12

54 14 7
                                    

"Jeongwoo! Jangan lari lagi!" jerit Yoojung, kakinya tak berhenti lagi mengejar Jeongwoo yang gigih mengayuh basikalnya serupa dikejar Pontianak Harum Sundal Malam, laju betul!

Yoojung sendiri pun tak tahu kenapa dia perlu mengejar lelaki misteri dan pendiam itu, tetapi dia ikut sahaja gerak kakinya walaupun dia sendiri sudah termengah-mengah.

Jeongwoo menoleh ke belakang, dia ketap bibir.

'Aduh, perempuan ni lagi! Apa yang dia nak dengan aku?' bisik hatinya. Dia cuma mahu balik rumah cepat-cepat, ini kena kejar pula dengan budak baru ini.

"Jeongwoo, berhentilah!" jerit Yoojung lagi. Nak terkeluar anak tekak menjerit dari tadi lagi. Tak kira, Jeongwoo kena bertanggungjawab!

Entah-entah, si Jeongwoo ni kayuh basikal laju sebab sakit perut kot? Yalah, kawan tu pula jenis lawas membuang, sakit perut tak kira masa. Mungkin dah hujung-hujung kot, tu yang terhuyung -hayang bawa basikalnya pun.

Jeongwoo tiada tanda-tanda ingin berhenti, malah lebih laju kayuhan basikalnya membelah jalan taman perumahan itu. Dasar! Ke lelaki ni dah pekak secara tiba-tiba?

"Aduh!"

Yoojung terasa tubuhnya melayang-layang sebelum mendarat di atas jalan tar yang keras itu, dan bergolek masuk ke dalam longkang yang tidak berapa dalam di tepi jalan. Kepalanya pening-pening lalat seketika, dia menggeleng-geleng. Ah, sudah. Kenapa pula dia terperosok dalam longkang ni? Mujurlah tiada air!

Dia memegang dahinya yang terasa perit dan bengkak itu. Sesekali dia mendesis.

"Ni mesti terhantuk kat mana-mana. Ish, buat malu je tiba-tiba tergolek masuk dalam longkang!" bebelnya sendirian. Bukan setakat dahi, kepala lutut dan punggungnya pun terasa sengal-sengal.

Memang betul ya, malang tak berbau. Ops, silap. Adalah berbau sikit dalam longkang ni, euw!

"Yoojung!" Satu suara mengejutkan Yoojung yang masih lagi pening itu. Dia terkelip-kelip, mendongak memandang sosok tubuh yang sedang bercangkung dengan wajah risau di tepi longkang itu.

"Jeongwoo? Awak..."

"Sini saya tolong," celah Jeongwoo. Tanpa berlengah, dia melompat masuk dalam longkang itu dan cuba mengangkat Yoojung yang masih terduduk lemah.

"Oh, boleh bercakap rupanya awak ni," kata Yoojung, tanpa sedar sebelum dia lekas menekup mulutnya sendiri. Jeongwoo buat-buat tak dengar, dia cuba mengawal riak wajahnya.

Jeongwoo tergaru-garu kepala, dia tak tahu bagaimana dia hendak mengeluarkan Yoojung dari longkang ini. Memanglah tidak berapa dalam, tetapi susah juga kalau Yoojung mahu keluar sendiri kerana Yoojung orangnya rendah (pada pendapat Jeongwoo). Kalau tidak ditolong, mmm sampai esok pagilah dia duduk sahaja dalam longkang itu.

"Eh, awak nak buat apa ni?" Yoojung panik tiba-tiba apabila Jeongwoo memasukkan lengannya di bawah lengan Yoojung, ingin mengampu badan dan menolong Yoojung berdiri.

"Sorry sorry, saya nak tolong awak je." Cepat-cepat Jeongwoo menjawab, tak naklah dituduh membuat sexual harassment sedangkan niatnya baik lagikan murni dan tulus ingin membantu!

