11 : KELUARGA RAFIQ

1.4K 36 10
                                    


Semalam... selepas Rafiq meninggalkan Kirin di tandas Presint 8

Rafiq menekup wajahnya. Dia meraba-raba kesan ciuman Kirin tadi. Degup jantungnya masih tidak reda selepas dia meninggalkan Kirin di tandas tadi. Seram sejuk Rafiq memikirkan kejadian itu. Terbit rasa bimbang di dalam dadanya. 

Rafiq menggeleng-geleng. Dia ingin membuang bayangan kelakuan Kirin yang melahap lehernya sebentar tadi. Dengan segera dia menaiki motor lalu memecut meninggalkan kawasan rekreasi itu, menuju ke rumah mereka di Presint 10.

Sebaik sahaja memasuki garaj rumah, degup jantung Rafiq semakin deras apabila melihat kereta Redzuan, ayahnya sudah ada di situ. Rafiq menjeling kesan merah yang Kirin tinggalkan di lehernya. Sangat jelas kelihatan.

Rafiq berdecit, kesal dengan kejadian tersebut. Digosoknya berulang-ulang kesan love-bite itu, berharap agar kesan ciuman itu berkurang. Namun tidak. Warna merah itu jelas kelihatan kerana terlalu kontra dengan warna kulitnya yang cerah. 

Rafiq tidak ada pilihan, dia perlu menyusup masuk ke dalam biliknya agar tidak terserempak dengan ayahnya itu. Love-bite di leher itu Rafiq perlu tutup terlebih dahulu sebelum dia menghadap ayahnya.

Rafiq memutuskan untuk masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Dia berharap, ayahnya ketika itu sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama ibunya, sambil makan kuih muih. Dengan tekad, Rafiq membuka pintu dapur perlahan-lahan. Sedaya upaya dia cuba mengawal bunyi tapak kakinya.

"Hah! Ni kenapa terhendap-hendap macam pencuri ni?" 

Nasib Rafiq tidak baik. Redzuan ketika itu sedang berada di dapur untuk membasuh tangan selepas makan karipap di ruang tamu bersama Layla.

"Ayah..." Rafiq tergagap-gagap. Dengan laju dia menekup love-bite di lehernya.

"Tu leher tu kenapa?" 

"Tak de apa-apa, ayah." Rafiq berundur.

"Bagi ayah, tengok!" Redzuan mula bernada kasar. Dia pelik dengan kelakuan Rafiq.

"Tak de apa-apa, ayah." Rafiq berundur lagi lalu berlari naik tingkat atas, masuk ke dalam bilik.

"RAFIQ!!!"

Suara jeritan Redzuan itu membimbangkan Rafiq. Dia kesal! Rafiq yakin, pasti ayahnya sudah boleh mengagak kenapa dia menutup lehernya tadi. Ini bukan kali pertama Redzuan itu menuduh dia macam-macam seperti ini. Bahkan perpindahannya ke sekolah ini juga disebabkan kejadian yang hampir serupa.

Fikiran Rafiq semakin kusut. Dia memaki Kirin bertubi-tubi di dalam hati. Kalau bukan sebab Kirin, dia tidak akan tersepit dalam masalah ini.

Tiba-tiba, pintu bilik Rafiq diketuk dengan kuat. Berkali-kali.

"Buka pintu, Rafiq!!"

Rafiq jadi gagau. Dia bangun lalu segera mencapai tuala untuk menutup lehernya. Lambat-lambat dia membuka pintu biliknya itu. Berdasarkan suara Redzuan itu, Rafiq dapat mengagak kemarahan ayahnya.

"Ya ayah...?" Rafiq menelan air liurnya dalam-dalam.

"Tengok leher kamu!" Redzuan meredah masuk ke dalam bilik lalu menarik tuala yang berlingkar di leher Rafiq.

"Kurang ajar!!" Redzuan bertempik marah. Darahnya meruap naik ke kepala apabila terpandang setompok merah di leher Rafiq itu.

Melayang satu tamparan yang kuat ke pipi kiri Rafiq sehingga Rafiq tersungkur ke lantai. 

"Aku dah larang kau jangan menggatal lagi dengan lelaki, kau degil!" Kali ini Redzuan menendang Rafiq.

"Bukan salah Rafiq, ayah!" tangis Rafiq. Tapi tangisan itu tidak dipedulikan oleh Redzuan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 14, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PENDAM BERAHI SEKOLAHWhere stories live. Discover now