2

120 24 19
                                    

I wanna be in love again

____________

"Tak salah pun kan kalau aku...cuba?"

Skrin telefon yang sedari tadi masih menyala masih ditatap, sebaris mesej daripada seseorang yang pernah menjadi rakan sekelasnya dahulu di sekolah tinggi itu benar-benar memberikan satu getaran yang aneh di hatinya.

Telefon diletakkan ke dada, mata memandang siling biliknya yang sudah gelap itu. Dia masih berfikir-fikir, ah persoalan ini sudah mengganggu fikirannya sejak sebulan yang lalu.

"Mungkin dengan cara ni, aku dapat lupakan dia?" gumamnya sendirian. Entahlah dia tak tahu...

Telefon dilihat semula, dia seolah-olah seperti orang yang tidak reti membaca dan menulis, tiba-tiba sahaja otaknya tidak dapat menyusun kata.

"Tapi, tak ke aku nampak macam mempergunakan dia?" Ah, overthinking lagi! Dia mengubah posisinya daripada baring menelentang ke meniarap. Lebih mudah baginya untuk menaip bait-bait mesej yang bakal ditaipnya itu.

"Mana adalah, mungkin ini adalah salah satu jalan untuk kebahagiaan kau sendiri, kalau tak cuba tak tahu!"

Dia tersenyap seketika, mesej itu ditilik sekali lagi. Dia tak sangka pun, yang akan ada seseorang meluah perasaan kepada dirinya yang bukanlah sesiapa. Nak kata cantik pun tak, pandai pun tidak. Dia cumalah anonymous sewaktu zaman sekolahnya, rasanya dia sendiri sudah cukup mystery dahulu.

Dia menghela nafas, teringat kembali insiden pertemuannya dengan lelaki itu.

Ah, tengah ada majlis makan-makan sebeginilah, tekaknya loya dan tiba-tiba sahaja tiada selera makan. Kalau tak, selalunya dia mencekik sahaja makanan di hadapan mata, lagi-lagi kalau makanan free. Macam yang ada di hadapannya sekarang.

Sayangnya! Memang tekaknya buat perangai tidak mengira masa, wrong timing!

"Excuse me, miss?" Satu suara mengejutkan Eunji, terhinjut juga bahunya dek suara seseorang di belakangnya. Nasiblah dia tidak terjatuh atau apa, buat malu umat manusia je! 

Eunji menoleh ke belakang, beberapa urai rambut yang terjatuh menutupi wajahnya dibawa ke belakang telinga.

"Aaa, you...err I'm sorry!" Lelaki itu pula yang tiba-tiba terkejut, tangannya memegang pinggan berisi cheese tart dan beberapa manisan yang lain.

Eunji kerut kening, serasa pernah dia berjumpa dengan lelaki tinggi lampai di hadapannya ini, dengan rambut berwarna biru tua seperti warna buah blueberry. Tetapi itulah, dia sendiri tak pasti di mana...

Lelaki itu memandangnya, dia mendekatkan sedikit badannya dengan Eunji sebelum berbisik. "Are you Korean?"

Makin berkerut kening Eunji. Kalau dari rupa parasnya, lelaki ini memang nampak seperti orang Korea. Dia menggangguk-angguk. Lelaki itu tersenyum, mungkin gembira dapat berjumpa dengan orang negara sendiri dalam kerumunan rakyat London ini.

"Wah, tak sangka! Tapi awak nampak familiar lah..."

"Saya pun rasa macam tu err awak dari Seoul ke? " Eunji bertanya, manalah tahu mereka berdua ini sebenarnya ada kaitan.

"Haah!" Lelaki itu tersenyum lebar lagi.

"Awak, Junkyu kan? Kim Junkyu? Awak pernah jadi class rep waktu tahun akhir sekolah?" tanya Eunji. Baru dia teringat, lagipun wajah Junkyu itu tidak banyak berubah. Tetap sama macam dahulu, kacak.

Eunji memang akui yang Junkyu memang ada rupa paras yang menarik dan dia juga agak terkenal ketika zaman persekolahan mereka dahulu, lagipun Junkyu itu pun sekali pandang ada iras-iras Lee Jong Suk juga.

"Wah, awak ingat saya? Tak sangka saya! Awak Eunji kan? Yang selalu join pertandingan piano kat sekolah dulu." Sampai sepet mata si Junkyu di hadapannya ini, teruja sangat! Dah macam sesi Jejak Kasih pula.

"Haah, err awak buat apa kat sini?" Tanya Eunji, pelik juga melihat kehadiran Junkyu di sana. Dia ingatkan, dirinya ini sahaja yang tercampak ke bumi London ini.

"Okay takpe, sebelum kita sembang lama, apa kata ambil makanan dulu dan kita duduk sama-sama?"

Eunji sekadar tersenyum mendengar cadangan Junkyu itu. Dia menurut sahaja.

Sudah sebulan selepas insiden mereka bertemu, rupanya Junkyu juga menyambung pelajaran di London sama seperti dirinya. Cumanya mereka berbeza universiti, Junkyu di London Metropolitan University sedangkan dirinya belajar di London College of Music (LCM).

Seingatnya, Junkyu mengatakan dia pelajar dalam bidang Theatre and Film di sana, sekarang ini dia bekerja dengan rakannya ada juga join beberapa pementasan teater di sini. Katanya, hendak cari pengalaman sebelum pulang ke Korea dan cuba nasib menjadi pelakon.

Dan sejak daripada itu, dia dan Junkyu meluangkan masa bersama-sama, sementelah dia sendiri sudah kenal Junkyu lama walaupun mereka tidaklah rapat sewaktu sekolah dulu. Kenal macam tu je, cumanya bila berada di bumi orang macam ni, mungkin telah jadi asbab bagi mereka jadi lebih rapat.

Dan mesej yang muncul di skrin telefonnya ini, membuahkan satu rasa yang dulunya pernah pudar.

"Eunji-ah, sejujurnya selama kita berkenalan di sini , membuatkan saya teringin untuk kenal awak dengan lebih rapat, dan kalau boleh, saya tak nak kita cuma sekadar kawan. Kalau awak sudi, boleh ke... Kalau kita jadi lebih daripada itu?"

Eunji hela nafas. Dia nekad.

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


-----

A/N: aku rasa aku ni memang boleh menulis waktu malam jelah sekarang HAHAHAGAGAHHA IDEA ADA WAKTU GINI JE sorry arh kalau slow update weh 💀👎 aaaa ok lah vote and comment gais

what is love? | jihoon's fanfic S2 Where stories live. Discover now