12

3.4K 199 41
                                    

"Lepas!"

Amir langsung tidak hirau akan Keva yang mengganas, juga tidak hirau akan mata mereka yang memandang.

"Kau nak bawa aku pergi mana?! Taknak!"

Amir membuka pintu kereta. "Masuk dulu."

Keva merentap tangannya kuat sehingga terlepas. Dia hendak berpusing pergi, beg di bahu dipegang Amir terlebih dahulu menyebabkan langkahnya sumbang. Sebelum dia ditarik Amir terus ke sisi lelaki piza itu. Pintu kereta masih terbuka, Amir menonong menolak dia ke ngangaan pintu.

"Keva, masuk dulu."

Keva tolak dada Amir. Dia menutup pintu kereta dan berundur ke belakang, menghasilkan jarak di antara mereka. "Aku taknak."

Amir pandang keadaan Keva. Kelihatan sungguh... kotor. Dengan persalinannya yang busuk serupa mangsa banjir, rambut kusut masai, dahi dan tangan yang luka, kaki yang tidak berselipar apatah lagi. Dan tiba-tiba, tanpa segan dan silu Keva menangis di hadapannya di dalam keadaan perempuan itu yang masih berdiri, dan di dalam comot begitu.

Amir terpana. Dadanya serentak terasa ditusuk.

"Keva..."

Keva menggelengkan kepala dengan kedua tangan menutup muka, cuba menyembunyikan esakan kecilnya. "Aku taknak. Taknak. Isk isk..."

Amir tidak faham apa yang Keva ngongoikan. Tetapi Keva semakin menangis dengan kepala budak itu semakin menggeleng-geleng. Nada esakan itu yang membuat dia serupa bisu dan sama tidak boleh bergerak. Kerana kedengaran sungguh serupa di dalam keadaan yang terlampau sakit sehingga tak boleh mati, begitu sesak di dalam sisa nyawa yang masih tidak pergi-pergi.

Apa lah yang jadi pada dia, Ya Allah?

"Siapa yang buat kau macam ni?"

Keva menangis dan menangis. "Aku busuk..."

"Memang busuk lah. Sebab tu aku nak kau ikut aku, aku nak bawa kau pergi mandi."

Terus, tidak terjangka langsung, kaki Keva menyepak tulang kering Amir. Amir terjerit. Tidak dia hirau akan mereka di sekeliling yang ada mula melihat tak kurang juga yang ketawa, dia membongkok menggosok-gosok betisnya untuk melegakan sikit rasa ngilu yang begitu menyerang sampai mengebaskan kaki.

Pergh la budak ni, masih bisa macam apa je.

Keva lagi sekali mahu melangkah pergi, Amir lagi sekali menahan dulu. Keva kembali merentap tangannya. "Jangan sentuh aku lah!"

Amir menghela nafas dan bersuara sesetenang yang boleh dengan depan betis yang masih berdenyut-denyut. "Okay, kau ikut aku dulu. Aku tak tahu apa yang jadi pada kau dan siapa yang buat kau. Aku takkan tanya, aku takkan cuba nak ambil tahu. Aku cuma nak... kau percayakan aku kali ni. Aku nak kau lupakan semua ni dulu, dan... jom lah. Bersihkan diri. Aku belanja makan."

Amir pandang Keva yang diam berkerut memandangnya. Amir senyum, cuba menghulurkan senyum.

"Kenapa kau susah-susah buat semua ni? Macam mana kau tahu aku dekat sini? Kau kenal ke aku siapa sampai susah-susah nak aku ikut kau?!"

"Kau taknak?"

Keva menggelengkan kepala terus bermakna dia memang tidak mahu ikut Amir.

Amir diam sekejap. Kemudian matanya lurus memandang mata Keva. "Kalau kau balik sekarang, aku takut kau... menangis lagi. Aku taknak kau menangis lagi."

Wajah Keva berubah mendengarkan itu.

Amir tersenyum tawar. "Aku kisahkan kau, Keva. Aku kisahkan kau, memang daripada dulu. Sebab tu aku buat semua ni."

Girl Called KevaWhere stories live. Discover now