Bab 21

1.4K 26 0
                                    

"uncle jangan risau Alyah akan bantu dapatkan bidadari kayangan tu" ucap Alyah bersungguh. Rafael ukir senyuman dia ada misi dengan Alyah sekejap lagi. kali ini dia tidak akan lepaskan Dara.

Tangan Dara berhenti menggolek daging di hadapannya. hidungnya menangkap bau yang selama ini di rinduinya. bau perfume suaminya Dara menggeleng kepala lalu meneruskan kerjanya.

rentak jantung Dara sudah tidak teratur iramanya apabila bau perfume itu semakin menyengat hidungnya. Ada tangan kekar mengambil cucuk sosej Dara tidak berani mengangkat wajahnya.

sesaat kemudian bau itu semakin menjauh Dara menghembus nafas lemah sungguh dia rindu akan bau itu.

"Dara dah la tu jom makan" panggil Tania

Dara berjalan lalu duduk di kerusi di sebelah Alyah. Tania menyendukkan pasta ke dalam pinggan Dara.

"amboi angah tengok orang macam nak telan" tegur Tania. Dara memandang susuk tubuh di hadapannya. jelas riak terkejut di wajahnya susuk tubuh itu ada di hadapannya saat ini.

Dara melarikan pandangan jantungnya menendang kuat dari dalam suasana makan malam itu di rasakan cukup menyesakkan Dara.

"ermm akak Dara nak toilet kejap" pinta Dara

"jom Alyah tunjuk" Alyah memaut lengan Dara.

Tania memandang Rafael lalu menghantar isyarat mata menyuruhnya pergi kepada Dara.

"Raf janji jangan sakiti dia ya" pesan Tania lagi. Rafael angguk faham.

Alyah membawa Dara masuk ke biliknya dia menyuruh Dara menggunakan tandas di biliknya. selepas itu Alyah keluar dia berselisih dengan Rafael di tangga.

Alyah senyum manis memandang Rafael lalu menunjukkan tanda okey kepada Rafael. Rafael memulas tombol pintu bilik Alyah. dia bersandar di dinding sebelah pintu bilik air.

Dara menyapu airmatanya yang jatuh sungguh dia tidak kuat berhadapan dengan Rafael sekarang. ingin di peluk erat tubuh itu namun marahnya masih bersisa. Dara menghembus nafas cuba mententeramkan dirinya. tombol pintu bilik air di buka lalu dia melangkah keluar tubuhnya kaku saat ada tangan kekar melingkar di pinggangnya.

tubuh mereka rapat Rafael mengemaskan pelukannya sungguh dia rindu dengan figura di hadapannya ini.

"lepas lah" bentak Dara geram.

"shuttt just 5 minute" bisik Rafael bibirnya di jatuhkan di bahu Dara. dia menghidu semahu mahunya wangian yang terbit dari tubuh itu.

"tolong lepaskan saya. saya nak turun bawah" pinta Dara lagi kali ini dia berjaya meleraikan pelukan Rafael.

"sampai bila nak lari dari abang?" serius suara Rafael.

"sampai bila bila" jawab Dara pula

"abang minta maaf tuduh sayang macam tu" kali ini suara Rafael mengendur dia pandang Dara namun Dara melarikan pandangannya.

"maaf saya tak kenal awak!" Dara memulas tombol pintu bilik lalu meninggalkan Rafael.

Rafael meraup wajahnya kasar nampaknya Dara masih marah padanya. marah yang tidak terbendung Rafael menumbuk dinding batu sekuat hatinya hingga luka penumbuknya sungguh dia marah pada dirinya sendiri kerana menuduh Dara dahulu.

Dara mempamer riak bersahaja dia melawan sehabis baik gelora di jiwanya. sesekali matanya mencuri pandang tangan Rafael yang merah dan ada luka kecil. cuba di halau perasaan simpati yang mulai menapak di benaknya.

"Dara.. nak pasta lagi tak?" soal Tania memecah sunyi.

"dah kak saya dah makan banyak ni" tolak Dara sopan.

RAFAEL ANAQIWhere stories live. Discover now