"Oh, okay okay." Yoojung cuba berdiri, kepala lutut tercalar, mengalir sedikit darahnya. Pedih pula terasa saat dia meluruskan kakinya.

"Boleh ke awak nak panjat naik longkang ni?"

Yoojung menoleh ke arah Jeongwoo yang masih lagi risau melihat dirinya. "Alah, bolehlah! Small matter je!" Yoojung terjengket-jengket sedikit, dengan kakinya yang sakit itu agak susah dia mahu memanjat naik.

Jeongwoo tergeleng-geleng, dia sudah agak perkara sebegini akan terjadi. Dia memanjat longkang itu terlebih dahulu sebelum menarik tangan Yoojung dari atas sehingga Yoojung berjaya keluar dengan uniform sekolahnya yang sudah kotor dan serabai itu.

"Aduh, sakit pula kaki ni! Terseliuh kot," kata Yoojung, dia cuba mengurut pergelangan kaki kirinya, ngilu sampai ke otak! Dia berkerut-kerut kening.

Haih, sampai macam ni sekali dia dapat semata-mata mengejar lelaki ini. Mungkin...ini tanda-tandanya yang lelaki ini sukar digapai? Entahlah.

"Macam manalah aku nak jalan balik rumah ni?" Yoojung mengenang nasib sambil terduduk tepi longkang itu. Bengkak juga kakinya ini, serupa belon!

Jeongwoo terdiam, dia juga ragu-ragu hendak meninggalkan gadis itu sendirian, dalam keadaan sebegitu. Tak eloklah dia pergi macam tu je kan?

Dia menoleh ke arah basikalnya, basikalnya itu pula tiada tempat duduk belakang. Haih, macam mana ni?

"Eh, Jeongwoo?" Yoojung terkejut, melihat Jeongwoo yang mencangkung, membelakanginya itu. Dia menoleh ke belakang.

"Biar saya angkat awak," katanya, Yoojung terkelip-kelip mata. Biar betik? Seriously?

Yoojung teragak-agak, dia menghela nafas berat. 'Relaks, Jeongwoo ni berniat baik kot nak tolong kau, ikut jelah!' Satu suara berbisik dalam hatinya, cepat-cepat dia mengesot ke arah Jeongwoo, dia memaut lengannya pada leher Jeongwoo.

Yoojung pejam mata. Malu! Serius malu gila!

"Err, Jeongwoo, saya rasa lebih baik, saya balik jalan kaki je..."

Belum sempat apa-apa, Jeongwoo sudah berdiri. "Duduk elok-elok!" katanya lagi, seakan-akan tidak mengendahkan apa yang baru keluar dari mulut Yoojung itu. Dia mengampu kaki Yoojung untuk memudahkan dia berjalan.

Pipi Yoojung berbahang. Dia kelu, macam orang baru lepas tergigit lidah. Jantungnya berdebar tak tentu ritma, apa dah jadi hari ini? Biar betul Jeongwoo ni macam ni?

Ke Jeongwoo buang tabiat? Bukan dia pendiam je ke tadi?

"Basikal awak macam mana?" Sempat Yoojung bertanya, cuba memecahkan rasa awkward antara mereka.

"Biar je." Jeongwoo terus berjalan, dia nampak tenang sahaja menggendong Yoojung di belakang.

'Tak berat ke aku ni?' bisik hati Yoojung, dia paut tangannya kuat-kuat. Risau juga dia kalau terjatuh buat kali kedua.

Bahang di pipinya tidak surut lagi, mana nak letak muka? Dia tak menyangka memang sedekat ini dia dengan lelaki, dengan Jeongwoo!

Argh, cepatlah sampai rumah!

-----

WEH DAH LAMA TAK UPDATE hahahhahahaha sedangkan nak tulis cerita ni pendek pendek je lah panjang pula chapter ni hahahahha vote and comment yall sorry dah lama tak update 😔


adore you | jeongwoo's fanfic Where stories live. Discover now