Chapter 2

4 4 0
                                    

Zulfa berdiri tegak diluar kelasnya. Jelas terdengar suara orang ramai yang sedang kuat bersembang dan bergelak ketawa. Ketahuilah dia bahawa tiada guru di dalam kelas itu. Kakinya terasa berat untuk melangkah masuk. Diberi kata kata semangat untuk dirinya didalam hati.

" Zulfa! Skarang niehh, kau kena jalan ja macam biasa. Masuk kelas, berdiri kat depan, perkenalkan diri. Senyum paling penting!.. aku kena berubah! Aku wajib caqi kawan walaupun sorang! "

Kaki dipaksa melangkah masuk. Diteruskan melangkah sehingga berada dihadapan kelas.

"Berhenti zulfa! Berhenti!! Cakap haii, astu perkenalkan diri.. berlakon macam kau ni extrovert, cakap banyak dan jenis easy going. Depa suka berkawan dengan orang cenni" bisik hatinya

Langkah diberhentikan. Berharap semua penghuni di dalam kelas itu memberi tumpuan ke arahnya. Namun, harapannya seakan akan musnah apabila melihat semua orang yang hanya memandangnya sekilas kemudian kembali bersembang. Serta merta semangat dan confident yang dikumpul dengan bersusah payah hilang berlalu bagaikan ditiup angin.

Kepala mula ditundukkan, menjadi dirinya yang sebenar. Sedih kian terasa apabila dirinya dipulaukan. Kaki dibawa melalui celah celah meja yang cantik tersusun. Mata melirik kearah setiap bucu meja yang tertampal nama pemilik sementara meja tersebut semasa dilaluinya. Namanya dicari. Zulfa terus berjalan sehingga mejanya ditemui di bahagian paling belakang bersebelahan tingkap.

Kerusi ditarik, lantas punggungnya dilabuhkan. Beg galas yang berisikan buku buku itu segera dia lepaskan. Terasa lega bahunya apabila beban mula hilang.

Nafas dihela seketika. Kepala dipusingkan kehadapannya, terhidang permandangan seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur. Dikalihkan pula pandangannya kearah sekumpulan lelaki yang rancak bersembang. Kuat sekali suara mereka bersembang, seakan akan kawannya berada di bangunan lain. Lagi, matanya dibawa kearah 4 orang pelajar perempuan yang memakai baju bewarna biru menandakan bahawa mereka mempunyai jawatan iaitu pengawas sekolah. Terlihat sangat gedik apabila mereka sengaja melunak lunakkan suara apabila bercakap. Dilihat pula sekumpulan perempuan juga berjumlah 4 orang yang memakai baju bewarna ungu, menandakan jawatan yang disandang mereka adalah pembimbing rakan sebaya (PRS). Bahagia terasa apabila melihat mereka yang seronok bergelak ketawa. Senyuman lebar terpapar di wajah masing masing. Terdengar sangat random percakapan mereka. Zulfa membuat kesimpulan bahawa mereka adalah jenis orang yang dia selalu impikan untuk menjadi. Extrovert. ramah. Easy going. Matanya dililaukan lagi sehingga terhenti ke arah perempuan berbaju putih iaitu murid biasa sepertinya. Mereka terjerit jerit sambil bertepuk tampar. Kumpulan itu juga berjumlah 4 orang! Wahhh! Perfect..

Menyedarkan itu, dirinya mula terasa seakan akan dirinya perosak kesempurnaan itu..

Kepala digelengkan beberapa kali. Menghapuskan kata kata otak yang akan membuatnya down..

Matanya dibawa melihat sekeliling mencari tujuannya untuk memulakan perkenalan. Matanya terlekat kearah sekumpulan perempuan berbaju ungu tadi. Mereka berempat duduk mengelilingi meja belajar yang berbentuk segi empat itu. Sama seperti pelajar pelajar lain.

"Bangun Zulfa, tegur depa!"

Namun, niatnya untuk bertegur sapa dengan mereka hanya terpendam apabila dirinya terasa susah untuk berdiri. Kakinya seakan akan enggan memberi kerjasama. Punggungnya terasa seperti di gam pada kerusi. Dirinya berlawan sesama sendiri. Perasaannya kini susah untuk diungkap. Dia nak berubah tetapi dirinya tak mampu. Dia perlukan masa! Tapi sampai bila? Sampai bila dia nak menjadi seorang yang kesepian? Sepi, seorang diri.

Penat menguasai diri setelah lama berusaha. Namun usahanya hanyalah sia sia apabila dia kalah dengan fikirannya yang over thinking.

Zulfa akhirnya menoleh ke arah tingkap dan melentokkan kepalanya di atas meja beralaskan lengannya. Menenangkan diri.

Mata dipejamkan sambil kepala diletakkan diatas meja berlapikkan lengan kekarnya. Bosan mula menghantui dirinya apabila cikgunya tidak hadir dan hanya memberi mereka latihan untuk diselesaikan. Baginya, soalan yang diberi sangatlah mudah. Bak kata orang, 'senang kacang' sahaja.

Sedang dia merehatkan minda, tiba tiba bayangan wajah gadis yang melanggarnya pagi tadi mula menerjah fikirannya. Tidak dapat dia nafikan, gadis itu memang terlihat cantik. Kulitnya cerah dan bebas daripada jerawat, keningnya yang tidak terlalu nipis dan tidak terlalu tebal. Bulu matanya yang panjang melentik. Iris matanya yang bewarna hitam pekat. Hidungnya, hidung  mancungnya terlihat sangat cantik dipadankan dengan wajahnya. Bibirnya bewarna merah jambu. Pipinya yang sedikit chubby itu dihiasi dengan lesung pipit dibahagian kanan, cukup menarik perhatian orang ramai. Comel..





~

♥️Doa Kelancaran Berbicara

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Bacaan latin: Robbis rohlii shodrii, wa yassirlii amrii, wahlul 'uqdatam mil lisaani yafqohu qoulii.

Maksudnya: Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku. (QS Thaha Ayat 25-28).
 

Never Give Up!Where stories live. Discover now