Bab 16

1.5K 25 0
                                    

Juwita dan bonda Maria duduk di halaman rumah sambil menikmati minum petang. sesekali mata Juwita memandang ipad di tangannya dia suka melayari laman partal hiburan. matanya tertumpu pada gambar kakak iparnya sungguh terserlah aura wanita bekerjaya.

"bonda tengok ni gambar menantu kesayangan bonda cantik kan" Juwita menyuakan ipad di tangannya.

" Untung angah dapat isteri cantik bekerjaya macam Dara" bonda Maria mengusap skrin ipad di tangannya.

"tapi angah tu macam tak sayang isteri dia je" rungut Juwita kesal.

"kenapa Jue cakap macam tu?"

"Jue selalu nampak angah keluar dengan Adel pergi makan, kadang tu kat shoping mall angah tu macam lupa siapa isteri dia" rungut Juwita lagi.

"hari tu kebetulan Jue nampak angah jalan dengan Adel siap belikan perempuan tu ais krim tau lepas tu dekat depan Jua kak Dara, dia nampak apa yang Jue nampak.bonda tau tak kak Dara nangis tau nasib baik ada kawan baik dia tu" Adu Juwita lagi

" bonda kena buat sesuatu jangan sampai angah jatuh cinta pulak dekat Adel tu. Adel nampak je baik tapi dia pandai jadi perempuan munafik!" sakit hati Juwita mengingat kembali adegan itu.

bonda Maria melepaskan keluhan dia tidak sangka Rafael bersikap acuh tak acuh dengan Dara.

" bonda tak sangka angah macam ni kesian menantu bonda. ni semua mesti agenda nenek suruh Adelia jadi PA angah" bonda Maria pandang lagi gambar Dara di ipad.

"what? jadi PA angah? nampaknya ada peluang la perempuan tu bekepit dengan angah je" makin sakit hati Juwita kalau lah ada Adelia di hadapannya sudah pasti perempuan itu di kerjakannya.

"dah lah nanti bonda cakap dengan angah. Jue jangan nak serang Adel pulak" pesan bonda Maria mengingatkan Juwita.

***********

Hubungan Rafael dan Dara makin jauh kalau berjumpa ada saja di gaduhkan. Dara buntu memikirkan pengakhiran mereka. kadang kala Rafael tidak tidur di bilik mereka dia lebih banyak menghabiskan masanya di bilik bacaan kadang kadang tertidur di situ. Dara selalu menangis dia rindu suaminya yang dulu yang bermulut pedas selalu membebel dengannya.

Dara mengenakan dress pendek pink tanpa lengan berbunga kecil bewarna hitam. penampilannya cukup menggiurkan siapapun yang melihatnya. Dara berjalan laju dia sudah lambat berjumpa dengan clientnya di sebuah hotel terkenal.

Dara berlari anak sesekali dia mengerling jam di tangan tiba tiba kakinya terpelecot bila bila masa saja tubuhnya akan jatuh di tangga hotel...

bukkkkkk

Rasanya bukan di tangga hotel dia jatuh Dara membuka mata dia mendongak sedikit pandangannya di sapa dengan raut wajah yang cukup kacak di matanya. lelaki itu melingkarkan tangannya di pinggang Dara dan tangan Dara memeluk tubuh jejaka itu. buat seketika mereka bertatapan.

Dara tersedar akan perilakunya dia menolak dada bilang jejaka itu. dia membetulkan rambutnya lalu menghembus nafas menghilangkan gugup di hati.

"sorry i tak sengaja" ucap Dara kalut. jejaka di hadapannya mengukir senyuman kacak!

"Dara Hasrita right?" teka Jejaka itu. Dara angguk mengiakan.

"nice to meet you cik Dara"

"mrs Dara" Dara membetulkan jejaka tadi senyum lalu angguk.

"you ada meeting dengan Dato Marry Tan kan?" soal lelaki itu lagi

"mana you tau?"

"i Han anak dato Marry. sorry to inform you my mom tak dapat datang so i yang gantikan dia." Dara angguk lalu senyum.

Han lelaki berketurunan cina mix Thailand wajahnya sungguh kacak. bertuah dia malam ini kerana bertemu dengan si jelita Dara Hasrita.

tanpa mereka sedar ada mata yang memandang adegan itu. ada hati yang bila bila masa saja meletup. penumbuknya di kepal kuat malam ini perhitungan buat mereka!

******************

Rafael duduk di sofa biliknya sambil menyedut rokok sudah 10 batang rokok yang di sedutnya. tabiat lama yang sudah di tinggalkannya malam ini sesak nafasnya apabila di depan mata isterinya berpeluk sakan dengan seorang lelaki.

pandangan Rafael di picing apa bila pintu bilik di buka. dia menjamah tubuh Dara pandangannya beku tapi hatinya panas membara.

" dari mana?" Dara melihat Rafael yang menyedut rokok. ini kali pertama Dara melihatnya.

"jumpa client" balas Dara takut takut

"jumpa client atau jumpa kekasih hati?" naik suara Rafael. Dara tersentak dengan apa yang di dengarnya.

"apa abang cakap ni saya jumpa client tadi"

Rafael ketawa mengejek rambutnya di ramas kasar.

"jumpa client kau sampai masuk hotel peluk bagai?" Rafael mendekat. Dara undur kebelakang dia takut dengan diri Rafael sekarang.

"abang.. kat holel tu ada tempat makan. saya jumpa kat situ lah" Dara menjelaskan.

"kau jangan nak tipu aku Dara. aku nampak kau berpeluk dengan lelaki masuk dalam hotel tu!" suara Rafael mengherdik ganas.

"Jangan nak tuduh saya yang bukan bukan abang..saya tahu batas saya" balas Dara suaranya juga tegas.

"batas? kau dah pakai seksi macam ni kau ingat aku nak percaya ke? dah berapa kali aku cakap jangan pakai macam ni. kau pekak ke?" Dara terkesima dia sedih di herdik suaminya.

kenapa Rafael tidak percaya apa yang dia katakan?

"saya nak mandi saya penat"

"yalah penat layan jantan tu kan?"

pang!!! tamparan tepat mengena wajah Rafael.

"saya tahu batas saya. saya ada maruah abang jangan nak pijak maruah saya!" tangisan Dara pecah dia tidak sangka Rafael sanggup menuduhnya begitu.

"kau tampar aku sebab jantan tu? sekarang aku nak kau layan aku!" Rafael merentap baju Dara sesaat saja koyak baju di bahagian dada Dara. Dara menyilangkan tangannya di dada. kepala di geleng airmatanya laju membasah pipi.

"abang jangan buat macam ni" rayu Dara

Rafael mengepung tubuh Dara yang terperangkap di dinding bilik. tangisan Dara tidak di peduli lagi. seinci saja wajah Dara di hadapannya. Dara memalingkan wajahnya dia takut dengan pandangan Rafael.

"layan jantan tu boleh? layan aku tak boleh? aku ni suami kau! SUAMI!!!" herdik Rafael lagi. marahnya tidak boleh di bendung lagi.

"abang layan Adelia boleh! keluar dengan Adel boleh! saya jadi patung kat rumah ni! abang tuduh saya yang bukan bukan saya tak buat!"

"kau jangan nak tipu aku lah aku nampak tadi. sekarang kau layan aku! kau nak anak kan? aku tunjuk dengan kau cara aku bagi kau anak!"

RAFAEL ANAQIWhere stories live. Discover now