Chapter 45: Back Off And Forget?

12.3K 1.4K 131
                                    

Pintu kamar tidur ditolak lalu masuk dengan langkah lelahnya. Tasneem tutup pintu kembali lalu dikunci. Tak mahu masa sendirinya saat ini diganggu sesiapa. Meja solek dituju. Perlahan dia letak beg tangannya di atas meja solek.

Bernafas berat, Tasneem perlahan angkat kepala menatap wajah di biasan cermin solek. Mata Tasneem bergerak sana sini seperti tak keruan. Sebelum... bunyi kaca pecah terdengar kuat mengisi ruang kamar tidur berserba mewah itu.

Kerana perasaan marah tak terbendung, dengan tak tahan Tasneem tumbuk cermin solek sampai retak dan serpihan kaca jatuh ke lantai. Darah yang mulai menitis dari kekura jari runcing Tasneem, tak diendahkan Tasneem.

Apa yang paling penting emosinya.

Sedari siang setelah balik ke hospital, Tasneem berupaya menahan diri agar tidak terlanjur bertingkah seperti menunjuk sikap gelapnya di depan Asterio. Sebenarnya dia tahu siapa orang yang mengejar dia dan Asterio.

Itu orang Darrian.

Tasneem menunduk. Menelan liur kesat. Mata berair tunggu untuk menitis saja. Tasneem hembus nafas kuat. Cuba bertenang, Tasneem dongakkan kepala. Mata meliar di siling kamarnya dengan fikiran cukup kacau. Rasa sukar untuk bernafas dengan baik saat ini.

Tak mungkin Lorenzo sudah tahu perbuatannya.

Tiada yang tahu dia sudah masuk islam kecuali Judas dan orang-orangnya di rumah ini. Dia masuk islam tanpa restu dari keluarganya. Dia menukar nama barunya tanpa beritahu keluarganya.

Sejujurnya, Tasneem sudah cukup menahan diri. Sudah cukup menyembunyikan identiti barunya selama 4 tahun ini. Berpura-pura tega membuat kerja kotor keluarganya. Mencabut nyawa manusia tanpa kasihan. Melabur sana sini.

Tasneem dah cukup bertahan dan menyimpan identiti Qay Tasneem. Tasneem kepal tangan kuat. Jika dia ingin bertahan, dia perlukan seseorang di sisinya untuk mendukung dia. Untuk terus memilih jalan ini untuk hidupnya.

Tasneem hempas punggung ke ranjang. Kedua tangan menekan tilam erat sampai tak terlihat kukunya. Otak sedang memikirkan rencana.

Jika Asterio menolaknya, dia pasti tak akan kuat untuk melawan Lorenzo. Sehebat apa pun dia dulu, kalau lawannya ayah sendiri

Tasneem pejam mata erat sambil bibir digigit.

Judas di luar, kelihatan sedang berjalan menuju ke kamar majikannya. Dia baru saja dapat panggilan dari Luca di Itali. Arahan yang diberikan Luca harus dia laporkan kepada Tasneem. Judas ketuk pintu kamar majikannya sekali.

"Ada apa?" tanya Tasneem di dalam. Darah yang ada di tangannya dikesat dengan tisu. Nyeri tapi dia harus hilangkan kesan darah ini untuk elakkan kerisauan Judas.

"Ini saya, Cik Tasneem. Ada laporan mengenai keluarga Darrian." Ujar Judas. Dia mundur setapak bila dengar bunyi tombol pintu dipulas. Terpampang muka Tasneem yang dingin seperti biasa.

Judas menunduk.

Tasneem sorokkan tangannya di sisi. Judas kerling gerakan Tasneem. Sedikit kerut keningnya dengan tingkah aneh majikannya.

"Laporan apa?" soal Tasneem parau nadanya. Judas angkat kepala. Kemudian, Judas jeda. Mula terfikir hendak beritahu atau tidak. Tiba-tiba jantungnya berdegup tak keruan.

"Judas?" panggil Tasneem menyedarkan Judas. Kening terangkat kerana melihat sikap Judas tiba-tiba berubah pelik. Seperti ada sesuatu yang disorokkan.

"Em... Saya harap Cik Tasneem boleh bertenang dengan apa yang saya sampaikan." Kata Judas berharap. Dia belum sedia nak lihat muka Tasneem berubah sayu.

Tasneem sekadar mengangguk.

"Signorina Amber Darrian disahkan meninggalkan dunia petang tadi. Signore Luca minta Cik Tasneem pulang Itali malam ini juga."

𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐈𝐎 (COMPLETE)Where stories live. Discover now