10

96 21 7
                                    

"Jeongwoo, kenapa kau terhendap-hendap macam orang nak mencuri beras je?"

Jeongwoo melompat setempat tiga kali, dia berpaling ke belakang untuk melihat gerangan yang tepuk bahu dia. Jantungnya berdegup laju macam baru lepas kena soal dengan cikgu Addmath. Panik pula tiba-tiba, rasa macam nak pura-pura pengsan pun ada.

"Lah, kau rupanya!" Jaehyuk angkat kening, dia memandang Asahi di sebelah yang masih santai mengunyah dorayaki inti blueberry. Straw yang dicucuk dalam kotak air susu pisang itu digigit-gigit.

"Kaulah! Asal? Kenapa tak masuk je kelas?" tanya Jaehyuk lagi. Dia bercekak pinggang, pelik pula tengok si Jeongwoo ni yang memang dari jauh dia lihat hanya berdiri di tepi pintu belakang kelas, terkemut-kemut macam orang tahan berak.

"Aaa, aku...aaa aku..."

"Lah, gagap pula," celah Asahi setelah berdiam diri dari tadi. "Kau sihat tak ni? Nampak macam tak berapa betul je?" tanya Asahi dengan wajah skeptikal sedangkan dia sendiri pun hari -hari nampak macam orang tak betul juga.

Mungkin, dia ada kad lain selain IC. Tak dapat dipastikan.

"Haah, kau sihat tak? Jomlah kita pergi bilik rawatan." Jaehyuk bertindak pantas, dia tarik terus tangan Jeongwoo yang masih tergagap-gagap macam orang kejang mulut.

"Argh, aku okay je! Don't worry!" Jeongwoo tarik tangannya semula, dia berpeluk tubuh. Peluh-peluh di dahi mula muncul, memang jelas wajahnya tampak gementar.

Tetapi, kenapa?

"Ye ke?" Jaehyuk usap-usap dagu, dia pandang Jeongwoo atas bawah berulang-kali, nak dekat empat belas kali juga tu. Jeongwoo jadi awkward, ah sudah. Asal dia nampak macam pesalah yang cuba melarikan diri dari penjara pula ni?

"So, kenapa tak masuk kelas? Dah nak habis waktu rehat dah ni." Tanpa banyak kata lagi, Jaehyuk tarik sahaja tangan Jeongwoo yang dah menjerit dalam senyap, hanya mulutnya terbuka luas dengan riak wajah paling menderita dan tersakiti.

Asahi garu pipi yang tiba-tiba gatal. Sememangnya dia syak Jeongwoo ada sesuatu yang disembunyikan tetapi dia sendiri pun tak tahu kenapa.

-----

"Yoojung!"

Yoojung toleh belakang. Haruto yang sedang kalut campak segala mak nenek buku dalam beg galasnya, memandang ke arahnya. "Kau balik macam mana ni? Parents kau ada datang ambil ke?" tanyanya.

"Oh, aku jalan kaki je." Yoojung betulkan ikatan rambutnya.

Hari pertamanya di sekolahnya ini rasa biasa-biasa je, cuma satu sahajalah yang dia tak puas hati. Jia takde pula nampak batang hidungnya, sekurang-kurangnya datanglah melawatnya ke kelas ni waktu rehat tadi sambil bawa  kudap-kudap,  ni haram tak nampak bayang langsung.

Entah, dia dah lupa kawan kali huhu.

"Kenapa tanya? Kau nak tumpangkan aku ke?" Yoojung angkat-angkat kening.

"Aku tumpangkan kau? Ofcourselah tak! Tak kuasa aku nak tumpangkan beban keluarga macam kau. Bye!" Haruto berlalu sambil flip hair, sangat sassy. Kakinya yang panjang itu melangkah keluar dari pintu belakang kelas.

"Dasar Naruto mulut takde insurans!" Yoojung hentak kaki. Memang tak berubah ya si Haruto ni, memang mulut dia ni layak disumbat cili sedozen biar dia tahu apa itu kesopanan dan kesusilaan!

Dia berpeluk tubuh, pelajar lain juga mula keluar dari kelas. Ada yang sempat menegurnya sebelum pulang. Ahaks, terasalah juga famous nya, rupanya zaman kegemilangan sekolah rendahnya masih berterusan sampai sekarang!

Yoojung tolak kerusi masuk ke dalam meja. Tiba-tiba matanya menangkap satu kelibat yang masih lagi duduk di meja dengan wajah tersembam.

"Jeongwoo?" Dia garu kepala. Kenapa Jeongwoo tak balik lagi? Haruto pun blah macam tu je tinggalkan kawan meja sebelahnya ni. Nampak macam tidur je...

"Patut ke sentuh ke dia? Ke kalau aku panggil je dia sedar?" Takut pula Yoojung, manalah tahu salah cara kejut, nanti dia pula yang kena tampar tanpa sedar.

"Err, Jeongwoo?" Dia panggil lagi sekali. Nampak macam dah terjaga, dia menghela nafas lega.

"Dah waktu balik ni, Jeongwoo," kata Yoojung apabila melihat Jeongwoo terpisat-pisat, baru tersedar daripada lenanya.

Jeongwoo pandangnya seketika sebelum cepat-cepat mengalihkan mukanya, dia kemas segala barang yang ada di atas mejanya sebelum keluar dari kelas dengan tergesa-gesa, macam waktu rehat tadi.

Semua yang berlaku di hadapan mata Yoojung sangat pantas, dia mampu terkelip-kelip mata buat beberapa saat sebelum dia tersedar yang tinggal dia seorang sahaja di dalam kelas.

"Dia...takut dengan aku ke?"

-----
A/N: sorry do kalau ayat dia macam pelik pelik sebab tetiba otak aku tak boleh susun ayat macam orang pergi sekolah 😭 adakah aku lapar sekarang err entahlah

Vote and comment gais, btw sumpah kelakar episode teupeace tadi HAHAHAHAGAGAGHA




adore you | jeongwoo's fanfic Where stories live. Discover now