Bab Empat Belas 🦋

3K 138 36
                                    

Pintu seputih salju terbuka lebar. Semua mata memandang kearah pintu. Pandang saja mereka, mereka mula berbisik.

"Subanallah, cantik nya pengantin perempuan."

"Kan, macam bidadari syurga yang turun ke bumi."

"Andai ada isteri secantik dia.."

"Semoga jodoh aku secantik pengantin perempuan, Ya Allah."

"Harap dapat menantu macam ini.. cantik sangat.."

Bisikan-bisikan itu membuat Puan Hazlin dan Puan Julia tersenyum. Mereka berdiri di sebelah pengantin perempuan dan membimbing si pengantin. Masjid yang sudah penuh dengan orang menjadi senyap apabila mereka mula melangkah.

"Maafkan aunty, Adeena. Kamu terpaksa buka purdah. Edina tak pakai purdah jadi ibu kamu akan pelik.." Bisik Puan Hazlin sambil berjalan di sebelah kiri Adeena.

Puan Hazlin tak nak kata ini tapi dia akui Adeena lebih cantik.. dari Aedina. Walau kembar. Tapi, Aedina juga cantik.

Bulu mata yang melentik, kulit yang mulus dan putih. Mata seindah permata dan kecil. Bibir yang tipis itu menambahkan kesan kecantikan Adeena Amaeldyia.

Puan Hazlin meminta Adeena untuk menggantikan Aedina yang lari untuk perkahwinan ini. Adeena memiliki wajah yang serupa dengan Aedina jadi Julia atau lainnya takkan ketahui hal ini.

Namun, masalah nya adalah Adeena berpurdah namun Aedina tidak. Jadi, dia meminta maaf kepada Adeena kerana Adeena kena membuka purdah.

Puan Hazlin bingung kenapa Adeena sebaik ini. Adeena masih tersenyum dan menyetujui hal itu. Puan Hazlin pernah mendengar bahawa orang OKU selalu nya menurut dengan suruhan seseorang.

Adeena dibawa duduk di lantai dengan sopan. Dia memandang Ryu yang berpakaian melayu berwarna putih. Hampir saja Adeena mengerut dahi nya kalau dia tak sedar situasi.

Macam pernah jumpa.

Ryu duduk berhadapan dengan imam masjid itu. Disebelah nya ada Tuan Nazmi sebagai bapa kepada pengantin wanita juga Tuan Hazman sebagai bapa kepada pengantin lelaki.

"Kita akan mulakan. Semua sedia?"

"Bismillahhirahmanirrahim..
Ryu Eyden Haykal Bin Dato' Sri Hazman."

"Ya, saya."

"Aku nikahkan dikau dan kahwinkan dikau dengan Adeena Amaeldyia Binti Muhammad Rizwan Nazmi dengan mas kahwinnya RM 100 000 ringgit tunai."

Ryu diam sekejap. Dia berdiam diri hingga imam yang mengucapkan lafaz nikah itu harus menunggu.

"Ryu, apa kamu buat?"

Ryu menghela nafas dan memandang kearah imam.

"Aku terima nikahnya, Aedi.."

"Adeena."

Ryu bingung. Setahu nya, sebutan nama berbeza dengan sebutan imam. Tuan Nazmi juga Tuan Hazman memandang nya masih menunggu

"Aku terima nikahnya, Adeena Amaeldyia Binti Muhammad Rizwan Nazmi dengan mas kahwinnya RM 100 000 ringgit tunai."

"Sah?"

"Sah."

"Sah?

"Sah."

"Alhamdullillah."

"Mari kita bersama-sama membaca doa."

Semua orang termasuk Adeena menadah tangan dan mengaminkan doa yang dilafazkan oleh Imam tersebut.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now