Bab Dua Puluh 🦋

2.9K 95 4
                                    

Adeena terdiam tak terkata. Ryu merenung nya tajam. Mereka kini di rumah selepas kejadian beberapa jam lepas. Ryu duduk dengan kaki bersilang dan membiarkan isteri nya berdiri.

Memang padan, siapa suruh degil taknak dengar cakap! Hm! Adeena menunduk tak berani memandang Ryu. Aura yang dikeluarkan lelaki itu terlalu menggerunkan untuk Adeena. Dia tak mampu!

"Apa salah awak?"

Adeena tak bersuara walau Ryu kini menyoal. Takut dan ragu masih ada dihatinya.

"Apa salah awak, Adeena Amaeldyia?"

Masih diam tak terkata. Kesabaran Ryu mula diuji. Dia menarik nafas sebelum berkata lagi.

"Abang tanya, apa salah awak?"

".. Lari.."

"Lari dari apa?"  Adeena diam. Bayangkan, siapa yang tak takut!  Dia terkedu!

"Adeena." Berubah sudah nada Ryu. Kini lebih dalam dan tegas. Terdapat nada yang terkesan marah dan dingin seperti salji.

"Dari bodyguard.."

Ryu pula yang diam. Dia tak bersuara dan cuma memandang Adeena. Adeena pula menunduk.

"Look at me, dear wife." Seolah dipukau, Adeena melakukannya. Dia mengangkat kepala nya dan memandang Ryu walau masih gentar tak bertempat.

"Abang risau sangat. Jangan macam ni.."

Bagai ditelan, nada dingin tadi hilang dan diganti dengan suara lembut dan hangat Ryu. Lelaki itu mendekati Adeena dan memegang bahu Adeena. Dia merenung wajah Adeena yang tertutup dengan kain purdah.

"Deena minta maaf.."

"Abang maafkan isteri abang. Jangan lagi ya?"

Adeena mengangguk mengiyakan. Dia takkan buat lagi! Janji! Seram nengok Ryu muka marah tadi. Aduh, hampir tercabut nyawa dia!

Ryu menghela nafas lalu menarik Adeena ke dalam pelukannya dan diusap lembut punggung Adeena. Dia mendusel di pipi Adeena. Suka betul Ryu buat begitu. Sangat lembut!

"Sayang, dah makan?"

"Dah, tadi ada takoyaki. Beli dua dan habis saya makan."

"Tak mengenyangkan. Faiq!" Ryu segera menjerit nama Faiq yang berada di luar ruangan.

Mendengar nama nya, Faiq membuka pintu lalu menunjukkan kepala nya saja dengan riak bingung.

"Why, Sir?"

"Ambilkan makanan yang mengenyangkan. Jangan nasi goreng yang kau beli tadi. Masin."

"Sir! Itu aku yang buat!" Terbeliak mata Faiq apabila Ryu berkata tentang nasi noreng yang dibuat dikomen masin. Sampai hati! Susah payah Faiq buat..

"Ye, masin! Cepat ambil makanan."  Kata Ryu dengan wajah datar. Dah agak , mesti muka dia macam tu. Fikir Faiq. Faiq berdecak lalu pergi untuk mendapatkan makanan. Sayang bini bos dia ni. Jarang-jarang.

Ryu mendudukkan Adeena di sofa dan menyamakan tinggi mereka. Ryu memandang Adeena dengan pandangan lembut. Tangan nya mengusap pipi Adeena lalu membuka ikatan kain purdah yang dipakai oleh Adeena. Ryu tersenyum lebar melihat wajah cantik Adeena. Memang bagus isteri dia pakai purdah takdelah lelaki lain mengorat dia.

Tapi, pakai purdah pun masih nak kecantikan Adeena. Hm, patut ke Ryu kurung supaya tiada siapa tahu atau nampak Adeena yang cantik ni. Kan Adeena kepunyaan Ryu! Hehehe.

Melencong pula fikiran Ryu dari topik asal. Tula isteri cantik sangat! Hm..

....

"Hi sweetie, seorang je ke? Tak manis tau girl sorang-sorang. Nak abang teman?"

"Eum, teman lah.." Balas si gadis dengan nada manja. Gadis itu adalah Liona. Dia bermabuk-mabukkan dan minum arak di sebuah bar.

