Chapter 11

3 2 2
                                    

"Haa, cakap pasal tu. Wina dah ada kawan belum dekat sekolah?"

Tanya abah dengan riak wajah yang serius.

Mendengar akan pertanyaan abah, semua penghuni di dalam kereta itu mula terdiam. Mereka juga turut menanti jawapan daripada Zulfa. Suasa yang tadinya sudah tegang, kini terasa lebih tegang.

Zulfa berkira kira untuk memberikan jawapan. Otaknya ligat menyuruhnya untuk menipu supaya telinganya dapat berfungsi dengan sempurna setelah kakinya melangkah keluar daripada kereta selepas ini.

"Aaa, a- ada."

Bohong Zulfa dengan perasaan gugup. Matanya mula terkelip kelip, kebiasaannya apabila menipu. Habit! Dalam hati dia berdoa agar topik ini tidak akan berlangsungan.

"Winaaa"

Suara ibu bagaikan amaran.

Aura gelap mula timbul memenuhi segenap ruang kenderaan itu. Fahamlah Zulfa bahawa dia tidak dapat berdalih lagi. Ibunya sudah mengetahui jawapannya. Namun, dia mahukan kejujuran daripadanya. Dan Zulfa tahu dia salah, tidak sepatutnya dia berbohong. Berdosa!

"Sorry, ermm.. Tak dak lagi"

Jujur Zulfa seraya menundukkan kepalanya. Takut untuk melihat reaksi ahli keluarganya. Jari jemarinya yang tidak boleh diam dilarikan ke hujung bajunya.

"Haihh"

Sunyi seketika suasana di dalam kereta itu.

'1 2 3'

Zulfa mula mengira di dalam hati.

"Wina, abah bukan apa, cuba Wina fikir. Wina Ingat wina boleh hidup ka duduk sorang sorang? Ya, maybe sekarang Wina rasa okey ja tak dak kawan sebab wina tak perlukan lagi depa, sebab Wina tak dak apa apa masalah lagi. Cuba wina bayangkan, kalau wina tak mai skolah ka, wina ada hal, tak masuk kelas ka, wina nak cari sapa untuk tanya apa yang cikgu ajar, kerja sekolah apa yang cikgu bagi, cikgu ada pesan apa apa dak? Apa yang wina ketinggalan. Wina nak cari siapa kalau bukan kawan? Habaq kat abah. "

Ujar abah panjang lebar seperti yang zulfa telah anggarkan. Walaupun dia agak terasa dengan teguran ayahnya, dia tetap happy sebab mereka mengambil berat tentangnya. Dia faham, ayahnya pasti risau kalau tiada siapa siapa yang akan membantunya sewaktu dia susah.

"Wina, ibu abah dengan Krizz fahamlah kalau wina dok diam ja waktu orang sembang. Orang tanya, wina jawab sepatah sepatah ja. Kami fahamlah yang perangai wina memang macam tuh. Pendiam. Sebab kami yang dok dengan wina masa wina membesar. Tapi orang lain? Orang yang tak rapat dengan wina? Apa kata mereka tentang wina? Pasti mereka ingat wina sombong, tak nak bersembang dengan mereka"

Fisa, ibu zulfa turut membuka mulut setelah melihat reaksi anaknya yang seakan akan bisu di seat penumpang belakang. Dia juga risau akan zulfa yang introvert dan tidak pandai bergaul itu. Risau jika anaknya dikatakan sombong oleh orang yang tidak mengenalinya.

"Hurmm, betul tuhh, aku pon risau jugak. Lagi satu, hang tau dak bahaya jalan sorang sorang kat skolah. Kes buli banyak tau sekarang. Sekali depa tarik hang pergi dekat tempat tersembunyi, siapa yang akan perasan kalau hang hilang? Siapa yang akan sedaq? Sapa yang akan kesah hang ada ka tak dak waktu tuh kalau bukan kawan hang? "

Sampuk abangnya, Krizz selepas melihat ibunya yang telah habis berkata kata.

