Bab Lima Belas 🦋

3.2K 128 3
                                    

Suasana yang riuh-rendah juga hura-hara sentiasa terjadi di majlis persandingan. Tema mereka adalah hitam pekat. Kerana itu banyak yang memakai baju kurung atau baju melayu yang berwarna gelap.

Ditemani dengan lagu selamat pengantin yang baru yang diputar untuk meriahkan lagi suasana.

"Ayuh tuan-tuan dan puan-puan. Jemput makan! jangan malu jangan segann! Cepat makann kalau tak habis!"

Si DJ yang merupakan kawan kepada Aeiman iaitu Fawwaz sedang asyik bersuara sedari tadi. Aeiman pula sudah cover muka sebab malu.

"Adik-adik, kenapa tak nak makan? makan cepat! Abang-abang yang tampan ini siap menuangkan makanan!"

"Bersama-sama kita menyanyikan lagu selamat pengantin baruuu! Alang-alang menunggu kedua mempelai kita bersiap dahulu kann."

TUKK!

"Why are you so embarassing,bro?! Kau tak nampak muka Eman? siap cover muka tu." Ujar Harith yang datang-datang pukul kepala Fawwaz.

Mana tak hilang kepala otak dia kalau asyik kena pukul.

Bicara Aieman didalam hati. Dia tengok dari jarak yang tak berapa jauh jadi sedarlah dia kalau Fawwaz kena pukul kepala dengan Harith.

"Ala, dia kena bersyukur tau ada member yang boleh jadi dj ni."

"Jangan sampai kepala otak kau aku djkan" Kata Daniel yang baru datang.

Ni datang-datang main kepala otak. Tahu lah takde otak.

Biacara Fawwaz didalam hati. Kalau depan-depan mana berani dia. Kecut perut dia.

"Eh bespren, apa yang kau buat sini? nak ngorat betina lain eh?"

"Haah. Kok tahu?"

"Iyalah aku itu dukun loh."

Ha mula dah bahasa indonesia dia. Daniel dan Fawwaz masing-masing ada darah jawa makanya mereka boleh cakap bahasa jawa atau indonesia. Kadang kalau gaduh keluar bahasa jawa dia tu.

Aieman menggeleng-geleng kepala. Banyak pening kawan sama itu tiga kawan dia, aduhai.

"Eman, sini tolong ibu!"

"Ah, ye!"

Aieman segera bangun dari kerusi dan menghampiri Puan Julia yang sedang menyambut tetamu.

"Kahwin sudah anak kau ye, Ju. Nanti anak dara aku sorang tu otw."

"Iyolah tu."

Puan Julia tersenyum lalu mengalukan kawannya untuk masuk kedalam khemah yang sudah penuh dengan tetamu yang berdatangan.

"Tolong apa,bu?" Kata Aieman.

"Pergi tolong pengantin lelaki bersiap. Dari kamu duduk diam termenung je."

"Malaslah."

"Ibu call jugak tunang kamu biar dia tarik telinga kamu. Nak?"

"Lah, hilang dah. Sebut Qinah je laju dia buat kerja. Zaman now zaman now."

Puan Julia geleng-geleng kepala dan menyambung menyambut tetamu yang baru datang dan mengucap selamat jalan kepada tetamu yang akan balik.

...

"Handsome jugak adik ipar aku ni. Hm, macam aku."

"Eh, adik kau selalu ngorat aku. Mestilah pengantin lelaki tu handsome macam aku... hm betul betul." Ujar Fawwaz.

Tadi fikirnya nak dj tapi Danial ambil alih. Dia kata, 'memalukan'.

Sampai hati!

Jadi, Fawwaz pun ikut Aieman. Alang-alang tu nak usha juga dia suami adik kawan dia.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now