Part 5 - Last Part

700 62 11
                                    


Aku pandang pintu koc tak lepas. Sekali pun aku tak pusing kepala pandang ke tempat lain.

Aku terlampau berharap yang Rais akan muncul pada malam ni. Dia akan naik ETS yang sama dengan aku.

Malangnya, harapan hanya tinggal harapan bila penumpang lain yang duduk sebelah aku sekarang. Retak seribu hati aku.

Ini orang panggil, kerana mulut, hati yang binasa. Beberapa bulan lepas, aku memang tak suka Rais. Malah, rasa benci sebab dia terlampau try hard sangat.

Tapi selepas lima bulan aku jadi stalker dia di Instagram dan Facebook, lain pula rasa yang mula muncul di dalam hati. Walaupun perangai dia agak gila dan gelojoh, namun dia baik. Kaki masjid dan rajin buat kerja amal. Sama seperti aku yang suka join kerja amal.

Aku boleh percaya yang Rais memang baik selepas aku stalk media sosial kawan-kawan dia juga. Tak pernah lagi tersesat gambar dia yang tak senonoh. Biarpun berada dalam kalangan kawan-kawan yang merokok, dia bukan seorang yang hisap rokok.

Kerana Ahmad Rais, aku sanggup buat fake account. Pada mulanya, aku tak ambil kisah dengan segala maklumat yang tertulis dalam kertas A4 dia bagi. Selang dua minggu, baru aku belek balik setiap maklumat peribadi dia di dalam kertas.

Dia kerja sebagai seorang pegawai farmasi. Dia tua daripada aku enam tahun. Aku 25 dan umur dia, 31.

Bila setiap hari jadi stalker di laman media sosial Rais, lama-lama hati aku mula terjatuh suka pada dia. Tapi sekarang, semuanya tinggal kenangan.

Rasanya tak mungkin aku akan jumpa dia lagi di dalam ETS. Sebab bulan depan, aku akan pindah kerja di Penang. Setakat nak balik Perlis dari Penang, lebih baik aku naik komuter. Lebih murah. Jadi, makin kurang peluang kami untuk bertemu kembali di dalam ETS.

Mungkin dia bukan jodoh aku. Dia cuma seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidup aku untuk seketika. Selepas malam ni, aku takkan jadi stalker media sosial Rais lagi. Takut susah nak move on nanti bila hati kian terjatuh suka.

"Assalamualaikum, my future wife."

Bisik satu suara rapat dengan telinga aku. Tergamam aku.

"Jauh termenung. Awak rindu saya, Raisa?"

Suara garau itu kembali menyapa ke telinga. Dan response aku, masih sama. Kaku seperti anak patung.

"Setiap hari, saya rindu awak." Dia cuit tangan aku yang berada di atas paha dengan hujung kunci.

"Nama indah awak, sentiasa muncul di dalam doa saya pada Allah."

Mulut dia masih petah berkata-kata walaupun reaksi aku hambar.

"Raisa..." Meleret manja suara jantan Rais.

Dan sekarang, baru aku pusing kepala dan pandang muka kacak dia. Lama aku tenung ke dalam mata dia.

Tak sangka yang dia akan muncul pada malam ni. Di dalam koc yang sama dan duduk di sebelah aku.

Eh, sekejap!

Mana penumpang perempuan tadi?

"Penumpang tadi dah turun dekat Tanjung Malim. Saya yang ganti tempat dia dan bakal jadi peneman awak pada malam ni dan selamanya." Dia senyum meleret.

"Kalau dah jodoh, naik dekat Tanjung Malim pun, kita masih akan bertemu. Betul tak, bakal makmum saya?"

Soalan yang mengundang senyum lebar aku. Hilang rasa terkejut. Yang ada sekarang, cuma rasa bahagia dan bersyukur pada Tuhan. Jodoh aku dan dia masih panjang.

"So... boleh saya hantar rombongan meminang awak?" Dia jongket kening sebelah kanan.

"Perangai awak tak berubah. Masih gelojoh."

"Saya bukan gelojoh, tapi hati saya dah lama kosong tanpa penghuni. Takut lagi lama kosong, makin naik sewanya nanti." Dia usup dada sendiri berulang kali sambil tersenyum.

"Wow, siap ada bayaran sewa! Berapa harganya?" Soal aku penuh minat.

"Harganya tak ternilai. Tapi awak boleh bayar, dengan kasih sayang dan cinta yang tulus untuk saya."

"Ada deposit?"

Rais angguk.

"Apa deposit dia?"

"Akad nikah kita berdua." Terukir senyum manis di bibirnya.

Dan aku pun, sama-sama ikut tersenyum juga. Bahagia rupanya bila jatuh suka dan sayang pada seorang lelaki yang bernama Ahmad Rais.

"Boleh, tapi dengan satu syarat."

"Satu je. Kenapa tak 100?" Soal dia lebih pada mengusik. Bukan untuk menganjing.

"Sanggup 100 syarat?" Aku tarik senyum sinis.

"Untuk awak jadi yang halal buat saya, 1000 syarat pun saya sanggup." Yakin dia bersuara.

"Bukan 100 atau 1000. Syarat saya cuma satu." Aku angkat jari telunjuk sebagai isyarat nombor satu.

"Kita berkawan dulu selama tiga bulan. Selepas tiga bulan, baru kita ke step seterusnya."

Aku cakap tak habis lagi, tapi Rais dah angguk tanda setuju.

Dia ni memanglah!

Jenis gelojoh.

"Itu pun kalau kita sama-sama serasi antara satu sama lain. Boleh?" Aku sambung juga cakap sampai habis walaupun dia dah angguk.

Selama tiga bulan, aku nak kenal dia dengan lebih dekat dan secara fizikal. Bukan melalui sekeping kertas atau media sosial semata-mata. Tak nak menyesal di kemudian hari.

"Boleh, wahai bakal menteri kewangan saya." Dia tabik hormat pada aku.

Tak payah tanya. Aku sendiri pun dah boleh faham maksud 'bakal menteri kewangan'. Tak lain dan tak bukan, aku yang bakal urus kewangan rumah tangga kami berdua selepas berkahwin nanti.

"Saya masuk dalam hidup awak sebatang kara." Suara dia berubah sayu.

Ya, dia anak yatim piatu.

Parents dia meninggal lima tahun lepas. Kemalangan tragis yang jadi tajuk utama surat khabar selama dua hari berturut-turut. Dia ada tulis dalam kertas dan aku Google sebagai maklumat tambahan.

"Tapi bersama awak, saya akan bina keluarga kecil kita. Insya-Allah."

"Insya-Allah. Amin," sahut aku dalam hati.

"Terima kasih bagi saya peluang, Raisa." Ucapan terima kasih yang datang bersama mini love di kedua-dua belah tangan Rais.

"Dan terima kasih, kerana berani mengurat saya lima bulan lepas." Aku cuma tersenyum tipis. Masih belum ada simbol atau lukisan angin bentuk love daripada pihak aku.

Bila Ahmad Rais dah sah jadi milik Raisa, baru aku akan berani tunjuk rasa sayang dan cinta pada dia. Sekarang biarlah semuanya jadi limited edition.

Ahmad Rais...

Lelaki gila yang telah berjaya ceroboh tembok hati aku. Dan bakal jadi penghuni hati aku, selamanya.

-Tamat-

p/s: terima kasih sudi baca short story saya. ❤️❤️❤️❤️

RAIS & RAISA (COMPLETED)Where stories live. Discover now