Chapter 18

10 2 1
                                    

Langkah besar dibuka. Zulfa berjalan masuk ke dalam sekolah dengan kekok. Sekali sekala kepalanya diangkat melihat orang-orang disekeliling yang sedang merenungnya.

"Cantiknya dia"

"Segak"

"Pelajar baru ka?"

Bisikan bisikan daripada mulut manusia sayup-sayup terdengar ditelinganya. Perbualan itu jelas ditujukan kepadanya membuatkan dia tidak keruan. Tidak tahu mahu bereaksi bagaimana. Kejadian yang dia sangat takutkan, apabila dia menjadi topik perbualan orang.

Seperti selalu, kakinya mula melangkah laju, berniat menjauhi orang ramai. Suasana disekeliling dihiraukan sahaja oleh Zulfa. Tidak bersedia menghadapinya lagi.

Beg kertas yang dibawa dari rumah dipeluknya erat, mencari kekuatan. Helaan kecil terlepas apabila matanya menangkap kelibat blok kelasnya, lega. Anak tangga dipijak dengan berhati-hati.

Pintu kelasnya diketuk sebelum kaki melangkah masuk. Zulfa berjalan perlahan menuju ke tempat duduknya. Duduk dilabuhkan setelah kerusinya ditarik. Wajahnya dihalakan ke arah tingkap disebelah. Kepala diletakkan diatas meja seraya mata dipejam. Penat.











Berita yang dikhabarkan oleh ketua kelas tentang cikgu yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana cuti bersalin membuatkan Zulfa mengeluh. Dua masa yang dia paling benci apabila berada di sekolah. Salah satunya, waktu ketiadaan guru dimana pelajar-pelajar diberi kebebasan untuk membuat kerja sendiri. Kenapa? Bukankah waktu-waktu lapang sebegitu amat dinanti-nantikan ramai orang pelajar? Yahh, orang lain namun tidak untuknya. Dia sedar akan diri yang masih bersendirian, tidak mempunyai kawan, sahabat, teman untuk bersembang, berkongsi cerita, meluahkan masalah dan bersuka ria. Bosan!

Jadi, aktiviti apa yang akan dia lakukan untuk mengisi waktu tersebut? Tidur. No! Pura pura tidur, untuk mengelak daripada bergaul dengan orang. Bukan tidak suka, tetapi tidak biasa. Dan dia tidak bersedia.

"Weihh, hang kenai dak perempuan tuhh? Apa nama dia? Zulfa ehh? "

Jelas bunyi suara yang datang dari meja bersebelahannya itu bercakap tentangnya membuatkan dia terasa sesak nafas. Takut! Takut jikalau mereka tidak suka akan kehadirannya. Badannya dikeraskan, berusaha untuk tidak bergerak. Tidak mahu lakonannya terkantoi.

"Haah, nama dia Zulfa"

"Dak, mana aku kenal, dia pon tak pernah tegur kita"

Ujaran gadis prs itu membuatkannya tersentap. Kenyataan yang harus dia terima, pahit untuk ditelan. Perasaan sepi, berseorangan memang patut membelenggunya. Dari hari pertama dia bersekolah, dia langsung tidak bertegur sapa dengan rakan sekelasnya. Jujur dia katakan, yang dia hanya mahu menunggu, berharap akan ada seseorang, membawanya jauh dari perasaan itu. Tetapi, seperti yang dia tahu, hasrat tak akan tercapai tanpa usaha. But, dia juga sudah berusaha. Namun, ya.... Belum dikurniakan rezeki.

"Somb-"

Kepala Zulfa terus terangkat sebelum gadis prs itu menghabiskan perkataannya. Gelaran itu membuatkannya resah. Tidak! Dia tidak akan biarkan orang memandangnya sebegitu.

Perlakuan Zulfa membuatkan gadis-gadis disebelahnya menukar topik dengan cepat. Udara disedut dalam sebelum nafas dihembus perlahan. Diulang sambil matanya diliarkan ke sekeliling. Kali ini, dia betul betul bertekad, mahu menegur gadis gadis itu untuk keluar dari dunianya yang sepi, keseorangan, tanpa sesiapa.

Botol airnya yang terletak di atas meja dicapai. Lantas botol itu dihulur kearah seorang gadis yang berada betul-betul disebelahnya.

"Boleh tolong bukakan tak?"

tanya zulfa senafas, laju tanpa gagap. Entah dari mata datang keberaniannya. Mungkin, dia sudah tidak tahan akan dirinya yang penakut. Takut untuk menanggung risiko jika tersalah cakap. Kali ini, dia bersuara tanpa berfikir panjang.

