1

174 36 9
                                    

You didn't see the best in me

_______________

Langit biru masih ditatap tanpa henti, tanpa jemu sedari tadi. Entah berapa lama dia duduk termangu di bangku ini pun dia tidak tahu. Dia menghela nafas, perlahan. Terasa sesak dadanya, entahlah. Dia pun tak tahu kenapa.

Badannya disandarkan pada penyandar bangku itu. Dia memang tak berniat hendak bangun lagi, dia masih ingin menatap langit ini. Ada satu rasa yang mengikat mata, dan hatinya untuk terus-terusan melihat langit yang dihiasi awan putih itu.

"Berapa lama lagi kau kat sana? Apa yang kau buat sekarang eh?" katanya sendirian. Dia tersenyum sendirian selepas menuturkan baris-baris soalan itu, gila kali aku ni, fikirnya.

Ah, dia cuma teringatkan kawan baiknya itu, Shin Eunji. Apa entah khabarnya, dia sendiri tak tahu.

Nombor telefon barunya pun dia tidak tahu, menjengah ke media sosial pula, gadis itu tidak aktif di sana. Kerana itulah, sampai saat ini pun dia tidak tahu, masih hidup atau matikah dia.

"Ah, apa kau ni fikir pelik-pelik?" Jihoon menepuk kepalanya sendiri, tiba-tiba sahaja fikiran negatifnya itu menyinggah di mindanya.

Sekurang-kurangnya, dia berharap Tuhan tetap akan mempertemukan mereka berdua semula sebelum salah seorang daripada mereka pergi meninggalkan dunia ini, walaupun jauh dalam sudut hatinya dia berasa ralat.

"Maafkan aku, Eunji. Aku tak tahu, aku rasa kerana aku, kita jadi macam ni. Kita sejauh ini, terlalu  jauh sehingga berbeza negara dan benua, walaupun kita pernah rapat, sebelum ini."

"Maafkan aku." Dia menatap semula langit, seolah-olah memgharapkan langit itu menghantarkan pesan dari hatinya untuk gadis itu yang dia sendiri tak tahu di mana. Apa yang dia tahu, gadis itu berada di London sekarang, setakat yang dia tahu.

Bunyi nada dering telefon menghentikan lamunan jauhnya. Dia melihat skrin yang menyala, panggilan daripada isterinya.

"Yeoboseyo?"

"Yeobo, awak kat mana? Saya dah siap jumpa kawan saya tadi."

"Okay okay, jagi pergi je terus kat parking lot, nanti saya datang."

Panggilan ditamatkan. Jihoon hela nafas lagi sekali, lama juga isterinya ini jumpa dengan kawannya, ah tidak mengapalah. Lagipun, siapa je yang tak teruja berjumpa dengan kawan universiti Yang sama-sama susah senang dahulu kan? Tak mengapa, dia faham.

Akhirnya, dia bangun dari duduknya yang lama itu. Sebelum berlalu, dia memandang semula langit semula sebelum tersenyum sekali lagi.

"Aku harap kau yang berada di dunia sebelah sana, gembira dengan apa yang kau buat sekarang. Aku minta maaf, kalau kalau aku sendiri tak boleh jadi kawan yang terbaik untuk kau, dan..."

"Mungkin aku sendiri yang tak hargai kau, sepenuhnya. Maafkan aku." Tanpa dia sedar, pipinya basah dengan air mata yang mula mengalir.

-----

"Sumpah lapar!" gumam Eunji sendirian tatkala kakinya melangkah laju mencari tempat makan yang ingin dituju. Mana taknya, dari tengah hari tadi perutnya meraung minta diisi tetapi dia memang degil, asal kerjanya tak dibereskan lagi, memang soal makan tolak tepi.

Memang gaya hidup yang sungguh tak sihat, mampus dia kalau omma dan appa nya tahu.

Ah, mereka tak perlu tahu soal sakit sihatnya di sini, buat mereka lebih bimbang sahaja. Kalau dah kronik sangat macam kena langgar kereta atau dijangkiti wabak rabies, tak mengapalah juga nak call omma dan appa nya yang jauh di bumi Korea itu.

"Sedap juga kalau pekena sandwic cafe Sons + Daughters kan? Alang-alang dah dekat ni." Di tengah-tengah jalan ini jugalah baru dia nak buat keputusan mahu makan apa, satu keputusan yang amat sukar bagi sesiapa pun di dunia ini.

Malas nak tunggu lama, Eunji tanpa ragu-ragu berjalan masuk ke dalam kafe sandwic itu, mula-mula dia ingatkan mahu sahaja dia beli van kepunyaan kafe itu yang berada di luar, tetapi nampak macam ramai sahaja yang beratur. Malaslah nak tunggu, duduk di dalam sejuk sedikit.

Pesanan dibuat, Merguez Sandwich yang diisi padat dengan spicy lamb sausage and french fries serta chocolate milkshake. Duit melayang tu memang dah tentu, tetapi lebih baik dia ikut gerak hatinya (lebih kepada ikut selera perutnya) daripada memikirkan dirinya yang akan pokai.

Lebih baik menyesal beli daripada tak beli.

Dia peluk erat beg kertas yang berisi sandwic itu rapat ke dadanya, cawan air dipegang erat dengan tangan kiri. Muka manyak senyum, mana taknya dapat makanan kan. Siapa je tak happy?

Orang gila pun tahu happy maa!

"Sedap juga chocolate milkshake kafe ni," komennya. Berbaloilah air dengan harganya.

"Tengok air ni, teringat dia." Dia menggeleng perlahan, ah aku tak patut fikirkan pasal dia, dia sendiri dah jadi suami orang sekarang.

Eunji sisip lagi air itu, terasa tawar pula. Ini yang dia tak suka...

Dia pandang ke atas, ke langit. Entahlah, dia pun tak tahu kenapa, dia cuma sekadar tergerak hati, serasa ada sesuatu di atas sana, di langit London itu yang semakin gelap, mendung petang.

"Maafkan aku, Jihoon. Jujur, aku masih tak dapat lupakan perasaan ini. Tapi jangan risau, aku akan cuba. "

"Aku akan cuba lupakan kau."

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


-----

A/N: thank you for reading gais, aku akan cuba deliver cerita ni dengan bagus dengan sepenuh feeling aku cewah , I try to write more maturely for now :))

what is love? | jihoon's fanfic S2 Where stories live. Discover now