3

109 24 9
                                    

Afraid what's comin next
________________

"Ini kan menantu kau tu?"

Soalan daripada seseorang yang berada di hadapannya ini membuatkan dia tersentak daripada lamunannya. Sejak akhir-akhir ini, dia sendiri tak sedar yang dia mudah termenung tanpa sebab.

Tuan Kim Seung Ho  menepuk lembut bahu Jihoon yang berada di sampingnya. "Iya inilah, lupa pula yang kau tak dapat hadir waktu majlis perkahwinan anak aku dulu. "

"Oh itulah kan, dah bertahun baru dapat jumpa," ujar Dato' yang berada di hadapannya ini sambil tersenyum kepada Jihoon. Jihoon hanya membalas semula senyuman itu, tidaklah mahu dia dilabel sombong pula.

Lagipun, dia sedar diri dia siapa. Berada di kerumunan orang kaya dan ahli lembaga syarikat ini membuatkan dirinya terasa rendah diri. Serasa seperti tidak layak berdiri bersama-sama dengan mereka.

Ah, perasaan ini lagi...

"Tapi tak silap aku, dah lama juga kan anak kau kahwin?" tanya Dato' di hadapannya ini lagi, peramah sungguh. Mungkin dia sendiri teruja dengan update terbaru keluarga kawannya itu.

Jihoon tersenyum nipis. Serasanya macam boleh agak soalan apa yang bakal keluar dari mulut Dato' yang berisi ini.

"Dah nak masuk tahun keempat dah, Dato'" jawab Jihoon. Tanpa sedar, dia mengusap-usap tangannya sendiri. Senyum di wajah cuba dikekalkan walaupun gelora di dalam hatinya, hanya dia sahaja yang tahu.

"Oh lama dah! Dah berapa orang anak ni?"

Dia dah agak.

"Kami...takde anak lagi. Takde rezeki lagi," jawab Jihoon, cuba menahan getar dalam suaranya.

"Oh, maaf saya tak tahu," ujar Dato' itu, jelas wajahnya tampak serba salah. Dia memandang wajah Jihoon dan Tuan Seung  Ho berulang kali.

"Takpelah, adalah tu rezekinya nanti, err saya minta diri dulu ya," kata Dato' itu sebelum pamit meninggalkan mereka berdua.

Tuan Seung Ho yang hanya berdiam diri sejak tadi memandang wajah Jihoon. "Kamu pergilah makan dulu, appa nak jumpa kawan appa."

Jihoon hanya diam tak berkutik. Nada mendatar bapa mertuanya itu jelas-jelas menggambarkan perasaannya.

Dia menghela nafas. Dia memang sudah agak perkara ini bakal terjadi. Dugaan dalam perkahwinan, mungkin?

-----

"Jagi, saya ada benda nak cakap dengan awak."

Yeona menoleh ke sisinya, sedari tadi perjalanan mereka pulang ke rumah dalam kereta ini hanyalah diisi oleh celoteh DJ radio dan lagu-lagu yang diputarkan. Suaminya itu pun diam sahaja, selalunya mulutnya riuh bercerita itu ini.

"Kenapa yeobo? Awak nak cakap apa? Selalunya, awak cakap je," jawab Yeona, tersengih sedikit. Entah kenapa pula suaminya ini, nampak serius pula. Takut pula dia.

"Awak...mmm, takpelah. Abaikan." Jihoon menggeleng perlahan. Lebih baik dia fokus dengan pemanduannya ini.

"Awak, kenapa ni?" Yeona memegang lengan Jihoon. Risau pula dia dengan perangai suaminya ini sejak mereka pulang daripada majlis makan-makan di hotel tadi.

"Saya, mmm cuma terfikir." Jihoon cuba menyusun kata sebaik mungkin. Berat sekali dia ingin menyatakan perkara yang bermain di mindanya itu, bukan baru sekejap. Sudah bertahun dia memendam rasa, demi menjaga hati sang isteri.

"Awak, tak rasa nak ada anak? Anak kita...dah empat tahun kita kahwin..." Ah, dia tak tahu nak cakap macam mana lagi, dia curi-curi pandang melihat Yeona di sebelahnya.

"Yeobo..." Lengannya yang dipegang tadi dilepaskan. "Kan awak dah janji, tak nak cakap pasal ni lagi." Yeona mengalih pandangan ke luar, kedengaran dia tampak kecewa dan tak berminat hendak meneruskan topik perbualan ini.

Jihoon menghela nafas berat, sudah dia jangka. "Maaf, jagi." Itu sahaja dia mampu tuturkan lagi sebelum menutup mulutnya.

"Saya tak sedia lagi, Jihoon."

Ayat itu terngiang-ngiang di telinganya. Sejujurnya, dia memang mahu menimang cahaya mata sendiri, tetapi dia menghormati keputusan isterinya itu.

Dan untuk sekian kalinya, dia menghela nafas.

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


-----

A/N: another chapter awal sikit naa update MUAHAHAAH argg apani aku sebenarnya tak retilah nak tulis scene character lepas kahwin sebab aku pun tak pernah tulis en 💀 ahhh btw, harini banyak betul yedam update kat ig story beliau Kiki saya happy, vote and comment gais:))


what is love? | jihoon's fanfic S2 Where stories live. Discover now