Dihiraukan sahaja reaksi sekumpulan gadis itu yang seperti tergamam dengan tindakannya. Dengan kekok gadis itu mengambil botol yang dihulur sebelum memulas penutup botol itu dengan mudah.

Zulfa menyambut kembali botol dengan penutupnya yang sudah tertanggal dengan senyuman manis namun dibalas dengan senyuman kekok. Tidak lupa juga ucapan terima kasih diucapkan.

Lantas zulfa meminum air putih itu seteguk lalu menutupnya kembali.

Bunyi loceng yang menandakan sudah waktu rehat bergema di segenap sekolah. Zulfa melihat kearah gadis gadis di sebelahnya yang sudah bersedia untuk keluar daripada kelas.

"Hai, nak rehat sekali boleh tak?"

Tegur Zulfa tanpa melengahkan lagi masa. Dia mahu berubah, tidak mahu makan seorang diri lagi mulai hari ini. Orang di sekelilingnya selalu memandangnya pelik apabila dia selalu berseorangan. Dan dia tidak suka akan itu!

"Hai"

"Boleh"

"Apa pula tak boleh"

"Jom lah"

Jawapan mereka yang positif itu membuatkan matanya bersinar-sinar. Gembira! Yahh, satu satunya perasaan yang dia rasakan sewaktu itu.

"Tapi, kami semua nak pergi tandas dulu. Zulfa nak ikut?"

Mendengarkan pertanyaan itu, zulfa menganggukkan kepalanya dengan laju. Dia tidak pandai menolak, dan dia tak nak menolak. Tidak akan dia lepaskan peluang untuk bersama dengan rakan sekelasnya itu.

Mereka berjalan bersama-sama menuju ke tandas. Langkah mereka yang agak laju itu membuatkan Zulfa ketinggalan dibelakang. Walaupun begitu, Zulfa masih gembira akan dirinya yang sudah mempunyai peningkatan. Harapan dia untuk makan beramai-ramai akan tercapai sekejap lagi. Mengingati itu membuatkan dia tersengih sendiri.

"Ibu! Abah! Wina dah ada kawan!"

Jerit Zulfa di dalam hati. Tidak sabar!












Kedudukan tudung putihnya diperbaiki sementara menunggu keempat-empat orang yang dia gelarkan sebagai kawannya itu sedang melepaskan hajat di dalam tandas seperti yang dikatakan mereka.




(Zulfa pov)

Aku sebenarnya nak masuk juga tandas. Tapi tu lah, aku tak suka kalau orang tunggu aku. Aku tak selesa. Bagi aku, biar kita tunggu orang jangan orang tunggu kita.

Disebabkan bosan, aku basuh tangan aku dekat singki. Dan sekarang, baru aku perasan betapa bodohnya aku. Rasa nak terkencing lagi jelas apabila kulit aku terkena air. Tambah tambah lagi air sejuk.

Keadaan sekarang sangatlah memahami situasi aku apabila 2 orang kawan aku keluar daripada tandas secara serentak.

"Zulfa nak masuk sekejap tau"

Ujar aku kalut kalut akibat tidak tahan. Pantas aku berlari masuk kedalam tandas apabila mendapat anggukan daripada mereka berdua.

Serius aku cakap! Aku tarik balik perkataan aku yang aku cakap aku bodoh  tadi. Sebab selamat aku berasa nak membuang semasa aku ada dalam tandas. Buatnya aku berasa masa makan kejap lagi. Kan lagi sedih.

Aku buka pintu tandas setelah projek siap dengan senyuman. Namun, senyuman aku terhenti tatkala orang yang mempelawa atau lebih tepat, mengizinkan aku untuk rehat bersama mereka tadi telah hilang.

Aku cuba berfikiran positif dan mencari kelibat mereka berempat sebelum mengeluh. Tiada. Kosong. Yahh, mereka telah pergi, meninggalkan aku bersendirian, keseorangan, di situ. Perasaan bahagia yang aku agungkan tadi hilang, lenyap begitu sahaja. Makan beramai-ramai, hanya tinggal bayangan yang mungkin tak akan tercapai. Meskipun ia terdengar seperti keterlaluan, iyalah, makan beramai-ramai ja pon, perlukah sedih macam tu sekali? Ya, korang tak faham, dan tak akan pernah faham. It's my dream. It's maybe easy for you, but not me..














~

️♥️ Jangan terlalu fikirkan apa yang orang fikirkan tentang kita jika itu membuatkan kita takut untuk bersuara. Just be your self.

Vous avez atteint le dernier des chapitres publiés.

⏰ Dernière mise à jour : Oct 16, 2023 ⏰

Ajoutez cette histoire à votre Bibliothèque pour être informé des nouveaux chapitres !

Never Give Up!Où les histoires vivent. Découvrez maintenant