapan, kami terus bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan, Ghazli selalu sahaja menyoal aku berbagai soalan. Mungkin dia akan rindu akan suara aku buat beberapa hari. Aku hanya melayankan sahaja kehendaknya.

Setelah 3 jam perjalanan, akhirnya kami tiba dengan selamat. Kepulangan kami disambut oleh Eliza dan ahli keluarga aku. Kenapa tidak pulang ke rumah Ghazli? Aku yang meminta Ghazli untuk pulang ke rumah ibu dan papa aku. Sudah lama aku tidak menjenguk mereka.

Ghazli menurunkan beg pakaian dan barangan yang di beli di tanah rata itu. Ibu dan papa menjemput kami masuk untuk berehat setelah lama duduk di dalam kereta. Naik kematu juga punggung aku ni duduk lama-lama dalam kereta. Ditambah pula dengan kesesakkan jalan raya.

"How holiday? Best?"tanya Eliza duduk disebelah aku.

"Seronok. Nyaman gila dekat sana. Sejuk je. Tapi tak adalah sejuk macam dekat overseas tu"jawab ku megah. Sengaja aku berkata begitu dihadapan Eliza.

"Mummy ni.. sajakan buat Liza rasa cemburu"monyok Eliza. Aku tertawa kecil.

Kedengaran sahutan salam dari luar sudah dapat aku duga siapakah yang datang. Pintu di tolak dari luar. Terpancullah figura Daria di hadapan pintu. Wajah aku yang tersemat senyuman terus hilang. Aku tahu dia datang untuk menjemput Ghazli pulang.

"Eh! Daria.. meh lah sini. Kami tengah borak pasai holiday Tya"ajak ibu.

Tanpa rasa malu, Daria datang menghampiri kami dan melabuhkan duduk disebelah Ghazli. Sontak, aku bangun dari duduk dan berpindah di samping ibu. Ghazli memandang aku dengan raut wajah pilu. Aku tahu Ghazli pasti terkesan dengan kelakuan aku. Tapi hanya dengan cara sebegitu dapat menghindarkan diri aku dari tersakiti.

"You.. rindunya I dekat you"ujar Daria memeluk lengan Ghazli. Eliza memandang Daria dengan pandangan meluat.

"You ada belikan buah tangan untuk I tak?"tanya Daria dalam nada manja.

"Ada. Ini kau punya"Ghazli menghulurkan beberapa beg plastik kepada Daria. Terus Daria tersenyum gembira.

"Aku tak bolehlah tengok nenek sihir ni. Ada juga makan penampo kejap lagi"eliza bersuara. Matanya sudah sakit melihat kegedikkan Daria.

"You.. tengok anak you cakap apa dekat I"adu Daria.

"Liza, please"tegur Ghazli matanya bergerak memberi isyarat kepada Eliza. Eliza mengerti. Nafasnya di hela berat dan badannya di sandarkan berpeluk tubuh.

"You, jom balik"ajak Daria menarik-narik lengan Ghazli.

"Pergilah balik Li. Aku tengok pun dah naik meluat dah"lantang Papa menutur kata.

Ghazli mengangguk dan menarik sebaris senyum. Dia bingkas bangun lalu menghampiri aku. Kepala aku diusapnya.

"Abang balik dulu tau"ujar Ghazli menghulurkan tangannya. Aku menyambut lalu mencium tangannya tanda hormat. Ubun-ubun aku diciumnya sekilas sebelum menapak keluar dengan di ikuti oleh Daria dari belakang.

"Adik sabar ya. Insya Allah Tuhan permudahkan kehidupan rumah tangga adik"ujar papa. Aku sekadar mengangguk faham.

"Adik naik dululah ibu, papa"ujar ku lantas mengangkat punggung berlalu naik ke bilik.

Ya. Aku tengah menahan rasa sakit dihati. Tapi, aku harus kuat demi anak aku. Walau apa pun, aku harus mempertahankan rumah tangga aku. Ghazli suami aku. Dan dia hanya milik aku.

