17

551 9 0
                                    

"Amir."

Amir pandang Keva. Dia mengajak perempuan ini melepak berdua di gazebo. Dan hampir setengah jam mereka diam tanpa suara, baru kali ini lah suara perempuan itu keluar memanggil namanya.

Amir masih tersenyum-senyum. Kerana Keva cantik. Duduk berdekatan lama-lama begini, baru dia sedar betapa Keva ini cantik orangnya. Serupa bidadari. Matanya suka menikmati keindahan yang dimiliki Keva. Dia pandang mata perempuan itu. Suka je tengok bulu mata tu cantik je berkerdip-kerdip macam tu.

Amir angkat kening, bertanya Keva di atas panggilan perempuan itu kepadanya.

"Err... Kak Atul tu.... kenapa kau taknak kahwin dengan dia?" Keva bertanya dengan kepala tunduk. "Dia cantik lagi dari aku. Dia okay lagi dari aku." Keva mengerling memandang Amir daripada tundukan matanya. "Tak perlu kau susah-susah macam ni. Tak perlu kau... fikir fasal aku dah."

Amir tersenyum dengan kata-kata Keva. "Berapa kali aku nak ulang, Keva?" Amir bersandar biasa memandang mata perempuan itu yang terang terhala ke arahnya.

"Aku nak kahwin dengan kau sebab aku nak jaga kau. Aku nak kahwin dengan Atul buat apa? Aku bukan nak jaga dia pun. Kau, yang aku nak jaga. Lagipun... aku nampak dia macam dah ada kekasih je."

Keva berkerut memandang Amir. "Macam mana kau tahu?"

Amir angkat bahu. "Dia happy lepas tu lega semacam je bila tengok aku dah bawa kau. Aku rasa dia dah ada pilihan dia sendiri."

Keva diam memandang riba. Amir memandang perempuan itu yang nyata tenggelam di dalam keresahan dan fikiran sendiri.

"Keva, kau fikir kalau aku kahwin dengan Atul pun, aku dah tak payah risau fasal kau ke?"

Keva pandang Amir apabila disua pertanyaan begitu. Amir ketawa kecil dan menggelengkan kepalanya perlahan. Keva diam menunggu kata-kata Amir.

"Maybe I'm not showing myself hard enough for you to see." Amir memandang Keva dengan pandangan tunak, redup dan lembut. Cuba dia tunjukkan kemahuannya yang bersungguh. "I do care about you. I do worry about you. Even kalau aku ada orang lain pun, aku akan masih fikirkan kau, fikirkan keberadaan kau, fikirkan duduk bangun kau. I do really care about you, sebab aku sayang kau."

Keva kembali memandang riba, menahan rasa malu yang tiba-tiba menjengah akibat daripada kata-kata Amir itu. Juga daripada pandangan Amir yang nampak begitu telus dan terus kepadanya. Kemudian, Keva tersedar sesuatu dan terus dia bertanya kepada lelaki itu dengan kening berkerut. "Jangan auta. Kau kisahkan aku je, kan?"

Amir sama tersedar dan segera dia tutup dengan sengihnya. "Haa... ya, ya."

Keva kembali tunduk. Amir merasa janggal tiba-tiba dan bersuara lagi untuk kedengaran selamba. "Jadi, kau santai je lah eh malam ni? Cuba relaks. Jangan fikir sangat lagi. Boleh?"

Keva mengeluh selari tangan kanannya naik mengesat dahi. Amir terus senyum melihatkan itu. Malam ini saja sudah berapa kali Keva bergerak begitu. Mungkin bila dia gelisah dan tak senang, itu lah habit dia. Hati Amir berbunyi kecil.

"Kalau kau care fasal aku, kalau kau sayang aku... err maybe tak payah sampai kahwin kot?" Keva masih menimbang dan menimbang lagi berkali-kali.

Amir diam. Dia pandang wajah Keva dalam-dalam. Keva turut memandang mata Amir tidak lari.

"Fikir betul-betul, Amir. Malam ni kau cakap kau nak kahwin dengan aku. Esok bila kita bincang betul-betul dan open all up, kau mungkin taknak dah kahwin dengan aku. Jadi jangan ulang benda sama. Aku tak suka."

"Kau ada AIDS?"

Keva terpana. Terus kepalanya tunduk dan laju dia menggeleng. "Tak—mana ada! Hish!" Kemudian laju dia menerangkan kepada Amir. "Aku dari kecil selalu jumpa doktor, check-up selalu. Lepas tu... aku buat pap-smear semua." Kepalanya tunduk lagi dengan rasa sedih. "Daddy cakap dia nak pakai aku lama... jadi dia memang wajibkan semua tu."

Girl Called KevaWhere stories live. Discover now