" Jadi, wina kena lar cuba, buang sikit sifat pendiam tu. Berusaha cakap dengan orang sikit sikit. Lama lama boleh lar tuhh.. Tak dapat bersembang macam orang lain pon tak pa. Cuma, try wina belajar jawab panjang sikit. Macam bila orang tanya, wina makan tak lagi? Wina jangan jawab dah ja. Cuba sambung sikit, sambung jalah wina makan apa ka, waktu bila wina makan ka, wina makan kat mana ka ann.. Jangan tunggu orang tanya baju nak habaq. Cuba bukak mulut tuh sendiri. Cakap ja apa apa pon yang ada kena mengena dengan topik tuhh. Lepastu, nak nampak lagi yang wina ni mesra? Wina boleh tanya balik soalan yang orang tanya kat wina tadi. Tadi orang tuh tanya wina makan tak lagi ann, so wina tanya lah balik dia makan tak lagi.   Nak lagi hebat, wina tukaq balik jawapan wina yang tadi tu jadi soalan. Contoh larr tadi wina jawab, wina makan dah, makan kek coklat tadi dekat cafe. Ha wina tanya lar balik dia makan apa? Bila?  Kat mana? Haa, macam tu larr. Wina paham dak?"

Nasihat abah panjang lebar. Wina yang mendengar tips daripada abahnya lantas memasang telinganya luas luas. Dengan tekun dia cuba memahami apa yang dikatakan oleh abahnya itu.

"Sebenarnya benda ni simple ja. Dia spontan kita cakap. Tapi untuk wina, benda nieh payah. Sebab dia tak biasa pastu wina ni banyak fikir negatif sangat. Satgi dia salah cakap la macam macam. Hang kena ingat, everyone make mistakes. "

Tegur abangnya lagi. Geram dia dengan adiknya, zulfa yang overthinking menyebabkan confidentnya berkurang.

Klak

Bunyi handbreak ditarik menyentakkan zulfa daripada lamunannya. Dia berfikir panjang tentang apa yang dikatakan oleh keluarganya. Tidak dapat disangkal, semua ujaran mereka adalah benar belaka. Bukan dia tidak mahu berubah, cumanya, semua itu tidak mudah sebagaimana yang disangkakan oleh keluarganya. Dia mahu berubah. Sudah lama dia cuba, berusaha untuk keluar daripada dunianya yang sepi, bersendirian, keseorangan. Tetapi dia tak boleh, tak mampu, tak kuat untuk merubah dirinya sendiri..

Zulfa menggelengkan perlahan kepalanya, menghapus fikirannya dari merosakkan mood yang ingin mencari ketenangan hari ini. Matanya diliarkan keluar kereta, baru dia tersedar akan mereka yang sudah sampai ke destinasi. Pantai! Dibina juga beberapa buah bangunan seperti kedai dan hotel berdekatannya.

"Tapi jadi pendiam ada jugak baiknya, sebab mulut kita akan lebih terjaga daripada menyakiti hati orang lain. Ya lah, tak qeti nak kutuk orang, tak dak lar free free ja dapat dosa. Kebanyakkan orang suka cakap benda benda mengarut jah, membawang lagi banyak daripada kongsi ilmu. Tambah tambah zaman sekarang, nauzubillah. Yang elok tu elok lahh. Ibu tak cakap semua, tapi kebanyakan. Sebab itulah kena pandai dalam memilih kawan. Risau kalau terkawan dengan orang mulut busuk, nanti terikut ikut pulak naya. Yalahh, dok duduk dengan depa, pasti topik dia fasal aib orang. Bahaya kalau kita pulak dok sambung topik tuh padahal kita tak tau apa pa pon, cerita tu benar ka palsu ka ermm.. "

Sambung fisa mengakhiri perbualan mereka. Disebut pula kesan positif mengenai orang introvert untuk menceriakan kembali keadaan.

"Hurmm, betul betul betul."

Abah memulas kunci kereta seraya mematikan enjin. Serta merta bunyi kunci dibuka timbul di empat-empat buah pintu bersebelahan mereka.

"Dah, jom turun"

Ajak abah lalu pintu dibuka. Zulfa menarik nafas sedalam dalamnya kemudian dihembus perlahan. Kepala diangguk sekali apabila hatinya mula membisikkan kata-kata semangat untuk dirinya. Senyum ditarik lebar. Tangan dibawa membuka pintu dan kaki melangkah keluar daripada kereta. Pintu ditutup sebagaimana cerita ini ditutup.

Tamat..








~

️♥️ Having self-confidence is the beginning of having everything.

Never Give Up!Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang