2

136 29 2
                                    

"Haa, kau pindah balik sini?"

Yoojung rolling eyes, soalan ni lagi! Kejap, pelik sangat ke kalau dia berpindah-randah sekali pun? Bukannya aneh sangat pun macam berita alien datang menakhluki bumi atau hot sangat pun untuk diceritakan macam cerita Abang Tesla kahwin dua tu. Tak worth it langsung nak dijadikan headline berita pukul lapan.

" Ya, berapa banyak kali aku cakap?" Daripada baring menelentang, dia meniarap di atas katilnya itu.

"Wow, ini memang berita tergempar dan menggegarkan dunia! Aku kena bagitahu semua orang!" Suara di sebelah sana kedengaran lagi, kuat sekali. Semangat betul, macam nak nyanyi lagu patriotik selepas perhimpunan sekolah. Gamat!

"Dasar lo! Senyap-senyap dahlah! Aku nak berubah tau!" Yoojung mengepal penumbuk tanpa sedar, geram pula tiba-tiba. Tak berubah ya perangai rakan baiknya ini, dari dulu sampai sekarang mesti kecoh!

Relaks relaks dahlah, nak gelabah sangat kenapa?

"Berubah jadi apa? Jadi lebih alim? Jadi lipas?"

Yoojung  tersengih-sengih di sebalik panggilan telefon itu. "Aku nak berubah jadi...misteri. Tiada siapa kenal aku." Matanya terkelip-kelip, membayangkan rancangan tersebut.

New school, new identity, haa gitu. Cool juga jadi misteri ni.

"Ceh, tak payah nak misteri sangatlah. Kat sekolah menengah kat sini, kat sini." Perkataan 'kat sini' itu ditekankan. "80% pelajar kat sini daripada sekolah rendah kita dulu tau, so kebarangkalian untuk rancangan kau berjaya sebenarnya...zero! Tak payahlah nak misteri sangat, kau tu bukannya boleh percaya sangat! Sampai-sampai sana, habis satu sekolah tu kenal kau sebab kau tu extrovert sangat!"

Yoojung terkebil-kebil. Okay, sekarang rancangannya tidak disokong oleh orang kuatnya dari dulu hingga kini, Kim Jia. Yalah, yang ada di panggilan telefonnya sekarang.

Deheman Jia mengejutkannya. "Kiranya lusa nanti kau akan daftar sekolahlah kan? Sebab esok pun kau baru je nak datang kan?"

"Haah. Harap-haraplah aku satu kelas dengan kau, sekurang-kurangnya aku dah kenal dengan kau hehe," kata Yoojung sambil bermain-main dengan rambutnya.

Tiba-tiba rasa gelabah pula mengingatkan dia akan jadi 'pelajar baru' di sekolah menengah di tempat lamanya itu. Yalah, dia pindah dulu pun waktu sekolah rendah, ni sekarang pindah balik ke sana.

Walaupun mungkin ramai je orang yang dia dah kenal (menurut cerita Jia tadi, ramai kawan sekolah rendah yang dulu sekolah juga kat situ, jadi dia kenallah kan?) tapi dia tetap rasa risau.

"Kalau kau tak satu kelas aku pun, aku yakin kau akan ada kawan. Kau kan friendly? Mesti ramai orang nak kawan dengan kau punya!" kata Jia, cuba menenangkan rakannya itu. Dia menggaru-garu kepalanya, dia sendiri pun tak tahu nak cakap apa sebenarnya tetapi itu sahajalah yang mampu keluar dari mulutnya sekarang.

Malam-malam macam ni, otak pun dah blur semacam, cakap pun merepek entah apa. Mata ni pun macam ada pontianak bergayut, terasa berat. Rasa nak pejam je mata, tak nak buka dah.

Yoojung senyap. Dia tak tahu nak balas apa, sesekali dia menguap. "Dahlah, ngantuk pula aku cakap dengan kau ni. Okay bye!"

Telefon dicampak ke tepi. Mata pun dah berat macam ada dumbell terikat kat bulu mata, tanpa sedar dia tertidur sambil meniarap, dengan mimpi-mimpinya tentang rumah lamanya dan sekolah baru.

-----

A/N: korang tunggu jelah eh bila Jeongwoo nak keluar kikikiki sabar ya aku kena kumpul mood menulis dulu 😭 vote and comment babe

adore you | jeongwoo's fanfic Where stories live. Discover now