Bab Dua Belas 🦋

3K 116 5
                                    

TSAKK

Suara daun terkoyak terdengar jelas. Seorang lelaki terjatuh dan kini sedang berpaut di kayu yang tertancap di tanah.

"Argh.. sial." Carut nya berusaha naik kembali ke atas. Bawah nya ada jurang. Kalau lepas pegangan nya pada kayu itu, pejam mata pejam mata habis sudah hidup.

TSIKK

Kayu yang dipegang nya terseret kebawah kerana berat badan lelaki itu. Namun, lelaki itu berhasil menahan dan memegang batu yang ada ditanah basah itu.

Baju nya yang berwarna putih kini berwarna coklat dan hujan menitis ke badan kekar nya.

Dia Ryu Eyden.

Beliak mata Ryu saat kayu yang dipegang nya dan batu yang menjadi pemegang kaki nya seolah akan terlepas dari tanah. Kini, fikiran nya tak positif lagi.

"Matilah aku."

"ARGH--"

HAPP!

Jeritan yang tak sengaja dia keluarkan tercekat saat tangan yang terlepas dari kayu kini sedang dipegang oleh tangan seorang wanita.

Wajah wanita itu ditutup dengan purdah dan mata nya kecil. Tangan nya dibaluti dengan kain agar tapak tangan Ryu juga diri nya tidak bersentuhan.

Awalnya hanya satu tangan tapi saat tubuh wanita itu juga terseret kerana tanah yang basah dan daun daun yang licin, wanita itu memegang Ryu dengan kedua tangan.

"Kau.."

"Arg.. ber.. bertahan. Kenapa.. kenapa berat sangat?!" 

Wanita itu menjerit. Dia berusaha menarik Ryu bahkan kaki nya memijak kepada batu besar dan menarik Ryu sekuat tenaga nya.

Nafas wanita itu keluar masuk dengan cepat. Dada nya kempas kempis. Wajah nya berkerut. Seolah.. sedang menahan sakit.

"Kau.. sakit? lepas. Jangan buat baik kalau kau sendiri sakit." Kata Ryu menyadari akan raut muka wanita itu.

"Diamlah encik. Saya masih ada hati nurani. Cacatpun, saya tetap manusia. Saya akan tarik encik."

Wanita itu menekan tangan Ryu dengan kukunya. Purdah yang dia gunakan akan tercabut kerana ikatan yang agak terbuka.

Ryu melepaskan tangan wanita itu lalu dia memegang batu yang sedang wanita itu pijaki. Ryu menarik diri nya dan tangan nya menahan berat badan diri nya.

Wanita itu melangkah ke belakang dan masih menarik Ryu. Hati nya terus berdoa. Masih berdoa walau diri nya sendiri sedang kritikal.

BRAKK!

Ryu terselamat. Ryu jatuh di sebelah wanita itu dan wanita itu terduduk di tempat dia menarik Ryu. Sarung tangan yang dia gunakan dilepas dan terlihat handsock yang sedang wanita itu gunakan.

Ryu memandang wanita itu. Tangan Ryu mencapai tali purdah lalu mengikatkannya saat purdah itu akan terjatuh.

Untungnya, Ryu masih tidak melihat wajah wanita itu.

Wanita itu terdiam. Mungkin tak sadar akan perbuatan Ryu. Selesai saja, Ryu duduk kembali. Mata nya masih terpaku pada penyelamat nya ini.

Sebuah senyuman yang lebar dia keluarkan. Senyuman yang tidak pernah dia keluarkan. Senyuman yang langka.. dia tujukan untuk penyelamat hidup nya.

"Mata awak cantik."

Bukan kau aku lagi tapi Ryu membiasakan diri untuk ber awak saya agar dia rapat dengan wanita itu. Melihat wanita itu saja, sudah buat dia tersenyum.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now