Chapter 35: RIO: A True Leader

11.2K 1.2K 40
                                    

Pada jam 2 pagi, Aster turun dari tangga menuju ke ruang tamu. Harith yang menunggu kedatangan Aster, angkat kepala melihat Aster. Jejaka itu bangun dengan sikit payah tapi masih nampak baik. Aster berhenti langkah. Melihat sahabatnya atas bawah dengan ketapan bibir.

Kembali Aster langkah masuk ruang tamu. Sofa berangkai tiga didudukinya. Berhadapan dengan Harith. Harith duduk bila Aster menyuruh. Suasana hening.

"Kau rasa macam mana dia boleh mati?" tanya Aster tiba-tiba sekali gus memecah suasana sunyi antara mereka. Datar wajahnya tapi mata terisi dengan rasa ingin tahu. Hairan kenapa manusia itu boleh mati. Sedangkan dia baru berniat mahu lenyapkan manusia itu.

Terlepas peluang dia!

Harith hembus nafas. Tubuh bersandar di sofa. Diam sebentar memikirkan apa sebabnya.

"Mungkin ada orang lain bermusuh dengan dia."

Aster angguk samar. Mungkin begitu. Manusia itu dari Scorpion. Wajar ada yang bermusuh dengan anak buah Scorpion.

"Tapi, cara dia mati lebih ngeri berbanding dengan apa yang kita nampak selama ni, Aster. Seakan-akan, pelaku tu ada dendam kesumat dengan budak tu. Betul-betul apa aku tengok tadi, ngeri gila. Rare cara mati dia tu." Terang Harith tentang keadaan mayat itu. Tragis! Tak sanggup nak bayang balik.

Meski mereka pernah tarik nyawa orang tapi mereka tak pernah buat seksaan macam ni. Kepala terpisah, isi perut berterabur, darah terpercik di mana-mana. Bau busuk sangat menyengat saat itu! Tak tahan Harith nak duduk situ lama-lama dan periksa keadaan mayat itu.

Menyeramkan.

"Kau rasa siapa?" Harith tanya dengan jungkitan kening. Aster diam. Mendengar setiap bicara Harith.

"Tak apa. Kau baliklah sekarang. Biar aku urus benda ni. Esok kau dah gerak sana. Badan kau pun dah luka-luka."

"Tak kisah. Aku boleh extend masuk minggu depan." Balas Harith tersengih. Aster menggeleng mendengarnya. Lantak kaulah, Rith.

"Betul ni kau nak aku balik? Kau tak nak aku..."

"Tak payah. Aku cari sendiri. Kau balik." Pintas Aster serius. Harith terangguk-angguk. Kalau itu Aster nak, dia ikutkan saja. Harith lepaskan nafas panjang lalu bangun.

"Yelah. Aku balik dulu. Apa-apa roger." Pamit Harith sedia untuk pergi. Aster sekadar mengangguk. Melihat pemergian Harith sampai sosok Harith hilang dari pandangan mata. Setelah itu, Aster hembus nafas panjang sembari meraup rambut.

Fikiran runsing. Terfikir siapa yang bunuh manusia itu. Tapi, baguslah. Tak ada dia kotorkan tangan Harith malam ini. Aster sangat berterima kasih kerana telah bunuh manusia tersebut untuknya.

Aster tiba-tiba teringatkan ayahnya. Agak lama juga dia tak hubungi Arshaka sejak kedatangan ibunya di rumah ini. Arshaka pula tak ada hubungi dia selama dua bulan ini. Takkan sibuk sangat? Aster keluarkan telefon pintar dari poket seluar. Berniat mahu menghubungi ayahnya.

Tiada yang jawab. Sekali tak sangkat. Dua kali tak angkat. Tiga kali tak angkat juga! Aster berdecak kesal. Mana Arshaka pergi? Menghilang ke mana? Aster hubungi nombor rumah pula. Berharap ada yang menjawab dan beritahu keberadaan Arshaka.

Beberapa saat kemudian, panggilan Aster diangkat.

"Mana papa?" tanpa salam tanpa apa-apa, terus diserang pertanyaan itu.

"Eh, tuan muda! Tuan Arshaka dah lama tak ada dekat rumah."

Terus mengerut dahi Aster mendengarnya. Dah lama tak ada dekat rumah? Aster pelik. Jarang sangat Arshaka nak tinggal rumah.

𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈𝐎 (COMPLETE)Where stories live. Discover now