Bab Tiga Belas 🦋

2.6K 119 9
                                    

Hari pernikahan tiba. Tak disangka, Dina akan berkahwin pada hari itu.

Rasa nya macam sekejap saja semua nya berlalu. Dia merasa macam baru saja semalam dia makan maggie bersama adik beradik nya.

Dina duduk tegak memandang diri nya di cermin. Baju atau make up masih tak dia pakai. Dina masih merenung diri nya sendiri.

"Tak boleh. Aku tak boleh buat."

Kata nya tiba-tiba lalu berdiri. Baju pengantin yang digantung di almari di lihat nya lalu dia berjalan pergi. Dina membuka pintu itu sedikit dan melihat dari celah. Ada orang pula.

Dina memandang sekeliling dan melihat sebuah tingkap yang terbuka. Mula lah fikiran tak matang Dina. Secara tiba-tiba, Dina merasa tak ingin dan tak boleh. Dia seperti ada yang berbisik kepada nya untuk tak melakukan itu.

Dan, Dina memutuskan untuk lari dari perkahwinan nya sendiri

Meremang bulu roma nya, dia memegang tingkap lalu menolak pintu tingkap itu. Mata nya tertutup.

Apepasal tinggi sangat nii

Bicara nya dalam hati. Takut pula dia tengok ketinggian dari tingkap. Tapi, Dina nak lari!

Kaki kanan nya dinaikkan ke atas tingkap juga kaki kiri nya. Dina menoleh ke arah kiri dan melihat ada ruang untuk dia jalan di sana.

....

"JULIA! DINA TAKDE DALAM BILIK!"

Terhenti jantung nya mendengar jeritan Puan Hazlin dari dalam bilik yang sepatutnya Dina berada.

Kemana pula anak nya pergi?..

"Tak ada? mana pula dia pergi? lagi 20 menit lagi ni."

Puan Julia mula cemas dan dia mula tak senang duduk. Julia mengecek ke semua bilik untuk mencari Dina. Jangan kata , Dina lari?..

Kenapa sekarang? sebelum ini.. Dina boleh menolak! Julia mendengus dan mengusap wajah nya kasar. Fikiran nya serabut memikirkan apa yang perlu dia katakan pada tetamu yang telah datang.

"Macam mana ini, Hazlin? Dina tak ada. Takkan lah.."

"Mesti dia lari. Tingkap dalam bilik tu terbuka. Dina lari masa dia belum bersiap. Baju pengantin masih ada."

"Hah.. macam mana ni.. tetamu dah banyak datang."

Hazlin juga sedang serabut fikiran nya. Kenapa sekarang Dina membuat masalah?

"Mesti dia tak jauh. Suruh semua bodyguard cari sekitar rumah! Sampai jumpa." Kata Julia kepada Hazlin. Hazlin mengangguk dan berjalan ke salah satu bodyguard yang menjaga disana.

"Cari Aedina Amaeldyia. Pastikan tiada siapa tahu tentang ini. Cari dalam diam."

Bodyguard menurut lalu dia mengangguk. Bodyguard berjalan pergi dan mula memaklumkan maklumat itu ke bodyguard yang lain.

Julia juga pergi dari sana untuk membantu dalam pencarian. Dia keluar dari perkarangan rumah dan melihat sekeliling.

Tak sengaja mata nya melihat seorang perempuan sedang berjalan sambil membawa plastik yang penuh dengan makanan. Mungkin baru habis berbelanja.

Julia membiarkan nya saja lalu melangkah masuk ke dalam rumah semula. Dia terserempak dengan Hazlin yang akan keluar dari rumah. Sekali lagi, dia menghiraukan.

Hazlin berjalan ke luar hingga berada dekat dengan perempuan tersebut. Seperti Julia, dia tak memerdulikan nya namun suara perempuan itu membuat dia menoleh lalu memandang perempuan.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now