MIKAYLA - 4

165 27 4
                                    

Tetaplah hapdet walaupun vote tak sampai yang ditetapkan 🤌. Sudah tiba masanya nawa sedar diri cita-citanya terlalu tinggi haha.

.


Bab yang sangat pendek ya.

.

.

SATU album gambar yang disaluti selut aku ambil dan bersihkan. Terpampang wajah abang dan babah yang mekar tersenyum memandang kamera. Saling berpaut pada bahu, menunjukkan kerapatan dan keakraban mereka. Gambar yang diambil tiga tahun lalu saat babah masih sihat. Dua lelaki yang terletak paling atas di dalam hati aku, namun kedua-duanya sudah meninggalkan aku. Pergi ke alam abadi yang dijanjikan untuk setiap manusia. Rindu pada yang sudah tiada, tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Aku senyum tawar lalu kembali menyibukkan diri. Banyak lagi yang perlu dibereskan. Banjir kali ini terlalu teruk. Terlalu banyak yang musnah, juga kerugian yang ditanggung terlalu tinggi.

Sedang asyik berkemas, bunyi suara-suara yang riuh rendah di luar rumah mengalihkan tumpuan. Aku pantas bangkit dari duduk dan berjalan ke arah pintu. Ingin melihat perkara apa yang terjadi sehingga jiran sana sini berbunyi.

Terkelip-kelip mata saat ternampak beberapa wajah yang langsung tidak kukenal semakin menghampiri pintu rumah. Ada di antara mereka yang melencongkan langkah menuju ke rumah jiran. Siapa mereka ini dan mengapa mereka di sini? Keningku mula bercantum menjadi satu.

"Assalamualaikum, kak."

Aku menjawab perlahan. Masih belum habis rasa pelik.

"Kami sukarelawan. Nak tanya in case perlukan bantuan untuk kemas rumah." Ramah suara itu menyapa telinga.

Aku senyum. Tak sangka masih wujud manusia yang prihatin seperti mereka ini. Tanpa paksaan, masing-masing datang menghulurkan tangan. Hati yang libang-libu sedikit sebanyak tenang dengan kemunculan kumpulan ini. Mungkin dengan kehadiran mereka dapat meringankan beban dan ma dapat berehat buat seketika. Sudah berhari-hari ma mengabaikan rehat yang sepatutnya dilakukannya semata-mata ingin membantu mengemas rumah. Puas aku, Ika dan Yazid menegah, namun ma tetap berkeras.

Aku tahu ma hendak menyibukkan dirinya. Tidak mahu ternampak bayang-bayang abang yang sudah beberapa hari meninggalkan kami. Ma itu, nampak saja tenang. Tetapi seringkali aku menangkap ma yang termenung jauh ketika mengemas. Kadang-kadang, jari ma naik mengelap tubir mata. Pasti sedang rindukan abang, anak yang memberi ma gelaran ibu buat pertama kali.

Aku menjemput mereka untuk masuk ke dalam rumah. Ada antara mereka yang sudah membawa perkakas pembersihan siap-siap. Mungkin untuk mempercepatkan proses pembersihan dan tidak mahu membuang masa. Belum sempat memberikan apa-apa arahan, terus mereka membuat kerja. Tanpa kekok dan langsung tiada keluhan.

Tuhan, permudahkanlah hidup mereka sepertimana mereka memudahkan urusan kami sekeluarga.

Orang-orang yang baik, moga yang baik-baik juga buat mereka kehendaknya.

Tiada apa dapat ku balas, melainkan dengan doa.

Aku sambung kerja yang terbengkalai tadi sehinggalah terhenti sekali lagi apabila tubuh seseorang berada di sisi. Kepala aku langutkan mencari wajahnya.

Aku kenal lelaki ini. Amri. Salah seorang sukarelawan yang menolong membersihkan rumah ini. Dia yang berbicara denganku tadi di pintu rumah sebelum meminjamkan tenaganya. Dia memberi senyum dan laju aku membalas.

"Selalu ke kawasan ni banjir?"

Aku menjatuhkan kepala.

"Kalau lebat sangat, mesti banjir. Tapi, tak seteruk ini. Selalunya paras buku lali je." Aku menjawab sambil tangan menonyoh selut yang masih degil mahu melekat di lantai. Entah berapa lama aku tonyoh di tempat yang sama, aku pun tidak tahu. Selagi belum hilang kotoran ini, selagi itulah aku tidak akan berganjak ke tempat lain. Tak puas hati!

"Bagi saya try," ujarnya lalu mengambil berus di tangan aku. Dengan beberapa kali gosokan, sudah tidak kelihatan lumpur itu. Kekuatan lelaki, mana sama dengan wanita. Cemburu aku kadang-kadang.

"Terima kasih." Aku mengambil kembali berus untuk menyambung kerja. Tidak mahu duduk saja walaupun sudah ada yang membantu. Tidak enak rasanya. Seperti mengambil kesempatan di atas kebaikan orang.

Amri senyum.

"Buat apa?" Serentak aku dan Amri mengalihkan anak mata ke punca suara. Yazid berdiri tak jauh dari kami dengan tangan yang berpeluk tubuh dan wajah yang agak kelat.

Bergaduh dengan siapa pula?

"Buang selut. Tak nak hilang tadi." Bibirku terjuih ke depan menunjuk ke tempat yang sudah bersih daripada lumpur. Bolehlah aku mencuci di tempat lain pula.

Dia mendekat kepadaku. Namun sempat aku tangkap anak matanya yang jatuh seketika di wajah Amri sebelum kembali ke wajahku. Riaknya seperti tidak puas hati.

"Jangan senyum lebih-lebih." Yazid terus berjalan melepasi aku yang mula berkerut dahi. Pandang Amri, lelaki itu juga menayangkan riak pelik.

Aneh-aneh saja lelaki itu!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 21, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

FORELSKETWhere stories live. Discover now