Lelaki berkepala botak tersenyum lalu duduk di sebelah Liona. Dia memegang badan Liona dan meraba nya dengan bebas. Gadis itu sudah tidak sadar diri dan pingsan. Lelaki berkepala botak dengan baju hitam tanpa lengan itu memegang paha dan dada Liona.

"Sini abang bawa balik rumah. Mabuk sangat ni hm.."

"Eum.."

Tangan lelaki itu bergerak ke pinggang Liona dan mencuba membawa Liona pergi. Dia berhati-hati agar gadis itu tak bangun dan masih pingsan.

Lelaki itu berhasil keluar dari bar tersebut dan akan membawa Liona ke dalam kereta nya. Pandangan nya penuh dengan nafsu dan dia terburu-buru.

"Encik."

Terkedu lelaki itu apabila suara seorang perempuan menegurnya. Bukan Liona, namun orang lain di belakang. Suara kasut tinggi berjalan ke arah nya terdengar dan makin dekat. Lelaki itu memasukkan Liona dalam kereta dan segera pergi agar tidak diganggu.

"Encik, buka." Gadis dengan tudung shawl hitam pendek mengetuk tingkap kereta nya.

Lelaki itu menghela nafas dan membuka pintu. Dia memandang gadis itu atas bawah. Lalu berdecak dan akan menutup balik tingkap kereta namun gadis itu menghalang.

"Tinggalkan perempuan tu."

"Awek akulah."

"Awek? dia cantik. Tapi nak dengan lelaki botak? tinggalkan."

Lelaki itu menjeling gadis itu dan akhirnya keluar dari kereta dan berhadapan sendiri dengan gadis itu. Cantik juga muka dia.

"Boleh. Tapi, bayarannya, kau ikut aku." Tangan lelaki itu menyentuh pipi gadis itu dan mengusapnya. Gadis itu menepis dan membuat jarak antara mereka. Dia memandang sinis lelaki botak tersebut.

"Siapa yang nakkan kau? Ketepi." AEDINA, menolak lelaki itu hingga jatuh dan membuka pintu kereta lalu mengunci nya dari dalam selepas masuk ke dalam kereta lelaki itu.

Dia menoleh ke Liona yang tengah pingsan di tempat duduk belakang dan segera dia menghidupkan enjin.

"Woi! Buka! Ni kereta aku! Bukalah!"

Aedina mengendahkan nya dan mula menjalankan kereta itu walau tingkap kereta diketuk dengan kuat oleh si pemilik. Aedina langsung memecut laju dan meninggalkan lelaki itu dan membawa Liona pergi.

"Bodoh juga dia tu." Gumam Aedina dan fokus dengan pemanduannya. Dia akan membawa Liona ke rumah sewa nya sebab dia taktahu dimana rumah Liona.

Aedina menekan minyak dan melaju ke rumah sewa sebab jauh juga rumah sewa dengan posisi dia sekarang.

Selepas Aedina lari dari perkahwinan, dia beli sebuah rumah sewa yang lumayan harganya. Nasib baik dia ada simpanan jadi bolehlah bertahan 2-3 bulan. Sambil tu, dia akan cari kerja.

Dia tak berani untuk balik ke rumah ibu bapa nya. Mesti dia kena marah atau lebih teruk kena kahwin sekali lagi. Tapi tanpa Aedina ketahui, sang kakak kembar nya yang bahkan dia sendiri tak ketahui telah membantu nya.

Tak merasa lama, Aedina telah tiba di rumah sewa nya. Dia segera mengambil kunci rumah dan membuka pintu lebar-lebar. Lalu dia memapah Liona untuk masuk ke dalam rumah.

Aedina membaringkan gadis berpakaian terbuka itu di sofa dan segera mengunci pagar rumah dan pintu rumah nya.

Selesai mengunci pintu, dia membuka shawl nya dan menyangkutkan tudung itu ke belakang pintu bilik. Dia duduk di sofa yang sama dengan Liona dan menghela nafas. Mata nya tertutup rapat dan kepala nya mendongak ke atas.

Hari ini memang menyusahkan. Sampai aku curi kereta orang.

MATCHED LOVE [REST]Where stories live. Discover now