▪️▪️▪️

Ghazli menanggalkan pakaiannya. Baju tshirt berkolar di gumpal dan digenggam. Hatinya berbara panas dengan tingkah Daria yang terkinja-kinja. Nafasnya yang naik turun di kawal.

"You, daripada you susah-susah ke hulu ke hilir macam ni kan. Apa kata you ceraikan je Tya tu. Senang. Kita pun hidup bahagia"cadang Daria lalu tertawa kecil dengan idea kurang pandainya itu.

"Hey! Kau nak apa sebenarnya dari aku! Aku dah lama sabar dan tahan dengan perangai kau!"amuk Ghazli melempar kasar bajunya ke lantai.

"You ni kenapa?"soal Daria terperanjat apabila Ghazli tiba-tiba meninggikan suara padanya.

"Apa rancangan kau sebenarnya? Kau minta aku kahwin dengan kau, aku ikut. Kau cakap kau takkan ganggu Tya. Apa kau buat sekarang ni?!"Ghazli mula naik angin.

Riak wajah Daria yang tadinya terkejut terus berubah sinis. Dia bangun dari duduknya dan melangkah mendekati Ghazli.

"Seperti mana perjanjian kita, Ghazli. You know what i can do"sinis Daria. Tangannya naik menyentuh wajah Ghazli.

"I tak rancang apa-apa pun. Tapi, you yang buat. I tahu apa yang you rancangkan Ghazli. I tak sebodoh yang you sangka"jari jemari Daria bermain diwajah Ghazli. Raut wajah Ghazli tidak sedikit pun berubah. Hanya raut marah dan bengis terpapar di laman wajahnya.

"You want to trap me right?"duga Daria. Dia menjarakkan diri dan menapak ke arah katil.

"Ghazli.. Ghazli. You ingat I senang diperbodohkan ke?. You jangan ingat I tak tahu. Ini Daria. I, boleh buat you ceraikan Tya dengan sekelip mata je if i want it"sinis Daria lagi. Sungguh angkuh nada suaranya.

"Kau ingat aku tak boleh ceraikan kau?"giliran Ghazli pula mencabarnya.

"Trylah. You ingat Ghazli. Kalau you ceraikan I, you tak akan dapat jumpa Tya dan anak you lagi. I will kill them"senyum sinis di tayangnya. Ghazli mengenggam kedua tangannya menahan amarah. Dia perlu lakukan semua ini demi Tya dan anaknya. Sangkaannya meleset. Daria tidak yang seperti dia sangkakan. Dia seorang psycho.

Dengan perasaan geram yang terbuku di hatinya, dia mengatur langkahnya masuk ke bilik mandi. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Dia harus memikirkan rancangan lain. Agar Tya dan anaknya dapat bebas dari ancaman Daria.

Pantulan dirinya dilihat dari dalam cermin. Dia mengingati kembali kejadian sewaktu di rumah atok Tya. Dimana segala-galanya bermula.

Eliza berjalan melintasi bilik Daria. Telinganya menangkap perbualan Daria.

"Aku nak kau hantar rakaman tu dekat aku. Make sure suara tu sama sebijik macam suara minah tu. Kalau aku tak dapat Ghazli, dia pun tak akan dapat Ghazli".

Eliza terkesima mendengar akan percakapan Daria itu. Lantas dia mendapatkan abahnya untuk memberitahu segala yang didengarinya tadi.

"Abah, liza takut kalau-kalau Daria tu bertindak diluar kesedaran dia. Liza tak nak hilang mummy dengan adik Liza"ujar Liza kepada Ghazli.

"We need to trap her"tutur Ghazli.

Disitulah bermulanya perancangan Ghazli mahu memerangkap Daria di dalam perkahwinan yang dirancang olehnya sendiri. Akan tetapi, dia kini terhimpit dengan ugutan Daria yang melibatkan keselamatan isterinya.

"Aku harus lakukan sesuatu".





Bersambung...

Oh no! Apa yang Daria rancangkan. Nampaknya perkahwinan itu hanya rancangan Ghazli? Sungguh merumitkan. Apa yang bakal Ghazli lakukan? Stay tune

He's my Mr. Hot [✔️]Where stories live. Discover now