1

239 35 1
                                    

"Aku rasa macam tak percaya je kau pindah."

Yoojung angkat kening, pelik pula dengar statement yang keluar dari mulut kawan baiknya itu. Takkanlah dia saja-saja nak tipu pula? Ini memang kenyataan yang tak dapat disangkal lagi!

"Betullah! Ingat aku ada masa ke nak tipu kau?" Dia tergelak kecil, sengaja. Dia tahu Haerim di sebelahnya ini tengah tahan air mata dari mengalir turun macam air terjun.

"Kau ni gelak-gelak pula! Aku ni serius tau sedih!" Lengan Yoojung ditepuk dengan rasa tak berperikemanusiaan. Punyalah dia usaha tak nak menangis, perempuan ni pula gelak macam tiada apa-apa yang berlaku.

"Oi, sakitlah! Kau ni tangan je kecil, tapi kalau pukul orang tu dah macam nak mendera!" Yoojung mencebik, dia usap-usap sedikit lengannya yang terasa pedih.

"Ya, aku tahu kau serius, tapi nak buat macam mana. Memang aku kena pindah, takkanlah aku nak tinggal seorang kat sini, siapa nak bagi aku makan? Kau? Tak payahlah, kau nak belanja aku pun susah!" usik Yoojung lagi sebelum lengannya dipukul lagi buat kali kedua.

"Dahlah kau ni! Aku datang ni sebab nak jumpa kau sebelum kau pindah, lepastu kau layan aku macam ni pula. Baik aku cau jelah!"

Haerim hentak-hentak kaki gaya budak tadika merajuk tak dapat aiskrim. Mulutnya muncung macam itik, tangannya disilangkan sebelum buat-buat mahu pergi dari situ, tak nak tengok lagi muka Yoojung yang memang tak habis-habis menyakitkan hatinya.

Lengan Haerim ditarik, dia terkekek-kekek gelak melihat perangai Haerim itu. "Alah, aku gurau je! Yalah yalah, aku serius terharu! Dah dah jangan merajuk dah, aku pun tak kuasa nak pujuk!"

Haerim rolling eyes. "Oh, barang kau dah kemas ke belum?" tanyanya. Yalah, takut-takut pula kehadirannya ini mengganggu kawannya itu untuk kemas apa yang patut sebelum mereka pindah esok.

"Ada sikit lagi, don't worry. Barang aku bukan banyak sangat pun!" jawab Yoojung, dia cuba mengingat kembali apa yang tak dikemas lagi. Haa betullah, tak banyak pun, katanya dalam hati.

Haerim angguk-angguk. "Okaylah kalau macam tu, aaa kalau... Kalau aku ajak kau lepak kat kedai aiskrim tu petang ni ok ke? Sajalah nak spend time sama-sama dengan kau, kalau tak menyusahkan kaulah," kata Haerim, sekali-sekala menguis kakinya di lantai.

"Boleh je! Demi kau, semua boleh!" Yoojung tarik pipi Haerim, gadis di hadapannya ini menepis tangannya sebelum mencebik. Merajuk lagi!

"Dahlah kau! Asyik nak kacau aku je! Okaylah, aku nak balik! Jumpa petang nanti!" Haerim terus angkat kaki, makin berlama-lama dia di situ makin seronoklah si Yoojung ni kacau dia!

Apalah nasib dapat kawan suka mengacau dirinya yang senang diperkotak-katikkan ini! Memang dah boleh laporkan kepada pihak berkuasa sebagai kes penderaan!

Yoojung tersengih-sengih. "Hati-hati balik, kalau ada orang offer gula-gula, jangan ambil tau!" Dia terkekek-kekek suka.

Selepas melihat kelihat Haerim hilang dari pandangan matanya, dia menghela nafas. Sejujurnya, dia rasa berat hati mahu berpindah, untuk kali kedua. Mujurlah dia berpindah semula ke rumah asalnya sebelum dia tinggal di sini. Sekurang-kurangnya mungkin dia adalah kenal kawan-kawannya dari sekolah rendah dulu, itu pun kalau mereka masih ingat dialah...

"Lah, sedih pula!" Dia kesat air mata yang tiba-tiba sahaja keluar. Sensitif juga dia ni!

Dia tersenyum nipis. Nak buat macam mana, kenalah ikut apa yang keluarganya mahu.

Tanpa sengaja, dia menilik pergelangan tangan kirinya. Ada satu gelang melilit tangannya itu. Dia tersenyum. Teringat sesuatu.

----

A/N: aku cadang nak tulis cerita ni pendek-pendek je tau so korang enjoy jelah HAHAHAHAHHAHA

adore you | jeongwoo's fanfic Where stories live. Discover now