Chapter 30: I Love You

11.7K 1.3K 123
                                    

Seminggu berlalu...

Di ruang tangga, terdengar suara jeritan yang menggelegar minta lepaskan diri dari orang keluarganya. Wajahnya nampak begitu kesal dan marah. Dia baru dibebaskan dari bilik kurungan di ruangan bilik jauh dari tempat bingit.

Freya dan Luca yang sedang santai minum di ruang tamu, menoleh saat suara jeritan menendang pendengaran mereka.

"FREYA!" seru wanita itu. Tangan Maxime dari lengannya, direntap kasar lalu mampir ke arah kakaknya.

Freya pandang Luca, bibir mengukir senyum. Dia bangun seakan menyambut kedatangan adik kesayangan. Muka emosi adiknya langsung tak dihiraukan malah rasa puas dalam hatinya.

"Flavia." Freya senyum manis.

Plak! Sebuah tamparan padu hinggap di pipi Freya tanpa kata. Mata Luca terbuntang melihat itu. Luca pantas bangun menarik Freya jauh dari Flavia. Freya ketap bibir. Pipi yang ditampar disentuhnya. Panas dan berpijar! Freya senyum sinis.

Rambut disebak kasar ke tepi dan melihat muka penuh marah milik adiknya.

"What do you think you're doing?!" soal Flavia sambil mara lagi mahu memukul kakaknya. Dia dapat tahu bahawa Aster sudah bertemu dengan Freya.

Tidak! Kakaknya itu beracun! Pandai menyusun kata! Jika Aster jumpa kakaknya, tak mustahil Freya memanipulasi jejaka itu.

"What?! Aku cuma buat apa yang kau belum buat! Kau tu lembab sangat nak beritahu siapa kau sebenarnya!" balas Freya balik tak kalah kuat suaranya. Dia geram bila Flavia lambat bertindak.

Pada akhirnya, dia yang turun padang hancurkan semuanya. Dia menyuruh orangnya datang rumah Aster dan culik adiknya. Hadden pula ditinggalkan dengan seorang kuncu keluarganya membocorkan gas dapur. Kalau tunggu Flavia yang lakukan, sampai bila pun Aster tak akan jatuh!

Flavia ketap bibir kuat. Mata mulai memanas.

"Itu urusan aku! Kenapa kau masuk campur?!!" teriak Flavia hampir tiada semangat. Air mata menitis.

"Kau bodoh ke?! Kau dah lupa ke siapa budak hingusan tu? Dia tak pernah jadi suami kau, Flavia! Perkahwinan kau dengan dia tak pernah sah! Ingat agama kau apa!"

"Anak kau tu pula anak haram! Nama budak tu takkan berbin kan nama bapak budak tu. Flavia, kau dah lupa ke apa tujuan kita dari awal? Misi kita hanya mahu buat keluarga dia hancur! Kau sibuk bercinta dengan jantan tu sampai lupa apa tujuan kau. Jangan sampai poppa tahu apa kau buat, Flavia!"

"Aku cintakan dia!!" pintas Flavia. Wanita itu mula terduduk di lantai. Menangis gila kerana memikirkan Aster sudah tinggalkan dia. Hatinya membara kerana perbuatan Freya.

Memang dia jahat dari awal tapi sejak dia bersama dengan jejaka itu, perlahan rasa dendamnya hilang digantikan perasaan hangat. Dia tak tega bunuh lelaki yang mula dia cintai.

Flavia tahu dia sudah buat Aster rasa dikhianati tapi percayalah, setelah melihat sikap Aster yang selalu hangat kepadanya, dia tak mahu lagi teruskan tujuannya. Meski dia tahu hubungannya bersama Aster adalah haram sama sekali, dia tak mahukan perpisahan.

Dia mencintai jejaka itu seperti mana jejaka itu mencintainya!

Freya kepal penumbuk. Luca ditolak lalu Flavia didekati. Kepala adiknya ditunjal kasar sampai rambut serabut.

"Kau ni memang sial tau. Kau fikir aku peduli ke kisah cinta kau yang beza agama ni? Hei, bodoh. Aster dah tinggalkan kau dan anak kau dah mampus. Mati dalam rumah korang sendiri!"

Tangisan Flavia terhenti. Flavia pandang Freya dengan mata membulat luas.

"A... Apa maksud kau? Ha... Hadden... Apa kau dah buat dekat anak aku, kak?!! Abang, cakap dengan Di kalau anak Di tak mati, abang! Apa Freya cakap tak betul kan, abang?!" tanya Flavia pilu. Lengan Luca dipegang dan digoncang minta jawapan soalannya.

𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈𝐎 (COMPLETE)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora