Part 4

512 51 0
                                    

Tlurun dari ETS, lelaki tak bernama itu ikut salja ke mana aku pergi. Aku masuk tandas, dia jadi pak pacak depan tandas. Aku beratur beli burger dekat Burger King. Dia pun ikut beratur juga.

Aku rimas!

"Awak nak apa lagi dari saya?" Masam mencuka raut wajah aku.

"Hati awak."

Tenang dia tunjuk ke arah bahagian atas badan aku.

Spontan, aku tepuk dahi sendiri. Stresnya...

Lambat pula kawan aku
datang jemput hari ni. Selalu dia akan sampai dulu daripada aku.

"Awak nak buat apa dengan hati saya? Nak masak kicap?" Aku tanya soalan bodoh. Tersungging senyum sinis di bibir.

Dia geleng sebelum melangkah ke depan. Makin rapat dengan aku yang sedang bersandar di tiang.

"Saya nak jaga hati awak dengan penuh kasih sayang. Handle with care and love."

Aku mengeluh panjang. Dia masih tak putus asa nampaknya.

Dalam ETS tadi, aku dah terang panjang berjela-jela selepas keluar dari tandas. Tapi perangai dia, masih sama. Tetap juga nak dekat aku.

"Saya tak suka awak! Saya tak minat nak jadi isteri awak!" Sehabis boleh aku tekan perkataan 'tak'. Untuk tunjuk yang aku memang tak minat atau suka dia sikit pun.

"Tapi..."

Dia pandang muka aku sambil tersenyum manis. Kemudian, dia berundur. Mencipta ruang selamat antara kami berdua.

"Awak dah curi hati saya, Raisa." Dia sentuh dada sendiri bersama muka sayu.

"Saya baik orangnya." Dia tepuk bahu sendiri berulang kali.

Eee, perasaannya!

Aku tayang muka meluat.

"Tapi untuk kali pertama dalam hidup, saya nak jadi orang paling tamak sekali dalam dunia," sambung dia senada.

Berkerut dahi licin aku. Apa yang dia merepek ni?

"Saya nak curi hati awak. Saya nak rampas kasih sayang dan cinta awak. Saya tak nak kongsi denga sesiapa pun kecuali dengan..."

Dia senyum simpul sebelum sambung ayat yang seterusnya.

"...anak-anak kita."

Otak dia anak-anak kita!

Jangan sampai aku tendang dia punya tuttt. Takut tak berketurunan terus dia nanti.

"Khas untuk awak, Raisa."

Dia hulur sekeping kertas dekat aku.

"Apa ni?" Silih ganti aku pandang kertas bersaiz A4 dan muka kacak dia.

"Mukadimah sebelum awak pegang kad nikah kita." Dia jongket kening lalu tersenyum nakal.

Aku putar anak mata ke atas. Tak sampai sesaat, aku renyuk kertas yang berada di tangan.

"Eh, jangan koyak!" Halang dia dengan suara yang masih tenang.

"Kalau awak koyak, saya culik awak bawa jumpa tok kadi terus. Ayah awak dah terima saya jadi calon suami awak."

Dia ugut aku. Tapi dalam masa yang sama, dia ibarat bangga dengan penerimaan ayah.

"Annoying!"

"Ini bukan annoying, tapi cinta namanya." Dia lukis bentuk love di atas angin sebesar alam.

"Apa fungsi kertas ni?" Aku kibas kertas yang sudah renyuk sikit di bahagian atas.

"Dalam kertas ni, ada semua tentang diri saya. Dari nama penuh sampai makanan kegemaran."

Dan secara automatiknya, aku belek kertas tu. Benda yang paling menarik perhatian, tentulah nama dia.

Rais...

Nama lelaki ni Ahmad Rais bin Ahmad Arshad.

Hampir sama dengan nama aku. Huruf A di belakang sekali, yang buat nama kami berbeza bunyi dan maksud.

"Kertas ni sebagai intro ringkas tentang bakal jodoh awak, Raisa."

Ada lagi lelaki macam ni?

"Saya tak nak!" Aku hulur balik kertas tu dekat Rais.

"Tolong ambil, awak... Kertas ni sangat berguna ni untuk masa depan awak. Masa depan kita."

"Takkan ada kita!" Aku kertap gigi.

"Masih ada peluang untuk wujud kita, selagi awak masih single."

Waktu sebut 'kita', jari telunjuk kanan dan kiri dia bergabung menjadi satu. Sebagai simbolik yang kami bakal menjadi suami isteri satu hari nanti.

"Saya faham susah untuk awak terima saya, Raisa."

Tak tunggu lama, aku angguk sebagai tanda setuju. Sangat susah mengalahkan soalan exam Internal Audit.

"Awak percaya pada jodoh?" Soal dia tiba-tiba.

"Percaya."

"Kalau lepas ni, kita jumpa lagi dalam ETS. Duduk dalam koc yang sama dan seat berjiran."

Dia kembali bergerak ke depan. Bila hujung kasut kami bertemu, bibir dia terkoyak senyum nipis.

"Awak kena terima saya sebagai jodoh awak. Boleh?"

Itu ayat terakhir yang Rais bisik pada aku sebelum dia mengorak langkah. Tinggal aku seorang diri.

Terima dia sebagai jodoh?

Jangan harap!

Aku doa semoga ini kali terakhir kami bertemu. Tiada lagi pertemuan yang seterusnya.

RAIS & RAISA (COMPLETED)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant