4

143 25 19
                                    

I want to lean on you
_________________

"Thank you Teacher Jiji!"

Riuh-rendah suara kanak-kanak berumur dalam lingkungan tujuh hingga dua belas tahun itu, masing-masing sibuk mengemas barangan yang dibawa sebelum dijemput pulang oleh penjaga masing-masing.

Eunji dengan ramah melambai-lambai kanak-kanak itu sebelum mereka hilang dari pandangannya. Dia menghela nafas, selesai tugasnya untuk hari ini di kelas muzik ini.

Selepas dia bergraduasi tempoh hari, dia bekerja di pusat tuisyen ini yang menawarkan pelbagai jenis kelas untuk kanak-kanak yang berminat di luar sana, dan dia bekerja sebagai instructor untuk kelas muzik sementelah dia sendiri lulusan dalam bidang muzik.

Walaupun pada mulanya dia sendiri macam ragu-ragu untuk bekerja di sini (kerana sejujurnya dia kurang gemar dengan kanak-kanak) but surprisingly, she survived and doing well here.

Dia macam, kadang-kadang kita memang tak percaya dengan diri sendiri tapi belum cuba belum tahu kan? Yang penting jangan takut, redah je. Lagi-lagi di negara orang macam ni, lebih baik dia ambil sahaja peluang pekerjaan yang ada di depan mata daripada bersikap memilih.

Silap haribulan, tanam anggur jelah nanti.

"Comel je panggil aku Jiji hehe!" Dia terkekek sendirian sambil mengemas fail dan nota. Teringat pula waktu kali pertama dia berjumpa dengan pelajarnya itu, mereka itu rata-rata sukar menyebut nama Koreanya, jadi dia come out dengan nama itu.

Jiji, diambil daripada nama belakangnya. Bolehlah feeling feeling macam Gigi Hadid! Walaupun kalau nak dibandingkan rupa paras, memang bagai langit dengan bumi!

Gigi Hadid tu supermodel brand terkemuka dunia, dia ni kentang sahaja huhu.

Selepas memastikan barang-barang di dalam bilik dalam keadaan yang baik, dia melangkah keluar dari bilik itu. Sesekali, dia mengurut bahunya yang terasa lenguh itu.

"Eunji!" Satu suara memanggilnya, kedengaran orang itu mendekatinya.

"Oh, Jessie," kata Eunji. Rakannya, yang merupakan salah seorang tenaga pengajar di sini juga tersengih-sengih penuh makna di sebelahnya.

"Why are you smiling like that? It's creepy!" Eunji menegur, pelik betul melihat Jessie yang tersengih tanpa henti, siap kuis kaki lagi. Dah macam kucing gedik!

"Guess what?" Eunji angkat kening. Waktu petang begini membuatkan otaknya kurang cerdas untuk meneka dan mencerna apa-apa perbualan, jadi dia lebih gemar kalau si Jessie ini berterus-terang sahaja sebelum tangannya naik ke muka perempuan yang bermekap tebal ini.

Dia ni dahlah baran!

"Someone's special are waiting for you! Hehe," ujar Jessie teruja. Dia menepuk-nepuk tangan, belum Eunji menjawab, tangannya ditarik laju oleh gadis berambut oren dengan ponytail ini.

Eunji mahu menggumam, geram tetapi dia ikut sahaja jejak langkah gadis yang lebih tinggi ini. Malas dia mahu bertekak atau apa-apa. Kaki mereka melangkah ke pintu utama bangunan pusat tuisyen itu.

"There! That handsome guy!" Jessie menuding jari ke arah seseorang yang berdiri di luar itu.

Eunji terkelip-kelip mata, tak sangka jejaka itu memunculkan diri di tempat kerjanya ini, pada lewat petang sebegini. Dahlah tak bagitahu!

Surprise sangat...

"Is that...your boyfriend? Very handsome!" Jessie menggeletis gedik di sebelahnya, Eunji angkat kening. Amboi, suka betul perempuan ni! Jangan jadi perampas atau orang ketiga sudahlah, bak kata orang Indonesia, pelakor! Memang anti sungguh dia dengan golongan ini, lagi-lagi sejak isu perampas dan pemusnah rumah tangga semakin berleluasa sekarang.

Eunji memandang semula seseorang yang setia berdiri di situ dengan senyumannya yang tidak lekang itu. Di tangannya ada sejambak bunga mawar merah, digenggam erat. Junkyu tersenyum lebar, saat mereka bertentang mata.

Apa yang Eunji rasakan sekarang, panas pipinya, malu! Memanglah dia suka tetapi tak sangka pula sampai ke sini Junkyu mahu berjumpa dengannya.

-----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


-----

A/N: sorry do tak update semalam sebab err tetiba malas err arrr korang bacalah ya yang ni kikiki thank you vote and comment gais. Aduh korang suka ke Eunji dengan Junkyu? Ke still berharap Eunji dengan Jihoon muehehehheheheh

what is love? | jihoon's fanfic S2 Where stories live. Discover now