Chapter 15

3 1 0
                                    

Hujung bajunya diramas-ramas, cuba mengumpul semangat dan confident. Segala kesan negatif yang mengganggu fikirannya ditepis laju. Perutnya bagaikan penuh dengan rama rama. Nervous!

"A- adik? Sorang ja- juga ka?"

Tanya zulfa dengan gagap. Tidak pernah dia yang akan bertanya kepada seseorang hal yang tidak ada kena mengena dengan dirinya.

(Si gadis- Haniya pov)

Dari segi percakapan dan tingkah laku kakak di depan aku ni, aku dapat agak yang dia ni jenis introvert. Dia macam tak confident. Tapi, tak tau kenapa aku rasa macam tertarik sangat nak kenal dengan kakak ni. Hairan aku, dia sangatlah cantik and soft spoken. Kulit dia cerah dan tak dak jerawat, kening dia perfect! Bulu mata dia, panjang dan melentik. Dengan iris mata warna hitam pekat. Hidung dia, mancung betul! Cantik! Macan bidadari.  Pipi chubby, ada lesung pipit dekat pipi kanan dia. Comel.. My type! She is my type! Kalau aku jadi lelaki, memang sekarang jugak aku masuk meminang. Tapi! Soalan yang sama, kenapa dia macam tak berconfident? Kalau aku jadi dia, memang aku angkat kepala tinggi tinggi.

If I was you~

"Haah, sorang jugak. Tapi adik kerja dekat sini, kerja dengan abang. Dia ada bukak cafe dekat area sini. Dekat ja. Jalan sikit sampai depan sana, jumpa lah. Ni adik saja larr jalan jalan sat hilangkan penat."

Ujar aku panjang lebar. Aku tau, aku jenis yang peramah sampai kadang kadang aku pon geram dengan diri aku yang tak boleh duduk diam. Tanpa rasa kekok, aku  pon ikut gelarkan aku sebagai adik. Tiba tiba teringin pulak rasa nak ada kakak macam dia. Aku ada abang ja sorang. Saja aku selitkan sikit pasal abang aku, macam sesuai ja akak ni dengan abang aku. Kalau ada can aku kenenkan depa dua.

"O-ouhh"

Jawab zulfa singkat. Langsung dia tidak berniat untuk menjawab sebegitu. Malah, dia teringin sangat nak jawab panjang lebar macam gadis dihadapannya itu. Nampak cool. Tibarr.. Namun, dia berasa malu apabila ada yang sudi mengajaknya bersembang.

Aku? Aku tak kesah pon dengan balasan kakak tuh. Macam yang aku cakap, aku faham dia ni introvert. So, biasalah. Lagipon, perangai dia yang malu malu ni buat aku geramm. Aku bukan apa. Tapi, comeyyyy!

Since aku rasa berminat dan tertarik sangat sangat nak tahu fasal kakak tu, aku pon carilah mana mana tempat yang boleh kami duduk. Baru boleh sembang lama lama!

Tapi alhamdulillah, doa aku dengan cepat terkabul. Dua orang perempuan yang tadinya sedang duduk di atas buaian mula berdiri dan meninggalkan buaian itu. And yass! Inilah peluangnya..

"Akak, jom duduk kat sana. Nak tak?"

Aku bertanya dengan muka dibuat buat comel. Harap harap memang comellah...

"Boleh"

Ujar Zulfa. Yah, 1 perkataan. Masih tidak berubah.

Aku bersorak di dalam hati. Di dalam otak sudah penuh dengan pernyataan yang mahu ditanyakan kepada kakak itu, tinggal tunggu masa yang sesuai sahaja untuk diluahkan.

Namun, sorakan itu terputus tatkala aku melihat seorang kanak kanak berlari ke arah buaian itu.

No! Tak boleh jadi ni, dah lar buaian tu ada satu ja. So, dengan pantas dan secara refleks, aku menggenggam tangan kakak yang namanya masih tidak diketahui itu lalu berlari laju kearah buaian yang menjadi rebutan itu.

Riak wajahnya yang terkejut itu aku hiraukan sahaja. Buaian itu kami punya! Kami cop dulu. Tak kesah lar kau umur berapa pon budak. Kami tak kan mengalah!

Lekas aku mendepakan kedua-dua belah tanganku dihadapan buaian yang hanya dapat memuatkan 2 orang itu. Terhenti langkah budak yang tadinya juga sedang mengejar buaian dihadapanku. Aku melihatnya dengan kening sebelah terangkat, seolah-olah memberi cabaran 'kalau berani datanglah'. Dia juga merenungku tajam.

Never Give Up!Where stories live. Discover now