Chapter 2: Invitation

14 0 0
                                    

------------Light of Judgement----------
User:Alya

Abilty des: Light of Judgement membolehkan pengguna untuk memanipulasi fungsi sebuah cermin.
Dengan ability ni, pengguna boleh keluar kan pantulan dari cermin, pantulkan serangan musuh, serang musuh dari dalam cermin dan lain-lain. Fungsi ability ni dihadkan oleh tahap pengguna Alter Ego nya sendiri.
----------------------------------------------
Akademi Indera Kayangan. Sebuah sekolah menengah tahap antarabangsa yang dipanggil sebagai 'sekolah elit' oleh sesetengah orang dimana hanya pelajar yang terpilih sahaja layak masuk. Sekolah seperti ini lengkap dengan kolam renang, stadium, Auditorium,Dewan tertutup dan Gym.

Pejabat sekolah terdapat di puncak 'Menara Pembina'. Sebuah menara yang mejadi pejabat guru dan bilik staff disitu. Ianya berketinggian 50 kaki dan mempunyai lif serta tangga di tengah.
.
.
.
Ariya keluar dari Menara Pembina. Dia kelihatan berpeluh kerana menaiki tangga apabila naik turun ke pejabat pengetua. Walaupun begitu, dia tak nampak terlalu penat.
"Haih.. kena denda.."

Ariya mengeluh seketika sebelum berjalan kearah kelas. Waktu dia berjalan, dia terfikir pasal hal yang berlaku semalam.

---------
Flashback..

"Tolong aku kalahkan Alter Ego yang lain dan bagi tuan nya kawalan sepenuhnya pada Alter Ego diorang.
Jawab Faez

"Huh?"Alya terkejut mendengarkan kata-kata Faez. "Apa maksud kau huh?!"

"Kau dengar apa yang aku cakap."
Faez berjalan kearah tayar motosikal nya yang dah meletup. Sebuah gear muncul di tangannya dan dia memasang gear itu pada tayarnya yang meletup. Gear itu berputar laju sementara tayar itu mula kembali kepada seperti asal.
"Alter Ego macam kau hanya tahu buat kerosakan. Takkan lah aku nak biarkan."

"Kau nampak kan gear ni? Hanya Alter Ego aku boleh guna gear ni pada mulanya. Tapi disebabkan aku berjaya kawal dia, aku pun boleh guna. Macam tu jugak dengan Ability kau. Ariya pun boleh guna, tapi dia kena berjaya kawal kau dulu."Kata Faez lagi.

"Heh?! Macam mana kalau aku taknak?"
Soal Alya. Dia nampak lebih marah.

"Kau taknak. Tapi tuan kau, Ariya. Dia mesti nak kan?"

"huh?"

"Hanya ada dua pilihan. Sama ada kau berhenti buat kekecohan dan kau bagi kawalan semula pada Ariya, atau aku bunuh Ariya sekali dengan kau sekali.Oh ya, join aku sekali. Aku janji kau takkan menyesal. Bukan saja kau akan masih hidup, kau dapat kenal tuan kau dengan rapat jugak. Kan bagus macam tu?"

Flashback off..
.
.
.
.
Ariya menggenggam tangannya. Kelihatan dua bayangnya yang telah bercantum dari tadi.
"Dia ingat dia siapa?! Lahanat lah!!"

Bayang Ariya berpecah dua kembali.
"Tapi.. betul jugak apa yang dia kata. huh.."
Ariya teringat semula mimpi yang dia dapat semalam.

"Aku, kakak kau. Alya"

"kakak? Apa yang dia maksudkan?"
Ariya membeli sebotol air mineral dari vending machine lalu duduk diatas bangku berdekatan.
"Alter Ego..apa Alter Ego ni sebernanya? Jin? Hantu? Kenapa Alter Ego ada kuasa luar biasa macam tu? Kenapa aku tak boleh kawal diri aku setiap kali diorang muncul? Kenapa aku ada benda tu? Siapa Alya? Siapa Aiz?"
Terlalu banyak persoalan yang bermain di dalam fikiran Ariya. Dia membuka air mineral lalu mengambil berberapa teguk sebelum disimpan ke dalam beg. Dia lalu bangun dari bangku, namun sebelum dia sempat meneruskan perjalanan dia disapa oleh seorang lelaki yang memakai baju kemeja hitam. Di baju nya dapat kelihatan tag nama yang bertuliskan 'Nazeer'.
"Cik Ariya. Cik ok?"

-----Biodata-------------------
Name: Nazeer Sulaiman
Age: 25Y/o
Height:211Cm
Des: Bodyguard Ariya.
-------------------------------------

Alter Ego:First StepWhere stories live. Discover now